Sesampainya rombongan Pahang dan berlabuh didaik, maka berangkatlah tiga orang panglima turun dari kapal menuju ke istana raja daik berserta dengan ufti yang dibawa bersama-sama. Sesampainya diluar pagar istana. Hanya dua orang sahaja yang dibenarkan masuk oleh pangawal dan seorang dari panglima Pahang tinggal menunggu diluar pagar istana (panglima bertiga Pahang ini dikatakan adalah adik beradik, yang tinggal menunggu diluar pagar itu adalah yang bongsu).
Yang bongsu tadi, dia diarah menunggu diluar tiada kerjanya, berteduhlah dia dibawah pokok, sambil dia meropeh akan pokok kayu tempat dia berteduh itu sehingga berlubang dan amat dalamlah lubang pada batang pokok tersebut. Pekerjaan sibongsu itu telah diperhatikan oleh hulubalang raja daik dan disampaikan hal itu kepada raja daik.
Panglima Pahang berdua lalu berjalan masuk sehingga sampai kepintu tangga istana raja daik lalu ditahan oleh pengawal hulubalang raja daik. Pengawal hulubalang raja daik hanya membenarkan hanya seorang sahaja diantara kedua yang boleh mangadap masuk untuk menyerahkan ufti kepada raja daik. Maka yang tengah (adik yang tengah) pula tinggal dan menunggu dipintu tangga istana dan yang sulong berjalan masuk mengadap untuk menyerahkan ufti itu.
Yang tengah, duduklah dia diatas tangga bersandarkan tiang tangga sambil tangannya bermain-main akan satu arca(tampayan atau sesuatu barang berbentuk patung hiasan tiang tangga istana, kurang pastilah bendanya pulak). Dalam tangannya bermain akan barang tersebut sehinggakan terputus dua akan barang itu. Pekerjaan sitengah itu telah diperhatikan oleh pengawal hulubalang raja daik dari awal lagi lalu diadukan hal itu kepada raja daik.
Panglima Pahang yang sulong lalu berjalan menuju kearah balairom dan berhenti dihadapan singgahsana raja daik lalu diserah akan ufti yang dibawanya itu kepada hulubalang raja daik untuk dipersembahkan kepada raja daik. Sambil menunggu hulubalang raja daik mempersembahkan ufti dari Pahang itu dan menunggu perintah dari raja daik. Sisulong bermain-main akan lantai istana raja daik sehingga tembus lantai istana dimainkannya. Akan perkerjaan sisulong itu telah dperhatikan oleh siraja daik itu sendiri.
Ketiga-tiga pekerjaan akan panglima Pahang itu diketahui oleh siraja daik dan dia beranggapan yang panglima Pahang ini jika diapa-apakan akan menyebabkan daik kehilangan ramai hulubalang. Oleh yang demikian raja daik pun menitahkan supaya diadakan satu pertandingan diantara hulubalang daik yang paling handal dengan panglima Pahang dan taruhannya adalah, pembebasan Pahang dari takluk daik jika panglima Pahang menang.
Berita ini telah dibawa balik oleh tiga panglima Pahang kepada raja yang berada, sedang menunggu, diatas kapal. Berita pertandingan itu pun disampaikan dan bermesyuaratlah raja dan panglima-panglima Pahang akan titah raja daik itu.
Dalam permesyuaratan itu, mereka telah bersetuju menerima cabaran dari raja daik walaupun dihati merasa gementar, bimbang tak terlawan oleh panhlima Pahang. Dalam pada itu situkang masak tadi dengan segera memohon kepada raja untuk bertanding melawan hulubalang raja daik dan permohonan dia telah diterima dik raja.
Hari pertandingan yang ditetapkan itu pun tiba. Raja dan panglima Pahang pun berangkat turun dari kapal berjalan menuju kegelanggang tempat pertandingan akan diadakan. Dalam gelanggang itu telah ramai orang yang telah ada termasuklah raja daik dan hulubalang-hulubalangnya. Setelah sampai raja dan panglima Pahang didalam gelanggang, maka mengambil tempatlah akan mereka disuatu penjuru didalam gelanggang tersebut.
Raja daik lalu bangun dan bertitih kepada semua hadirin didalam gelanggang itu, menyuruh bersiap sedia akan hulubalangnya dan panglima Pahang bagi memulakan pertaruhan itu. Dalam pertandingan tersebut, hulubalang raja daik bertanya akan panglima Pahang adakah panglima Pahang ingin menyerang dahulu tetapi dijawab oleh situkang masak,”katanya” seranglah dahulu oleh pihak tuan (hulubalang raja daik). Tiga serangan telah dibuat oleh hulubalang raja daik dan ditepis dik situkang masak. Situkang masak pula membuat serangan dengan sekali serangan sahaja. Situkang masak hanya menyerang dengan memegang dan memulas teliga hulubalang raja daik sahaja, yang menyebabkan hulubalang raja daik tidak terlawan dan mengaku kalah, lalu berkata situkang masak kepada raja daik, “katanya” ini saja ke hulubalang yang ada pada kerajaan Negara raja daik.
Oleh yang demikian akan raja daik telah melepaskan Pahang dari takluk Negara daik mengikut janji yang telah ditetapkan oleh nya. Bermula dari tarikh dan hari itu menurut pada zamannya, maka Pahang telah bebas dari jajahan takluk negara dan raja daik dan menjadi sebuah Negara atau negeri yang bebas memerintah dengan sendiri.
No comments:
Post a Comment