INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130225

I.5 Pemerintahan Ragar Ruyung



Maharaja rumbak ini adalah adik kepada maharaja bukit seguntang (mereka dua beradik seibu seayah sahaja), dia diberi kuasa dan menjadi wazir kepada abangnya,  maharaja bukit seguntang, bagi memerintah disebahagian@(3/4) kawasan dari sumatra  sehingga ke filipina dan juga ke kawasan, sekarang ini dipanggil new zeland 

(ini adalah satu cerita yang dianggap katun, tapi, tak apa dan koi tak suruh pecaya, cuma berfikiran waras kerana ini lah dikatakan antara mitos dan sejarah yang hilang. Perkara ini tak hilangpun, orang kita kebanyakannya beranggap-anggapan sahaja). 

Dan apabila dia mati, kawasan yang tersebut bawah jagaannya itu telah diserahkan semula kepada pewaris abangnya, anak kepada maharaja bukit seguntang(adik-beradik satu ayah dan ibu yang berlainan,kerana maharaja bukit seguntang mempunyai tiga orang bini), yang mereka ini pula digelar gunung daik@ orang tiga beradik bukit seguntang (masyarakat kita menggelar mereka, gunung daik bercabang tiga atau tok buaya, tok gajah, tok kijang@kancil. Dan selepas keislaman mereka dan waris mereka, gelaran mereka  seperti berikut; tok buaya putih, tok gajah putih dan tok kijang@kancil putih).

Maharaja rumbak ini lah yang memindahkan dan mendirikan pagar ruyung atas sebab-sebab keselamatan pentadbiran (kota kedua selepas dari yang sebelumnya disumatra). Dan kota asal maharaja bukit seguntang  letaknya ditanah daratan yang lain (maaf, tidak akan diceritakan tanpa kebenaran pemegang amanah).
Pentadbiran memerintah diselia oleh (.......)  sehingga kepada  demang lebar daun yang membuat sumpah setia dengan waris maharaja bukit seguntang (waris nya pada zaman mereka itu).

Jajahan pemerintahan maharaja bukit seguntang ini amat luas. Anak nya telah diberi kawasan masing-masing untuk memerintah selepas dari matinya maharaja bukit seguntang dan maharaja rumbak dan disebabkan itulah, tujuh beradik anak maharaja rumbak tidak boleh memerintah di sumatra atas sebab penyerahan pesaka telah dibuat, 

Maka mereka merantau ke tanah semenanjung@tanjung besar dan disini mereka membuka penempatan negeri kecil dan bergabung dengan sepupu mereka tok buaya@ putih(tanah semenanjung)  anak kepada maharaja bukit seguntang

Disumatra pula dalam peralihan penyerahan kuasa kepada waris maharaja bukit seguntang, bini dan enam anak maharaja rumbak mengambil alih kuasa mentadbir .semasa itulah mereka diajar dan mendapat gelaran panji semerang selendang merah@puteri tujuh, bagi menjaga dari serangan musuh. Dan selepas dari penyerahan kuasa. Waris dari enam orang puteri ini membuka penempatan dan memerintah negeri kecil-kecil disumatra dan jawa, serta bergabung dengan sepupu mereka, tok gajah@putih(tanah jawa) dan tok kijang@putih(tanah sumatra),anak maharaja bukit seguntang yang memerintah sumatra dan tanah jawa dan kepulaun melayu nusatara(semasa itu bangsa melayu belum diistihar).

Atas sebab-sebab masa beredar tahun berganti zaman dengan waktu yang amat lama, maka waris-waris dari kedua maharaja kedua beradik ini tidak lagi berapa (……..) dan terjadi nya sengketa atau perang saudara dan perebutan pemerintahan serta kuasa dan percubaan untuk menyatukan kembali waris-waris ini telah dibuat semasa tentera salib sampai ke sebelah sini untuk menjarah dan menjajah,

Tetapi tidak berapa berjaya kerana telah terjadi pecahan kepada dua kumpulan ; satu puak agama dan satu puak adat( juga mereka bersuku-suku dan tidak mahu mengaku dari satu tunjang@bersaudara) dan kedua puak ini sentiasa berperang. 

Maka runtuhlah dan tumbanglah satu tamadun sebelah timur yang pernah utuh dibawah satu empayar. Dari situlah, satu persatu cerita dan sejarah dihilangkan dari pandangan nyata bagi melindunginya dari tentera salib dan ianya juga sebagai ujian peringatan dari ALLAH kepada seluruh kumpulan dari ahli bait dan ahli waris nusatara.

Kedatangan islam yang sebenarnya menjadi rahmat kepada waris-waris maharaja bukit seguntang dan maharaja rumbak. Islam yang dibawa oleh waris ahli bait telah menyatukan seluruh waris-waris  sebelah sini, walaupun segelintir dari waris-waris ini yang masih kesamaran dalam menitih asal-usul waris keturunan dan beranggap-anggapan dan juga bersandar kepada adat  semata-mata. 

Semasa itu islam telah menjadi pembuka mata dan hati waris-waris ini, mereka bergabung diatas sinar islam. Gabungan waris ahli bait,waris maharaja bukit seguntang dan waris maharaja rumbak inilah yang berkerja kuat mengembangkan islam disebelah sini, mereka menjadi pendakwah islam dan membuang gelaran serta kemashuran keturunan untuk mengabdikan diri, harta, masa dan nyawa hanya kepada ALLAH TA’ALA semata-mata.

Asalnya kita dari yang satu dan dikembalikan kita kepada asal yang satu. Dengan rahmannya dan rahimnya kita berpijak dibumi ini. Bumi ini tidak kekal tetapi rahmannya serta rahimnya kekal selamanya. Maka cari dan mohonlah rahmat dari nya sahaja. Inshaallah ta’ala .waallahuallam. assalamualaikum buat seluruh waris-waris…ahli bait dan ahli waris nusatara.

Penulis: Neguai
Penerbit: Laman Pahang

I.1 Bukit Seguntang, Daik dan Ahli Bait
I.2 Puteri Tujuh pelengkap Anak Daik Tujuh Beradik
I.3 Keluarga Maharaja Rumbak
I.4 Keluarga Maharaja Bukit Seguntang
I.5 Pemerintahan Ragar Ruyung

1 comment:

Anonymous said...

just stopping by to say hi