INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130906

C04 asal-usul masuknya Islam disebelah Nusatara

Seketika menceritakan oleh dr hamka; asal-usul masuknya islam disebelah sini (nusatara):

1. Kenegeri samudera pasai; bahawasanya  sharif mekah menyuruh sheikh ismail dari negeri mekah datang ke samudera pasai dan supaya dia singgah dinegeri mutabar@malabar, menemui seorang ahli agama yang akan bertugas menyebarkan islam dinegeri itu.orang itu ialah sultan Muhammad, dari keturunan sadina abu bakar as sidiq, sahabat nabi, dia meninggalkan kerajaannya  dan hidup sebagai  fakir dan menjadi ahli tasawwuf dengan panggilan ‘fakir muhammad’.

2. Negeri permaisura; telah didatangi oleh sayid abdul aziz yang datangnya dari Jeddah mengislamkan sultannya dan sultannya menukar namanya kepada Muhammad seperti nama nabi.

3. Negeri acheh;dari datangnya utsan dari sharif mekah yang bernama sheikh Abdullah arif… dan anak muridnya menyebarkan islam disamudra barat, pariaman.

4. Negeri tanah kepulawan jawa; dipelopor(utama) oleh maulana malik Ibrahim@ maulana maghribi, dari keturunan ali zainal abiding bin ali bin abi thalib dan siti Fatimah binti Muhammad rasulullah saw.

5. Negeri bantam dan crirebon; dbawa oleh sunan gunong jati@ sharif hidayatullah@ fatahillah@falatehan dari pasai berketurunan rasulullah saw.

6.Negeri kedah; maharaja marong mahawangsa, dikatakan diislamkan oleh sheikh Abdullah dari bangsa arab.

7. Negeri Maluku; dari catatan raja-raja Maluku, iaitu tidore, bachan, ternate dan jailolo adalah keturunan dari empat bersaudara, putera daripada imam jaafar sadiq berketurunan rasulullah saw.
Raja tidore, bernama chireli lijatu ditukar namanya kepada sultan jamaluddin oleh shekh mansor dari tanah arab.

8. Negeri ka sukadana@kalimantan; dibawa oleh sheikh shamsuddin dari mekah dan rajanya memakai gelaran sultan Muhammad shafiudin.

9. Negeri berunai; dibawa oleh sharif ali dari taif negeri mekah, mengislamkan raja awang betatar dan memakai gelaran sultan Muhammad 1 dan adiknya bendahara patih berabai dengan gelaran sultan ahmad 1 (sultan berunai kedua). Sharif ali berkhawin dengan anak sultan ahmad 1, dan menjadi sultan berunai ketiga. Kerana sultan Muhammad 1 dan sultan ahmad 1 tidak ada anak laki-laki. Dan pembesar berunai melantik sharif ali sebagai sultan dengan gelaran sultan sharif ali dan anaknya sultan sulaiman menggantinya menjadi sultan keempat berunai.

10. Negeri kepulauan Mindanao; dibawa oleh sharif kebungsuan, berasal dari negeri johor dari keturunan sharif mekah.

11. Negeri pulau sulu@filipina; dibawa oleh sayid abdul aziz yang dulunya mengislamkan sultan Muhammad shah dimelaka@permaisura. Kemudian datang pula yang kedua sesudah melalui Palembang dan berunai bernama abu bakar dan yang ketiga berasal dari minangkabau, bernama rajo bagindo.

No comments: