Al kisah bermulanya akan ceritanya, didalam istana disebuah negeri di tanah Sumatra (dikata oleh mereka). Seorang anak raja yang telah berpakat dengan ahli kerabatnya untuk keluar berdagang ditanah semenanjung.Dia mendapat kebenaran dari ayahdanya, raja dinegeri ditanah Sumatra. Dengan modal yang ada, dia dan kerabatnya telah membina kapal bagi pelayaran dagangannya. Mereka membina beberapa buah kapal dan salah satu dari kapal itu diterajui oleh nakhoda (anak raja ) itu sendiri.
Pada hari yang dijanjikan dan sesuai, kapal-kapal tersebut pun memulakan pelayaran mereka, mereka bertolak dari pelabuhan disumatra dan menuju ke tanah semenanjung. Dalam pelayaran tersebut, kapal-kapal mereka telah dilanda dipukul ribut dan topan ditengah laut.
Kumpulan kapal tersebut telah terpecah sebab dik ribut topan dan salah satu kapal yang hilang halatujunya adalah kapal sinakhoda kerana tiang layarnya telah patah. Maka kapal sinakhoda itu hanyut mengikut arus laut dan terdampar di tanah siam.
Ditanah siam sinakhoda dan anak kapalnya telah ditangkap dan ditahan didalam penjara Negara siam (pada masa itu), kerana dianggap musuh (kerana zaman itu siam dan Sumatra adalah musuh ketat).
Beberapa lama sinakhoda tetap didalam penjara, maka suatu hari, salah seorang dari anak kapal yang bersama sinakhoda dalam penjara terkena penyakit.pada masa yang sama Negara siam dilanda wabak penyakit yang sama seperti yang dihidapi oleh anak kapal sinakhoda yang mana raja siam telah lama tidak dapat mengawal wabak penyakit tersebut. Maka ramailah rakyat dinegara siam yang mati kerana korban wabak penyakit tersebut.
Didalam penjara, sinakhoda telah dapat mengubati anak kapalnya sehingga sembuh sepenuhnya. Perkara tersebut telah dilihat oleh sipengawal penjara Negara siam. Lalu berita dan perkara sinakhoda dapat mengubati dan memulihkan anak kapalnya itu telah dibawa kepengetahuan raja siam.
Dengan arahan dan perintah raja siam, sinakhoda telah dipanggil mengadap raja siam oleh pengawal penjara. Lalu bermesyuaratlah sinakhoda dengan anak kapalnya, akan berkenaan perintah siraja siam itu. Pada mulanya sinakhoda enggan untuk bertemu mengadap siraja siam, bimbang akan diperapa-apakan oleh raja siam akan dirinya dan anak kapalnya.
Lalu seorang dari anak kapalnya memberi cadangan agar sinakhoda mencuba nasib, kalau-kalau dengan mengadap raja siam dan memohon kepadanya, dapat melepaskan diri dan anak kapal dari penjara Negara siam.
Sinakhoda lalu bersetuju dengan cadangan anak kapalnya itu dan pergilah dia mengadap raja siam diiringi pengawal Negara siam. Diistana, raja siam memerintahkan sinakhoda mengubati wabak penyakit yang sedang melanda Negara siam. Dalam pada masa itulah sinakhoda mengambil kesempatan untuk memohon kepada raja siam bagi melepaskan dia dan anak kapalnya dari penjara jika dia dapat mengubati wabak penyakit di negara siam tersebut. Maka raja siam pun dengan terpaksa menyetujui akan syarat sinakhoda.
Beberapa ketikanya, wabak penyakit dinegara siam dapat dibendung dan diubati oleh sinakhoda sehingga pulih seperti sediakala.
Janji yang dipersetujui oleh raja siam telah dituntut oleh sinakhoda dan raja siam, bukan sahaja melepaskan sinakhoda dan anak kapal malah memberi sebuah kapal baru dengan kelengkapan muatan yang penuh kepada sihakhoda. Maka berlayarlah sinakhoda dan anak kapal meninggalkan Negara siam. Kapal sinakhoda itu berlayar menuju ke semenanjung tanah melayu iaitu belabuh di (sekarang ini digelar negeri Sembilan)…..
No comments:
Post a Comment