KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20130927

C07 Al-kisah [3] datang seorang diri, mati seorang diri dan dibangkitkan seorang diri

Dalam satu peperangan semasa masa nabi saw,,, pada masa itu barisan perang islam telah siap sedia hendak bertolak kemedan perang tetapi ditangguhkan oleh nabi saw kerana menunggu seorang sahabat yang masih tidak sampai untuk menyertai barisan perang itu.

Maka dari kejauhan tengah-tengah padang pasir ternampaklah akan sahabat itu sedang berjalan kaki menuju kearahnya ,oleh nabi saw, lalu berkata nabi saw kepada para sahabatnya yang lain yang ada disitu bersamanya,” lihatlah,
dia datang seorang diri nya,
dia akan mati seorang diri nya dan
dia akan dibangkitkan dengan seorang dirinya
bersama iman islamnya.”

No comments: