KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20130913

C05 AL-KISAH [1] lalai dengan kebun tamar

Dalam satu peperangan semasa masa nabi saw,,, ada seorang sahabat yang tertinggal dari pergi berperang kerana leka@ lalai dengan kebun tamar yang sedang rangup dan lebat mengeluarkan buahnya untuk dituai. Yang menyebabkan si sahabat itu meninggalkan barisan perang@pejuang islam@ahli bait kerana takut rugi akan hasil tamarnya.

Selepas kembali dari peperangan itu,maka turun satu wahyu kepada nabi saw yang mengarahkan semua umat islam semasa itu memulaukan si sahabat yang tidak menyertai perang tadi. dia tidak dilayan dan tidak dibenarkan berbicara dengan orang ramai.*dikatakan,,, Pemulauan itu berlaku selama empat puluh hari.

Maka si sahabat itu bertaubat dan mengerjakan amal soleh didalam rumahnya dengan teramat sedih dan sesal diatas kelalaiannya meninggalkan barisan perang itu, sehinggalah turun pula satu wahyu lain dari Allah swt kepada nabi saw, yang mengatakan taubat si sahabat itu diamin dan diterima oleh Allah swt dan permulauan kepada sahabat itu dimansuhkan@dibatalkan oleh Allah swt.

Apabila berita permulauan keatasnya itu dimansuhkan, diketahui oleh si sahabat, lalu dia telah menginfak@mengwakafkan  akan seluruh kebun yang menyebabkan dia menjadi lalai kepada  amanah islam dan baitnya kepada rasul saw.

No comments: