Untuk mendapatkan perinciannya kita perlu berpatah balik
kepada cerita mitos, riwayat serta sejarah lama. Cerita-cerita raja-raja purba
kala dan perhijrahan umat kekawasan nusatara (tanah melayu dan kepulauan
melayu)(rujuk catatan sejarah lama,hikayat iskandar zulkarnai,hikayat
inderaputra,hikayat merong mahawangsa dan beberapa cacatan lagi)
Ini adalah kerja
menyusur waris keturunan (bagi penyusunan semula keturunan-keturunan) dari
seorang maharaja disebelah asia tengara (yang menggunakan nama gelaran yang
banyak) yang menyusur naiknya kepada iskandar zulkarnai (dikatakan waris dari
nabi allah Ibrahim as). Dan susur menurunnya dimaksud kepada keturunannya ‘
gunung daik bercabang tiga’. Dan maharaja tersebut dimaksud kepada kerajaan
atau istananya ‘pulau pandan jauh ketengah’.
Tiada siapa yang menyangka sebuah pantun lama menyimpan satu
riwayat yang mashyur, yang disimpan kan sekian lama tanpa dapat ditipu, digugat
kisahnya walaupun oleh bangsa orang putih.
Hanya dengan prosa pembayang dua kerat sahaja ia akan
menceritakan siapa dia, dimana dia , asalnya, warisnya dan sehingga kepada kita
sekarang ini.
Pantun pulau pandan jauh ketengah, gunung daik bercabang
tiga, hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga, pantun ini adalah pantun yang kedua ratus
lebih dari susunan pantunnya yang sebanyak lebih kurang lima ratus pantun
semuanya (kedudukan pantun ini letaknya ditengah dari keseluruhan
rangkap-rangkap pantun).
No comments:
Post a Comment