INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20131129

D02: Persoalan yang cuba dihuraikan


Selawat serta salam atas nabi, rasul sekelian alam, keluarganya, sahabatnya ahli bait seluruhnya dan tabi’i, tabi’in-tabi’in dan ahli waris nusatara dan semua pengamanah. Al fatihah…

Maka dengan ini saya mulakan riwayat yang tersimpan untuk sekian lama buat tatapan tuan dan puan waris-waris sekalian.

Pulau pandan jauh ketengah
Gunung daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Ini adalah pantun melayu lama dan ianya adalah kesenian orang tua zaman dahulu tetapi apa yang saya nak ketengahkan bukanlah berpantun sebaliknya sejarah dan cerita yang ada  disebaliknya. Kerana ia adalah pembayang yang tidak dirungkaikan oleh orang yang mengetahuinya.

Apa yang dimaksudkan pandan kepada pulau?
Apa yang dimaksudkan pulau kepada jauh ketengah?

Apa yang dimaksudkan daik kepada gunung?
Apa yang dimaksudkan gunung kepada bercabang tiga?

Daik dalam ertikata lain dan bukan dimaksud kepada kerajaan daik. Kerana maksud perkataan daik itu sendiri  adalah besar maknanya kepada keturunan dan waris-warisnya.

Dalam bahagian seterusnya , saya akan cuba ;’inshaallah’ dengan izin allah ta’ala. Akan merungkai dan perincikan berperingkat-peringkat dan satu-satu.

No comments: