Ini adalah cerita bagaimana rawa dan bugis bersatu pada tahun 1500 masihi ditemerloh.
Ceritanya adalah seperti yang dikisahkan dik mulut kemulut oleh orang tua-tua.
Pada masa zaman yang tersebut (tahun 1500 masihi) rawa dan bugis ini duduknya mereka berpuak-puak. Mereka ini pantang bersentuh bahu (bertemu muka), kemestiannya bergaduh dan berkelahi walaupun dalam hal yang sekecil kuman sekalipun. Krisis tersebut berlanjutan dan terhenti apabila tok sahibudin berkhawin dengan tok merdiah anak haji ismail (tok bangau 2).
(Kisah sebelum tok sahibudin berkhawin dengan tok merdiah) Setelah habis pengajian dengan gurunya haji ismail, tok sahibudin telah diarahkan (diminta) oleh haji ismail supaya menyambung pengajiannya disumatra dan mekkah, gurunya haji ismail membekalkan akan dia dengan sebiji telor ayam dengan berkata,”aku tidak boleh mengajar engkau lagi kerana ilmu yang engkau pelajari dari aku, aku lihat tidak mencukupi kepada engkau, maka pergilah engkau menuntut ilmu dengan orang yang boleh menyembelih telur ayam ini.
Adalah tujuan utama, haji ismail berbuat yang demikian, ialah supaya tok sahibudin merantau mendapatkan ilmu diluar Pahang, dengan merantau menambah pengalaman dan sahabat taulan dan dapat bergaul dengan suku bangsa yang lain didunia lain. Menurut cerita orang, dia pernah mengikuti peperangan menentang belanda di tanah makasar dan Sumatra (waallahualam). Pada zaman itu aliran martabat tujuh telah menguasai dunia nusantara. Dipahang pada masa itu juga dikuasai dengan aliran martabat tujuh ini, yang dipelopori dan dikawal oleh bapa saudaranya, (ini adalah satu cerita lain). Disumatra dia telah diminta oleh gurunya (guru Sumatra) untuk mempelajari dan mendalami ilmu persilatan dan martabat tujuh bagi tujuan merpertahankan diri dari asakan orang dan menepis pertuduhan yang dicampakkan orang kepadanya.
Dikatakan dik orang tua-tua, dihari perkhawinan tok sahibudin dan tok merdiah itu amatlah meriah sekali. Kedua-dua suku bangsa rawa dan bugis berganding bahu meraikan kenduri tersebut (keseluruh perahu memenuhi sungai Pahang sampai tak dapat dilihat air sungai Pahang dik sebab banyaknya orang berperahu dan orang dikawasan sungai dan pada hari itu dikatakan rawa dan bugis berdamai dari krisis (iaitu pada tahun/zaman 1500 masihi dikuala semantan/temerloh).
Dialah juga yang dikatakan orang, yang dapat memperbetulkan dan mengurangkan aliran martabat tujuh dipahang. Kerana pada masa itu, guru yang ahli lagi arif dalam aliran martabat tujuh telah kurang ada dan dibimbangi, orang atau mereka yang mengamal (mempelajari ) aliran ini terpesong akidahnya.
No comments:
Post a Comment