-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120301

Cerita 2: Pelayaran ke Negara Daik

Dik kerana Pahang duduk dibawah takluk raja daik, maka setiap tahun Pahang diwajibkan menghantar ufti kesana sebagai persembahan perlindungan.

Untuk menghantar ufti ke sana bukanlah semudah yang disangka kerana banyak halangan dari serangan lanun dan perompak dalam perjalanan. Oleh itu orang yang dipertanggungjawab untuk membawa ufti mestilah dari kalangan mereka yang koho-koho(gagah dan kebal).

Maka sebuah kapal dari Pahang pun berlayarlah kenegara daik bagi menghantar ufti. Dalam pelayaran itu, mereka singgah belabuh disebuah kawasan untuk berehat sebentar sebelum belabuh di daik.

Cerita diatas kapal sebelum dapat meneruskan pelayaran kedaik, Raja yang mengikuti rombongan itu mengarahkan panglima nya menaikkan sauh bagi meneruskan pelayaran.

Panglima pertama pun pergilah menarik tali sauh tetapi tidak dapat ditariknya kerana sauh kapal itu telah tersangkut pada batu karang didasar laut, walaupun ditariknya sekuat tenaganya sauh itu tetap tidak terlepas juga. Sipanglima pertama pun mengadap dan menceritakan halnya itu kepada raja, lalu di arahkan raja kepada penglima kedua bagi menaikkan sauh kapal.

Panglima kedua pun lalu bangun pergi menarik tali sauh kapal sehingga tenggelam sedikit buntut kapal tetapi sauh masih tidak dapat dilepaskan juga dari batu karang, maka mengadaplah panglima kedua kepada raja menceritakan hal yang tersebut itu. Lalu raja mengarahkan panglima ketiga  untuk menaikkan sauh kapal tersebut.

Panglima ketiga dengan segera pergi menarik tali bagi menaikkan sauh kapal, maka ditarik tali itu dengan sekuat kudrat dan hatinya sehingga terangkatlah haluan kapal tersebut dan akan menyebabkan kapal hampir karam tetapi sauh kapal itu tetap tidak dapat dilepaskan dari batu karang dalam laut itu. Lalu diadukan hal ini kepada raja. Disebabkan keadaan yang tersebut maka raja dan rombongan dalam kapal tersebut menjadi bingung dan memasing berfikir cara bagaimana untuk melepaskan kapal yang tersangkut itu.

Dalam keadaan yang membingungkan diatas kapal itu, adalah seorang juak-juak kapal yang bertugas didapur kapal sebagai tukang masak menawarkan diri untuk mencuba menaikkan sauh kapal tersebut dan lalu dipohonnya kepada panglima bertiga itu untuk mencuba, dari didengarkan oleh panglima bertiga itu dan dihadapkan permohonan situkang masak kapal tersebut kapada raja.

Raja yang masih dalam kebingungan  tadi, tersentak dan merasa pelik diatas permohonan situkang masak kapal, masakan tiga panglimanya yang gagah perkasa pun tidak dapat melepaskan sauh dari dasar laut, inikan pula seorang juak kapal situkang masak. Maka berbincanglah raja dan panglima-panglimanya akan hal yang tersebut itu dan pemutusnya, diberi peluanglah akan situkang masak bagi menaikkan sauh kapal itu.

Situkang masak yang tersebut itupun pergilah kepada tali sauh lalu dipegangnya, sambil dia berkata kepada semua orang diatas kapal tersebut,” katanya” berpeganglah kuat-kuat kerana hamba akan menaikkan akan sauh kapal ini, bimbang tuan semua terlepas jatuh nanti. Pabila semua orang diatas kapal itu telah berpegang dengan kuat, maka disentakkan akan tali sauh yang dipegangnya itu berserta dengan sauhnya sekali dan batu karangnya terbabut dari dasar laut dan ditariknya keatas kapal. Lepaslah kapal tersebut untuk meneruskan belayar kedaik.

Dari hari itu situkang masak diberi anugerah oleh raja akan dirinya dan tidak lagi menjadi juak kapal dan tukang masak kapal. Belayarlah mereka dan selamat sampai kenegara daik…………………………

No comments: