INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20110215

Norzibar Enterprise 12

Parang bagi masyarakat melayu ada berbagai fungsi. Dulu dulu parang adalah senjata. Parang adalah alat kegunaan harian. Ada beberapa jenis parang.
07
Yang pertama Parang Lading
Digunakan untuk menebas. Panjang parang lebih kurang 3 kaki dan kena diasah selalu. Bila dah lama-lama asah dia jadi tak tajam. Tu maknanya besi parang tu dah lemah atau majai.
06
Yang kedua Parang Puting
Istimewanyanya parang ini tak ada pemegang atau ulu parang. Ada besi barang tercoking.

Gunanya untuk tokek atau tepas atau hentam macam-macam benda. Parang ni orang tak sayang sangat.
Ini adalah koleksi terbaru parang-parang yang dijual oleh Encik Baha di kedainya berhampiran stesyen bas Temerloh.
05
Yang ketiga Parang Bangkung
Parang yang kecik selalu digunakan oleh orang dirumah untuk mengopek buah durian dan mencincang apa-apa yang sesuai dicincing.
04
Yang keempat Parang Sarung
Parang jenis adalah parang kesayangan. Parang ini mempunyai bilah yang dibuat dari besi sepering kereta dan papan chainsaw. Parang sarung mempunyai hulu dan sarung yng dibuat dari kayu yang baik seperti teras nangka, ciku , kemuning, sepetir dan petai belalang. Kadang-kadang digunakan gading gajah.
03
Berikuta adalah contoh penentuan harga pasaran bagi parang sembelihan:
Mata 13" Besi Spring Sarung dan hulu Kayu Juha anggaran harga Rm 250
Mata 13" Besi Spring Land Roover Sarung dan hulu Kayu Sepetir Merah harga Rm 300
Mata 13" Besi D2 Sarung dan hulu Kayu Juha anggaran harga Rm 350
Mata 13" Besi Spring Sarung dan hulu Kayu Sena anggaran harga Rm 250
Mata 12" Besi Spring Sarung dan hulu Kayu Sepetir Merah anggaran harga Rm 200
Mata 12" Besi Spring Land Roover Sarung dan hulu Kayu Ciku anggaran harga Rm 250
Mata 13" Besi Spring Sarung dan hulu Kayu Sena anggaran harga Rm 230
02
Petikan:
"Ciri-ciri parang Negeri Sembilan ialah pengikatnya di luar. Hulunya ialah Buah Jering dan Tanjak Dendam Tak Sudah. Parang Pahang pengikatnya di dalam. Parang Kelantan tiada pengikat, mereka akan selit sahaja di pinggang. Parang untuk sembelihan mestilah betul-betul tajam sepertimana yang disarankan oleh Nabi Muhammad SAW. Tajamnya sampai boleh cukur bulu roma. Parang untuk sembelihan yang terbaik guna besi D2, kemudian spring Land Rover Untuk mengasah parang, pada asahan yang terakhir gunakan sabun mandi agar parang lambat berkarat, kerana sabun ada minyak. Cara-cara mengeluar dan memasukkan parang ada caranya , untuk mengelakkan kemalangan dan kerosakan pada sarung. Parang juga boleh dibuat hantaran perkahwinan."

01

No comments: