-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120325

Cerita 6B: Dibawah Satu Payung - Tok Bangau - Bugis

DIBAWAH SATU PAYUNG
TOK BANGAU (2) ATAU NAMANYA HAJI ISMAIL @ RAJA ISMAIL BUGIS.

Sampai dipahang dan bermukim di kampong bangau dan membuka pondok surau.Dia menjadi guru agama atau ulamak dizamannya. Beliau ini bermukim dipahang (dikatakan) pada tahun1400 atau 1500 masihi. Beliau berketurunan bugis dari makasar. Dia adalah seorang ketua, seorang guru agama islam juga ulamak pada zaman nya dan seorang anak raja makasar. Cerita dia meninggalkan makasar adalah cerita lain. Tidak akan diceritakan.

Dia menjadi guru agama semenjak sampainya dan bermukim dia dikawasan (sekarang ini dipanggil kampong bangau dan dia dilantik menjadi tok bangau 2 selepas kematian tok bangau 1. Dahulunya kampong bangau adalah sebuah mukim (mukim bangau). Salah seorang dari anak muridnya dan juga menjadi menantunya ialah tok sahibudin (berhala gantang).

bersambung

12 comments:

Jamilah said...

assalam admin.saya jamilah berasal dari kuantan.saya sedang membuat kajian kampung tradisional di kampung bangau mengenai sejarah berkenaan tok bangau sebagai guru agama. saya ada baca serba sedikit di blog ini dan ianya amat membantu saya dalam mengetahui sejarah kawasan kampung tersebut khususnya. Dan boleh saya tahu maklumat yang diberikan berdasarkan dari sumber mana. segala kerjasama daripada pihak admin amat saya hargai. trima kasih..

. said...

Kepada Cik Puan Jamilah.

Kami mendapatkannya terus dari orang-orang tua.

LAGI

Apa yang tuan/puan semua dapat dalam Laman Pahang tuan perlu dapatkan orang tua untuk sahkan.

Begitulah cara kami di Laman Pahang.
(1) Kutip
(2) Kesan
(3) Cari
(4) Jumpa
(5) Semak
(6) Sahkan
(7) Sebar - jika dapat kebenaran.

Kami hanya mengerakkan waris-waris yang masih 'tidur'. Kalau dah jaga/sedar teruskan mencari. Perlu tempuh sendiri semuanya, supaya bersedia. Bersedia untuk .........

LAGI

Memang rumit kerja mengesan dari orang-orang tua. Kalau dari buku dan internet, senang. Cara kami sekarang memerlukan kami bergerak dengan kenderaan sendiri, belanja sendiri dan masa sendiri. Bila dan jumpa orang-orang tua, kena hulur juga sesepuluh duapuluh duit. Kebanyakan orang-orang tua yang kami jumpa bukannya orang senang mewah.

Anak isteri juga pelik dengan kerja yang kami jalankan sekarang. Ada masanya bermasam muka dengan keluarga. Tambahan pula bila kerja tidak mendatangkan duit.

Sehingga kini kami masih sanggup buat.

Kerap kali bila sama-sama dan tak cukup modal/duit, kena tangguhkan sementara kerja. Bila melibatkan orang-orang tua yang dan uzur tentu tak boleh tangguhkan kunjungan, jadi apa caranya ...?

Terharu juga bila orang-orang tua ni sanggup sediakan air teh susu bukan teh o. Sanggup menyediakan makan tengahari secara ala kadar (sebab tu kami segan nak singgah rumah mereka sebelum tengahari).

Kebiasaannya kedatangan kami disambut dengan pintu pagar dan pintu rumah yang telah siap terbuka. Seolah-olah macam dan tau kami nak datang.

Itu cerita melawat orang-orang tua.

Satu perkara lagi yang kami perlu buat adalah melawat dan mengesan kubur-kubur lama.

Kami berharap kubur-kubur lama yang telah lama terbiar, tidak terjaga, berselerak dan ada yang dan hilang batu nisan dapat dijaga semula. Dija oleh pihak yang bertanggungjawab atau dijaga oleh waris mereka.

Jika boleh kami mahu pagarkan kubur-kubur lama tersebut supaya orang tau 'ada orang, ada kubur dan ada ceritanya.' kita perlu pelajari dari ceritanya tersebut.

Bukan untuk berlagak tetapi untuk Mengenal Diri Dengan Merata supaya Dapat Mengenal Allah SWT Dengan Nyata.

. said...

LAGI

Cerita sejarah dan keturunan adalah keadah kami untuk "merapatkan persaudaraan sesama kita". Banyak kali diulang dalam Laman Pahang bahawa kita semua perlu buang dendam/benci/terkilan/dll. Tapi ramai yang masih menyimpan. Kami tidak mahu menjadi pencetus sengketa lama. Kami juga tidak mahu 'orang menyorok' menjadikan kami sebagai tempat mengesan musuh mereka (untuk balas dendan atau tuntut harta keluarga/keturunan).
-Ada orang nak bercakap dengan kami tapi tak mahu kenalkan diri. Tak mahu berjumpa kami. Bila kami sebut aja apa yang dia nak tau ... terus hilang dan tak mahu dihubungi.
-Sebab itu kami campurkan cerita Keturunan dan Ketuhanan. Supaya "merapatkan persaudaraan sesama kita".

LAGI

Pihak kami tidak mahu membantu pihak yang mengesan salasilah keturunan orang lain. Kami tidak mahu terlibat dalam pencarian yang hendak memanjangkan dendam keturunan/keluarga.

Kami hanya membantu mereka yang mencari tentang keturunan masing-masing. Dengan tujuan untuk sempurnakan amanah atau tugas keturunan masing-masing. Bukan dendam.

Kami juga tidak dapat membantu mereka yang masih nak sembunyikan diri. Takut kepada manusia lebih kuat berbanding takut kepada Allah.

Perkara dendam/marah/benci ini telah kami terangkan berulang kali dalam Laman Pahang.

LAGI

Kami telah melakukan kerja-kerja mengesan kubur-kubur lama bagi tujuan mengesahkan seseorang tokoh tersebut ada. Ada orangnya, ada kuburnya, ada ceritanya dan ada waris keturunannya.

O Tiba-tiba semua gambar kubur-kubur lama terpaksa dikeluarkan dari Lamab Pahang. Kerana ramai yang ada dendam. Dendam tersebut masih hidup. Dendam tersebut tersimpan dalam jalur keturunan tertentu. Dendam tersebut merebak kepada waris-waris sekarang. Dendam tersebut merebak kepada kubur-kubur mereka yang didendam.

O Sebab itulah ada banyak perkara yang dirahsiakan kepada kita. Kerana dendam.

O Penulisan kami dalam Laman Pahang adalah bertujuan untuk meminta semua orang yang berdendam dan marah supaya hentikan semua itu.

O Cukup setakat orang dulu-dulu. Zaman kita sekarang tidak perlu menyambung dendam, marah, benci dan terkilan.

O Kita kembali kepada soalan: Siapakah Tuhan Kita?, Siapakah nabi Kita?, Apakah agama Kita?, Apakah kiblat Kita? dan SIAPAKAH SAUDARA KITA?

AKHIR

Maaf kalau jawapan terlalu panjang.

Jamilah said...

trima kasih xterhingga kepada tuan admin..banyak yg saya pelajari drpd penerangan tuan diatas...bahan sejarah memang sukar diperolehi jika tidak didokumenkan..trima kasih juga kerana usaha tuan admin untuk mengumpulkan data2 sejarah yang ada kerana generasi kini banyak yg sudah tidak mengetahuinya terutamanya generasi seperti saya..apatah lagi pada msa akan dtg...jika diberi keizinan boleh saya dapatkan serba sedikit maklumat diri tuan admin (nama dan umur) untuk tujuan rujukan bagi kajian thesis saya (saya merupakan pelajar semester akhir ijazah sarjana muda senibina landskap yang membuat kajian bagi kampung tradisional di temerloh)...email saya jamilahmh@yahoo.com..trima kasih sekali lagi

adios said...

salam admin, bila nok sambung cerita tok bangau ni..
koi ni mmg pesen suka nok tau sejarah2 area temerloh ni.. saje hobi.

keknye, se yg koi musykil kan, pasal tahun 1400 atau 1500, tok bangau ni dtg temerloh sebelum zaman kesultanan melaka ke?

. said...

Kepada Cik Puan Jamilah.
Kami masih malu nak tunjuk diri. Bimbang sangat nanti orang kata nak tonjol diri.

Kepada adios.
Itulah yang kami nak tunjukkan. Bila sebut cerita sejarah, kita kena tahu zaman atau tempohnya.

Sebab: Ada yang serupa nama tapi zaman nya berbeza.

Abu Samah ada 3
Panglima hitam ada 3
Puteri Sadon ada ..
Tun Teja ada ..
... ... ada ..

Bila kami sebut, pembaca kena sisat. Sebut semula kepada kami. baru kami sahkan (ceritanya serupa) dan boleh guna (jika perlu).

Kalau jumpa fakta yang bertentangan, maka kami akan keluarkan jawapan.

Kalau tak sama, sila rujuk kepada pemegang amanah tugas yang berkenaan.

Harap jawapan ini dapat timbulkan kemuskilan untuk meneruskan hobi tuan.

Unknown said...

Assalammualaikum. Saya mencari jurai ayah sebelah ibu saya. Ayahnya bernama Yassin bin Haji Ismail. Saya difahamkan oleh sepupu saya keturunannya membuka Manchis, Pahang. Emak pula kata keturunan itu buka Tasik Bera. Ada yang kata keturunan ini dari Perkalongan, Pulau Jawa dan susur galurnya dari Sunan Gunung Jati. Mohon bantuan dari semua di sini. Terima kasih.

Unknown said...

Yassin itu kata sepupu saya turut dikenali sebagai pendekar Yassin. Dikatakan nama penuh Haji Ismail adalah Raja Ismail bin Raja Sheikh Murshid. Mohon bantuan.

Unknown said...

Saya juga difahamkan walaupun mereka dari Perkalongan Pulau Jawa, mereka sebenarnya adalah Bugis. Daeing Celak kalau tak silap.

Unknown said...

Saya juga difahamkan walaupun mereka dari Perkalongan Pulau Jawa, mereka sebenarnya adalah Bugis. Daeing Celak kalau tak silap.

Anonymous said...

Aslm sy nak tahu berkenaan kampung catin mentakab pahang...orng bugis dr sana berasal dr mana?

Anonymous said...

Assalamualaikum,saya nak tahu adakah kadi osman bin hashim yg berasal dari kg lebak temerloh,cucu cicit kepada tok bangau ismail ini?terima kasih.