KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
2 comments:
Salam
Moga dikesempatan ini, Usaha Pencarian Anak2 Waris adalah Mengikut Susur Galur yang ditetapkan kembali asal usul kejadian Nabi Allah Adan A.S, membina Waris Nan Tiga Belas, mereka bagi cucu cicit akhir zaman akan kembali mengikut peraturan yang ditetapkan, sila rujuk "Spirituai Science Research Foundation " jika kita memahami pandangan Agama lain jika kita mudah memahami, Jika Mengikut ASWJ, maka pengajian dalam Agama Allah amat lah perlu berguru dengan GURU GURU MURSYID, iaitu memahami Tauhid Feqah dan Tassauf, dalam mencari SUSUR GALUR ianya perlu bertemu dan berguru, bagi mengetahui asal usul keturunan, Allah SWT menetapan Fasa Akhir Akhir Zaman, MANUSIA bukan di pecah kan dari asal usul keturunan kerana RAJA IBLIS telah berjaya menembusi SEMUA SISTEM PERTAHANAN KERAJAAN MANUSIA dan mencabar Allah SWT, maka dari Roh, mereka memohon untuk menjadi MANUSIA, maka di ALAM RAHIM ibu, mereka membuat PERJANJIAN DAN KONTRAK MENJADI MANUSIA DENGAN ALLAH SWT, maka Manusia ini hari selepas kelahiran, mengikut Fasa Fasa Hayat, mereka terlupa dari mana mereka datang, dimana akhir nya ia akan kembali kepada ALLAH SWT untuk perhitungan, tidak kira apa jua yang mereka laku kan atau tulis atau pun ucap kan yakni DOSA LIDAH DAN DOSA TANGAN, maka semua anak anak waris bagi semua susur galur akan di bawa terus sampai keturunan KABIL DAN HABIL, maka akan berlaku PERBALAHAN, Insyaallah Kita Akan Bertemu dengan Allah SWT atas apa yang di Janji kan yakni PERHIMPUNAN PADANG MASYAR, salam
Pendapat Tuan J..... sungguh mendalam. Terima kasih kerana berkongsi.
Harap dapat terus mengingatkan kami.
Sekian.
Abu Mansor Tarmizi
Post a Comment