Maharaja rumbak ini adalah adik kepada maharaja bukit
seguntang (mereka dua beradik seibu seayah sahaja), dia diberi kuasa dan
menjadi wazir kepada abangnya, maharaja bukit seguntang, bagi memerintah disebahagian@(3/4)
kawasan dari sumatra sehingga ke
filipina dan juga ke kawasan, sekarang ini dipanggil new zeland
(ini adalah
satu cerita yang dianggap katun, tapi, tak apa dan koi tak suruh pecaya, cuma
berfikiran waras kerana ini lah dikatakan antara mitos dan sejarah yang hilang.
Perkara ini tak hilangpun, orang kita kebanyakannya beranggap-anggapan sahaja).
Dan apabila dia mati, kawasan yang tersebut bawah jagaannya itu telah
diserahkan semula kepada pewaris abangnya, anak kepada maharaja bukit seguntang(adik-beradik
satu ayah dan ibu yang berlainan,kerana maharaja bukit seguntang mempunyai tiga
orang bini), yang mereka ini pula digelar gunung daik@ orang tiga beradik bukit
seguntang (masyarakat kita menggelar mereka, gunung daik bercabang tiga atau
tok buaya, tok gajah, tok kijang@kancil. Dan selepas keislaman mereka dan waris
mereka, gelaran mereka seperti berikut;
tok buaya putih, tok gajah putih dan tok kijang@kancil putih).
Maharaja rumbak ini lah yang memindahkan dan mendirikan
pagar ruyung atas sebab-sebab keselamatan pentadbiran (kota kedua selepas dari
yang sebelumnya disumatra). Dan kota asal maharaja bukit seguntang letaknya ditanah daratan yang lain (maaf,
tidak akan diceritakan tanpa kebenaran pemegang amanah).
Pentadbiran memerintah diselia oleh (.......) sehingga kepada demang lebar daun yang membuat sumpah setia
dengan waris maharaja bukit seguntang (waris nya pada zaman mereka itu).
Jajahan pemerintahan maharaja bukit seguntang ini amat
luas. Anak nya telah diberi kawasan masing-masing untuk memerintah selepas dari
matinya maharaja bukit seguntang dan maharaja rumbak dan disebabkan itulah,
tujuh beradik anak maharaja rumbak tidak boleh memerintah di sumatra atas sebab
penyerahan pesaka telah dibuat,
Maka mereka merantau ke tanah semenanjung@tanjung
besar dan disini mereka membuka penempatan negeri kecil dan bergabung dengan
sepupu mereka tok buaya@ putih(tanah semenanjung) anak kepada maharaja bukit seguntang
Disumatra pula dalam peralihan penyerahan kuasa kepada
waris maharaja bukit seguntang, bini dan enam anak maharaja rumbak mengambil
alih kuasa mentadbir .semasa itulah mereka diajar dan mendapat gelaran panji
semerang selendang merah@puteri tujuh, bagi menjaga dari serangan musuh. Dan
selepas dari penyerahan kuasa. Waris dari enam orang puteri ini membuka
penempatan dan memerintah negeri kecil-kecil disumatra dan jawa, serta
bergabung dengan sepupu mereka, tok gajah@putih(tanah jawa) dan tok
kijang@putih(tanah sumatra),anak maharaja bukit seguntang yang memerintah
sumatra dan tanah jawa dan kepulaun melayu nusatara(semasa itu bangsa melayu
belum diistihar).
Atas sebab-sebab masa beredar tahun berganti zaman dengan
waktu yang amat lama, maka waris-waris dari kedua maharaja kedua beradik ini
tidak lagi berapa (……..) dan terjadi nya sengketa atau perang saudara dan
perebutan pemerintahan serta kuasa dan percubaan untuk menyatukan kembali
waris-waris ini telah dibuat semasa tentera salib sampai ke sebelah sini untuk
menjarah dan menjajah,
Tetapi tidak berapa berjaya kerana telah terjadi pecahan
kepada dua kumpulan ; satu puak agama dan satu puak adat( juga mereka
bersuku-suku dan tidak mahu mengaku dari satu tunjang@bersaudara) dan kedua
puak ini sentiasa berperang.
Maka runtuhlah dan tumbanglah satu tamadun sebelah
timur yang pernah utuh dibawah satu empayar. Dari situlah, satu persatu cerita
dan sejarah dihilangkan dari pandangan nyata bagi melindunginya dari tentera
salib dan ianya juga sebagai ujian peringatan dari ALLAH kepada seluruh
kumpulan dari ahli bait dan ahli waris nusatara.
Kedatangan islam yang sebenarnya menjadi rahmat kepada
waris-waris maharaja bukit seguntang dan maharaja rumbak. Islam yang dibawa
oleh waris ahli bait telah menyatukan seluruh waris-waris sebelah sini, walaupun segelintir dari
waris-waris ini yang masih kesamaran dalam menitih asal-usul waris keturunan
dan beranggap-anggapan dan juga bersandar kepada adat semata-mata.
Semasa itu islam telah menjadi
pembuka mata dan hati waris-waris ini, mereka bergabung diatas sinar islam.
Gabungan waris ahli bait,waris maharaja bukit seguntang dan waris maharaja
rumbak inilah yang berkerja kuat mengembangkan islam disebelah sini, mereka
menjadi pendakwah islam dan membuang gelaran serta kemashuran keturunan untuk
mengabdikan diri, harta, masa dan nyawa hanya kepada ALLAH TA’ALA semata-mata.
Asalnya kita dari yang satu dan dikembalikan kita kepada
asal yang satu. Dengan rahmannya dan rahimnya kita berpijak dibumi ini. Bumi
ini tidak kekal tetapi rahmannya serta rahimnya kekal selamanya. Maka cari dan
mohonlah rahmat dari nya sahaja. Inshaallah ta’ala .waallahuallam.
assalamualaikum buat seluruh waris-waris…ahli bait dan ahli waris nusatara.
Penulis: Neguai
Penerbit: Laman Pahang
I.1 Bukit Seguntang, Daik dan Ahli Bait
I.2 Puteri Tujuh pelengkap Anak Daik Tujuh Beradik
I.3 Keluarga Maharaja Rumbak
I.4 Keluarga Maharaja Bukit Seguntang
I.5 Pemerintahan Ragar Ruyung
Penerbit: Laman Pahang
I.1 Bukit Seguntang, Daik dan Ahli Bait
I.2 Puteri Tujuh pelengkap Anak Daik Tujuh Beradik
I.3 Keluarga Maharaja Rumbak
I.4 Keluarga Maharaja Bukit Seguntang
I.5 Pemerintahan Ragar Ruyung
2 comments:
just stopping by to say hi
As,salam tuan admin
Sy budak baru belajar.
Maharaja Rumbak ni ahli bait?
Post a Comment