INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20101103

Siapa Dato Bahaman (6) Tokoh 4: Encik Alang

Encik Alang mulanya memulakan ceritanya di bangku penonton, sebagai menghormati orang lama beliau telah diminta kedepan untuk bercerita. Encik Alang telah bercerita tentang isteri-isteri dan anak-anak Dato Bahaman


1. Cik Mukut, anak angkat Tun Ali adalah isteri pertama Dato Bahaman. Bersama Cik Mukut Dato Bahaman telah mendapat anak yang dinamakan:
•Idrus (Tok Muda Haji )
•Mat Lela (Tok Muda )
•Siti Hajar
•Matebah.

[Cik Mukut anak Cina Taicu yang menjadi anak angkat Bendahara Ali] [Rujuk]

2. Perkahwinan Dato Bahaman seterusnya adalah dengan orang Kampung Penjom, Raub yang bernama Cik Nik. Bersama Cik Nik Dato Bahaman mendapat:
•Yang Saadiah
•Muhammad (Penghulu Semantan)
•Teh
•Awang Ahmad (Penghulu Padang Tengku)

Ada sumber menyatakan Cik Nik ini adalah anak orang Tembeling Jerantut. Cik Nik ini adalah anak Encik Buang dan ini menjadikan nama penuh isteri kedia Dato Bahaman adalah Cik Nik binti Cik Buang.

3. Perkahwinan Dato Bahaman dengan anak orang Rawa bernama Cik Bai’yah Binti Malim Kuning telah melahirkan:
•Yang Ba’lah
•Cik Awang Perang
•Sa’idah

4. Perkahwinan Dato Bahaman berikutnya adalah dengan Yang Burbah, anak Tok Setia Lela Kerdau. Melalui perkahwinan ini mereka mendapat seorang anak bernama:
Jantan (Mat Hussin b. Bahaman)

5. Dato Bahaman juga pernah berkahwin dengan orang Kelang dari Permatang Pasir bernama Yang Chik binti Aman. Encik Alang menceritakan lagi bahawa perkahwinan dengan orang Kelang ini tidak dikurniakan anak. Tetapi ada cerita yang mengatakan mereka sempat mempunyai seorang anak tetapi anak tersebut meninggal dunia sebelum sempat besar.

Sebagai kesimpulan pembentangan Encik Alang, "Saya yakin Tok Peramu bukan Bahaman".
03
Isteri-isteri Datuk Bahaman adalah: Cik Mukut, Cik Nik, Cik Bai’yah Binti Malim Kuning, Yang Burbah binti Tok Setia Lela Kerdau, Yang Chik binti Aman.
02
•Idrus (Tok Muda Haji ) •Mat Lela (Tok Muda ) •Siti Hajar•Matebah.•Yang Saadiah •Muhammad (Penghulu Semantan)•Teh •Awang Ahmad (Penghulu Padang Tengku)•Yang Ba’lah •Cik Awang Perang •Sa’idah•Jantan 
01

No comments: