INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160227

ANTARA MITOS DAN SEJARAH

ANTARA MITOS DAN SEJARAH(bab,versi)

*DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH, LAGI MAHA PENYAYANG.
SELAWAT SERTA SALAM KEATAS NABI MUHAMMAD SAW DAN SALAM UNTUK KELUARGA,SAHABATNYA DAN SALAM JUGA UNTUK HAMBA DAN MAHLUK ALLAH YANG BERPEGANG TEGUH KEPADA KALIMAH SYAHADAH. DAN HADIAHKAN AL-FATIHAH BUAT MEREKA SEBAGAI TANDA INGATAN. INSAALLAH TA ALA.
Sufyan bin uyainah memberitahukan dari abd al-malik bin umair dari abd al-rahman bin abd-allah bin mas’ud dari ayahnya, bahawa nabi bersabda:

Ertinya: allah akan memberi kemakmuran kepada seorang hambanya yang mendengar kata-kata ku, mengingatinya, menjaganya dan memilikinya. Beberapa perawi hukum mungkin bukan ahli hukum  dan beberapa orang dapat meriwayatkan hukum kepada orang lain yang lebih ahli dalam masalah hukum daripada mereka. Hati seorang muslim tidak akan pernah enggan untuk melakukan tiga hal: iklas beramal untuk allah, nasihat pada sesama muslim dan setia dengan jamaahnya.


Sufyan bin uyainah memberitahu kami dari salim abu al-nadhr dari umar bin ubaid-allah dari ubaid-allah bin abi rafi dari ayahnya, yang meriwayatkan bahawa nabi bersabda:

Ertinya: jangan sekali-kali aku dapatkan seseorang diantara kalian santai ketiduran di dipannya dan apabila dihadapkan kepada suatu kewajipan perintah atau larangan dariku dia berkata “aku tidak tahu (apakah itu diperintahkan); kami hanya mengikuti apa yang kami dapatkan didalam kitab allah.”

Patutkah setelah diberi peringatan, kamu mengancam kami. Sebenarnya kamu adalah kaum pelampau. [yasiin.a.19]

Bukankah aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak adam supaya jangan menyembah syaitan?. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu.[yasiin.a.59]

Dan hendaklah kamu menyembah-ku; inilah jalan yang lurus. [yasiin.a.60]

Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan diantara kamu, sebahagian besar dari kamu, maka tidakkah kamu berfikir dan insaf?.[yasiin.a.61]


*Pertemuan dengan para pertugas.(seluruh waris ahli bait dan ahli waris nusatara)

Tuan –puan telah diberi tempoh yang agak lama untuk kembali ke laluan yang sebenar dan lurus. Kebanyakkan dari tuan-puan masih juga ingkar dengan akuan sahadah yang telah diperbuat diantara tuan-puan dengan allah.
Masa untuk tuan-puan kembali telah diperhitungkan. Oleh itu urusan tuan-puan telah dikembalikan kepada allah untuk ditimbangtarakan.

Moga-moga tuan-puan dapat menjawab bagi persoalan yang tuan-puan pertikaikan selama tempoh yang telah diberi kepada tuan-puan.


*Kisah silam untuk diketengahkan [apa kah moral yang boleh kita dapat dari cerita berikut]

Pada zaman nabi musa as bersamaan masa firaun yang sebelum dimusnahkan oleh allah dalam laut. Kisah seorang pemuda dari bani israil saudara kepada nabi musa[mengikut sirah, dia adalah sepupu kepada nabi musa], dia adalah seorang yang berilmu dan terpelajar(bijak) dan salah seorang yang tahu membaca dan mengerti akan kitab zabur, dia telah dilantik untuk menjadi seorang pegawai penjaga kepada perbendaraan kerajaan mesir@firaun pada masa itu. Daripada diberi tugas sebagai budak mencuci dan membersihkan barang dan harta dalam khazanah istana, dik kerana rajin dan tekun serta jujurnya , dia telah dinaikkan pangkat sehingga menjadi ketua penjaga harta khazanah kerajaan firaun mesir. Pada masa itu bani israil adalah orang kepercayaan bagi bangsa kufti mesir untuk menjaga harta mereka.
Berbalik kepada kisah pemuda tersebut; setelah dia menjadi ketua penjaga perbendaharaan kerajaan mesir, yang mana semua kunci peti dan gedung  simpanan harta berada dalam tangannya sebagai pemegang amanah harta kerajaan mesir. Lama kelamaan pemuda itu telah menjadi gah,bangga dan tamak kerana dia adalah orang kepercayaan, diberi kuasa untuk menjadi pemegang amanah kepada firaun dan salah seorang yang terkaya dikalangan kaumnya bani israil pada masa itu. Dia juga telah bertukar menjadi kedekut,kikir dengan harta yang diperolehinya. Walaupun kepada kaum keluarganya. Dia pernah ditegur oleh nabi musa  diatas sikap dan kelakuannya itu tapi ditolaknya kerana beranggapan nikmat yang diperolehi itu adalah atas usaha dan kebijaksanaan dirinya sendiri.

Semua sifat baik(berilmu) ada pada dia sebelum dia berkerja dengan firaun, dan selepas dia mendapat nikmat yang dianugerahkan allah kepada dia, lama kelamaan sifat baiknya telah bertukar sedikit demi sedikit manjadi sifat buruk, semua sifat buruk ada pada dia selepas dia menjadi kaya dan senang. Dia menjadi seorang yang sombong atas nikmat  pemberian allah.
Dia telah menipu dengan menukar cop yang ada pada barangan dan harta firaun kepada cop nama nya sedikit demi sedikit dan dibawa keluar dan disuruk diistana miliknya. Kebongkaannya itu lama kelamaan memakan dirinya sendiri atas sifat kufur nikmat dan ingkar@ salah laku tugas sebagai pemengang amanah.

Apabila amaran terakhir oleh allah yang disampaikan kepadanya melalui nabi musa tidak diendahkan, ketentuan dan balasan bala dari allah telah dijatuhkan padanya. Dia telah ditelan bumi bersekali dengan hartanya, harta penipuannya dan istananya kedalam perut bumi[ditenggelamkan kedalam tanah bersama harta dan istananya]. Maka, mati lah pemuda itu dengan hinanya dan menjadi orang@hamba yang celaka. perkara itu telah berlaku beribu tahun dahulu di bumi mesir. Sekarang ini[zaman ini] memang ada orang yang seperti pemuda itu, cumanya pembalasan atas nya tertangguh dan belum terlaksana lagi kerana tapisan oleh doa dan nur muhammad saw.

Ini adalah kisah QORUN@KARUN yang ingkar akan arahan nabinya “ musa as” dan perintah tuhannya “ allah”.
Untuk pengetahuan: Harta karun tidak ada didalam perut bumi tanah melayu@malaysia kerana harta karun yang ditelan bumi itu berada dibawah perut bumi mesir. Perkara ini lah salah satu sebagai contoh; menusia kebanyakan bersangka-sangka sahaja. Dan tidak usul periksa perkara yang sebenar.

Tuan –puan, dari cerita tadi moral yang dapat, adalah jangan menjadi orang yang tak bermoral, kufur nikmat dan membuat salah laku dengan sengaja atau salah laku tanpa disedari [kerana bersubahat juga adalah salah satu salah laku]hukuman bagi orang yang bersubahat tanpa dia sedar adalah sama dengan hukuman orang yang melakukan perbuatan salah tersebut… waallahuallam.


*KEFAHAMAN DAN SALAH FAHAM BERKENAAN KIAMAT
[hal berkenaan………..] menurut al-quran serta al-hadis dan pendapat para ulama salaf.

Kiamat hidup@kiamat kecil

Ianya berlaku keatas seluruh hamba allah mengikut ketentuan dan peraturan yang telah diberi tetap(umur masa hidupnya) dan pengakhiran hidup atau kematian keatas setiap hamba allah itulah dinamakan atau dipanggilkan kiamat@(KIAMAT KECIL). Perkara ini lah, ramai orang yang memperlekehkannya.
Perkara @ … sebagai contohnya; 
“Dah tak ada dah sianu tu”. Memberi maksud kawan nya yang dikenali telah mati@ajalnya telah sampai.
Dalam hal yang tersebut;
Soalan yang sering diperingatkan kepada kita yang hidup bukan mengajar yang telah mati…..
Apabila imam membacakan talkin di atas kubur…diantara nya…

Siapa tuhan mu
Siapa imam@ ikutan mu
Siapa nabi @penghulu mu
Siapa saudara-saudara mu
Dari mana dan ke mana ilmu dipergunakan
Dari mana dan ke mana harta dipergunakan
Kesempatan Hidup mu didunia dipergunakan untuk apa????????????.

Kebanyakan dari kita yang hidup dan mendengar talkin yang dibaca oleh imam itu, tidak mengendahkannya persoalan yang dipertuturkan  dan beranggapan ungkapan imam itu ditujukan khas kepada kawannya yang terbaring dibawah tanah yang tersebut itu. Dan selepas dari tujuh langkah anak adam bergerak dari tanah kubur, kebanyakan dari kita telah lupa akan ingatan(talkin) yang dibacakan oleh tuan imam kepada kita dan hanya mengingatnya kembali apabila berjumpa kepada kematian yang seterusnya (atas kawan yang lain atau atas dirinya sendiri).

Kiamat pengakhiran@ perkara besar

Ianya perkara yang kerap diperkatakan oleh orangramai dan ramaiorang. Dan mereka merasa cemas apabila di ceritakan@ dikisahkan berkenaan kiamat,… semasa itu sahaja.(dimasa diterangkan oleh tuan-tuan imam dan penceramah) selepas dari itu dan semasa dan selepas jamuan, perasaan cemas di hati mereka-mereka sudah hilang dan dimata mereka terpacak bayangan hidup dunia hari besok (pagi esok nak makan apa, kerja esok macammana…dan adamasa  mereka permainkan ungkapan dari ceramah dan teguran tuan imam).

Mengikut maksud; kiamat adalah suatu perkara besar yang telah dijanjikan oleh allah dan termasuk dalam sebahagian dari rukun iman(perkara sah yang ghaib). Perkara ini akan terjadi setelah berlaku dan akan berlaku mengikut tertib perkara-perkara semasa akhir zaman(akhir zaman dimaksud kepada  penghujung hidup atau nyawa bumi dan dunia keseluruhan, yang telah dicipta serta atas kehendak allah yang maha agong lagi maha tunggal dan maha bijaksana).

Tuan-puan sekalian…
Untuk menerangkan bercerita bab kiamat ni, kita perlu berbalik semula kepada cerita dan perkara asal yang asas yang diperturunkan dan…, oleh allah melalui malaikatnya kepada muhammad rasulullah dan dikisahkan serta diterang kan oleh nya rasul kepada makhluk seluruh alam, didalam yang dinamakam al quran dan sunnah nabi@hadis dan diperjelas serta diperincikan oleh ulamak dan fukaha silam dan sekarang.


*SUSUR BENDAHARA PETANI [3]@ TOK ABU WA.

TOK ABU WA KHAWIN [               ]
ADA BEBERAPA ANAK; [1][2][3][4][5]

1]Tok@tun malek [buka kubang pasu,kedah]
Maaf tiada maklumat buat masa ini. Anak cucunya masih menyuruk dan tidak kenal diri.

2]Wan@tun muhammad[buka jelai,kuala lipis]
Anak cucunya;.a.b.c.d.
Tun abd latif@@tok raja jelai [1]
Anaknya
a.Tok raja muda wan muhammad
anaknya
*tok raja wan sarah@wan ismail
Anaknya *1*
*1*wan kumin
*1*wan tama
*1*wan pahang
anaknya
***wan daud@orang kaya haji
*1*tok raja wan deris
b.wan hasan@wan san
*tiada maklumat
c.Wan husin@tok dehalek
*tiada maklumat
d.Wan semaun@ lebai bone
*tiada maklumat

3]tun abdullah,buka jengka, cenor.
*Tiada maklumat.maaf.

4]Tun salehuddin@ tok imam barat[buka telok era dan bangau]
*tok ahmad *2*
anaknya
*2*Tok masaud
(###)nama yang duduk bawah susur ini antaranya;
@1@Utz yusuf bin hj long
@2@Dato abd rahman bin hj talib
@3@Tan seri yahya bin mat seh
@@@; yang lainnya tuan dan puan tinjau-tinjaulah sendiri.

5]tun kudus (buka ceka )
*maaf tiada maklumat.

*SEBAB-SEBAB TIMBULNYA TAKABBUR@ BANGGA DIRI(ujub) [IHYA’ULUMUDDIN oleh imam al-ghazali]
1.Takabbur kerana keturunan
2.Takabbur kerana kecantikan
3.Takabbur kerana kekuatan
4.Takabbur kerana kekayaan
5.Takabbur kerana banyak wang
6.Takabbur kerana ilmu
7.Takabbur kerana wara’ dan banyak ibadat

Ketahuilah, bahawanya sifat takabbur itu termasuk sifat yang membinasakan. Oleh itu menghapuskan sifat takabbur itu terkira fardhu AIN. Ia tidak akan terhapus dengan semata-mata berangan-angan sahaja, malah dapat mengubat diri dari sifat takabbur pula dengan berubat.
Mengubati Penyakit takabbur ini mestilah menerusi teori ilmiah dan teori amaliah; iaitu dengan @ hendaklah dia mengenal dirinya supaya dia mengenal tuhan nya, kerana sifat itu bukan sifat bagi bani adam atau makhluk  yang lain. Sifat takabbur itu adalah sebahagian sifat dari sifat bagi zat mutlak allah.
Sifat takabbur itu tidak sepatutnya ada walaupun secebis kumanpun dalam diri manusia@ bani adam, kerana kalau ada, mereka itu samalah tarafnya dengan iblis yang dilaknat allah.[ dengan memahami dan mendalami al quran serta sunnah nabi ,,,rujuk kisah perintah allah, supaya iblis memberi penghormatan kepada nabi adam].

Sifat takabbur itu ada dua;
1.Takabbur batin; iaitu perkerti diri yang digerakkan oleh  hati
2.Takabbur lahir@zahir; iaitu gerak geri badan yang ditimbulkan oleh badan.

Maksud dari firman allah swt:
“celakalah manusia, alangkah ingkarnya ia! Dari apa ia diciptakannya? Dari setitis air mani dia menciptakannya, lalu dia menentukan bentuknya. Kemudian dia memudahkan baginya jalan. Kemudian dia mematikannya lalu dikuburkannya. Kemudian apabila dia kehendaki dia bangkitkannya.” [abasa;17-22]

Sabda rasulullah sawdari hadis qudsi[maksud darinya]
Berfirman allah swt:“Sifat kesombongan itu kain selendangku dan sifat kebesaran itu kain sarungku. Maka barang siapa merampas dariku salah satu dari keduanya, nescaya kulemparkan dia kedalam neraka jahannam dan tidak akan kupedulikannya lagi.”

Berkata ibnu mas’ud: kebinasaan itu berlaku dalam dua perkara; putus asa dan bangga diri@ujub.

Maksud dari Sabda rasulullah saw:
“tiga perkara akan membinasakan (diri manusia); iaitu kikir yang diikutkan, hawanafsu yang diturutkan dan seseorang yang suka membanggakan diri sendiri.”

Ketahuilah, bahawanya akhlak ini sama seperti akhlak-akhlak yang lain mempunyai dua penghujung dan pertengahan.
Penghujung yang condong kedarjat berlebih-lebihan dinamakan takabbur dan penghujung yang condong ke darjat mengurang-ngurangkan dinamakan kehinaan. Sifat pertengahan antara keduanya pula dinamakan tawadhu atau merendah diri.


*LAIN PUNYA CERITA, LAIN PUNYA ZAMAN TAPI SIKARANGPUN GUNA BOLEH APA…(sebagai sandaran kias)
 (dari ihya’ulumuddin olen imam al ghazali )

Diriwayatkan, ada seorang khalifah pada zaman dahulu, pada suatu malam beliau sedang berputar keliling kota, lalu mendengar suara seorang lelaki sedang bernyanyi didalam sebuah rumah. Beliau pun memanjat rumah itu, dan dilihatnya disamping orang lelaki itu ada seorang wanita, dan bersama mereka ada minuman arak. Khalifah berujah: wahai musuh allah! Apakah kau kira allah akan menutupi kelakuan yang keji ini, padahal kau sedang berpoya-poya dengan maksiat ini?. Lelaki itu segera menjawab: dan engkau juga wahai amirul mu’minin, jangan terburu nafsu. Kiranya aku telah bermaksiat kepada allah, hanya satu maksiat saja. Tetapi  kau kini telah membuat tiga maksiat sekaligus dalam suatu masa.

Tuhan telah berfirman: jangan kamu mengintip-intip, sedang perbuatanmu ini adalah mengintip hal orang lain.
Tuhan berfirman lagi: bukanlah kebaikan itu, dengan kamu mendatangi rumah-rumah dari pintu belakangnya, tetapi kini kau talah memanjat rumahku.
Tuhan berfirman lagi: jangan sekali-kali kamu memasuki rumah, selain rumah kamu sendiri(yakni tanpa izin), tetapi kini kau talah memasuki rumahku tanpa izin dan tanpa memberi salam pula.

Berkata khalifah: adakah padamu sesuatu yang baik (untuk mempertahankan dirimu), andaikata aku mengampunkan kamu. Berkata lelaki itu: saya ada! Demi allah, jika engkau ampunkan perbuatanku ini, aku berjanji tidak akan kembali kepada perbuatan yang sama lagi sepanjang umurku. Maka khalifah pun mengampunkannya dan beredar dari situ.


*POKOK AKHLAK YANG MULIA DAN ASASNYA ADA EMPAT (DARI IHYA’ ULUMUDDIN OLEH IMAM AL GHAZALI)

1.Hikmat atau kebijaksanaan
2.Syaja’ah atau keberanian
3.Iffah atau kebersihan jiwa
4.Adl atau keadilan

Untuk mendapatkan akhlak yang baik, kita digalakkan@harus mengenal kaaiban-keaiban diri. (contoh sahaja)
Umar ibnul khattab ra. Pernah berkata: semoga allah merahmati orang yang menunjuki aku akan keaibanku. Beliau pernah bertanya kepada huzaifah, katanya: engkau adalah tempat rasulullah saw menyimpan rasianya mengenai orang-orang munafikin. Adakah kiranya padaku ini tanda-tanda nifaq?.

Rujuk ayat@maksud al quran berikut:
[al-mu’minin;1-11]
[at-taubah;112]
[Al-anfal;2-4]
[al-furqan;63-77]


*Cuba anda fikir-fikirkan [ akhlak dan budipekerti].

Syair oleh imam syafi’I kepada hammad bin abu sulaiman;
[kisah hammad bin abu sulaiman dengan tukang jahit”minta maaf, pemberian itu sedikit sangat.” Sambil menghulurkan satu pundi-pundi berisi sepuluh dinar]
Wahai hati yang tergopoh-gapah!
Atas harta yang kan kudermakan terhadap manusia melarat
Manusia perwira dan terhormat
Keuzuranku kepadamu yang datang meminta
Aku tak punya
Itulah salahnya yang ada pada diriku.

Pada suatu ketika datang seorang lalu memegang palana kuda imam syafi’I, maka berkata amam syafi’I; wahai rabi’! berikan dia empat dinar dan kata kepadanya, maaf kerana tak dapat memberikan lebih dari itu.

Diriwayatkan pada suatu hari saidina ali bin abu talib menangis. Beliau ditanya; apa yang membuatkan engkau menangis?. Beliau menjawab; kerana dalam masa tujuh hari yang lalu, tidak ada seorangpun tetamu yang datang kepadaku. Aku merasa bimbang, jika allah ta’ala telah mensia-siakan aku.

Diriwayatkan, ada seorang telah mendatangi rumah sahabatnya, lalu ia mengetuk pintunya. Sahabat itu membuka pintu dan bertanya; apa sebab engkau datang? Jawabnya; aku ada hutang sebanyak 400 dirham. Maka sahabat tadi [un mengira wang sebanyak 400 dirham, lalu memberikannya kepada kawannya itu. Kemudian ia masuk menemui isterinya sambil menangis. Isterinya bertanya; mengapa menangis? Jawabnya; aku menangis, kerana aku tidak pernah bertanyakan hal sahabatku itu, sehingga ia terpaksa mengetuk pintuku meminta pertolongan.


*TAFAKKUR [berfikir][dalam ilya ulumuddin, oleh imam al ghazali]
Tafakur itu bermaksud berfikir, bukannya seperti yang kita buat sekarang ni… bertafakur[ duduk@berdiri senyap lima saat macam batu tu ]

Keutamaan tafakkur;
Ketahuilah, bahwasanya allah swt telah menyuruh hamba-hambanya untuk bertafakkur atau berfikir sambil meneliti segala yang tertera didalam kitabnya yang mulia, dengan memuji-muji orang-orang yang berfikir itu.
Firman allah[maksud dari]
“ mereka yang mengigati allah, baik diwaktu bediri, duduk dan ketika berbaring, dan mereka berfikir tentang kejadian langit dan bumi seraya berujar: wahai tuhan kami! Tiada engkau menjadikan semua ini dengan sesia.”

Ketahuilah, bahwasanya teras fikiran itu ialah ilmu pengetahuan, untuk mencungkil makrifat yang tidak bisa dihasilkan melainkan dengan berfikir.[boleh dikatakan] Pemikiran itu adalah pokok atau kunci kepada seluruh kebajikan.

Bidang kemaksiatan
Ketahuilah, bahwasanya bidang-bidang yang harus difikirkan itu adalah empat;
Bidang ketaatan
Bidang kemaksiatan
Sifat-sifat yang membinasakan
Sifat-sifat yang menyelamatkan

Bidang-bidang yang harus difikirkan
Manusia
Bumi
Binatang
Laut
Angin dan keajaipannya
langit
Meneliti tubuh badannya, akan kejadian,[adakah anggotanya telah berbuat dosa atau berbuat ibadah]
Semasa, sebelumnya atau permikirannya  berbuat sesuatu untuk masa kedepan dari [ketujuh-tujuh anggotanya];lidahnya,telinganya perutnya dan hatinya.
Demikianlah seterusnya, cara seseorang itu memikirkan terhadap anggota-anggotanya yang lain, sehingga ia bisa memeliharanya dari bahaya-bahaya yang boleh membinasakan amalan dan dirinya sendiri.

Rujuk ayat berikut;
Az-zuriat;21
Abasa;17-22
Ar-rum;20
Al-qiamah;37-38
Al-mursalat;20-22
Al-mu’minun;12-14
An-nazi’at;27-29
Ad-dahr;1-3
Al-mursalat; 25-26
Al-hijr;22
Al-qamar;19-20
Ad-dukhan;38
Al-baqarah;164
At-tariq;1
Al-waqi’ah;75-76
Adz-dzariat;22
Ali-amran;191

Selamat merujuk…inshaallah…moga-moga berjaya dan mendapat pertunjuk hidayah dengan izin allah.


*MENGIGATI MATI[dalam ihya-ulumuddin,oleh imam al-ghazali]

Sabda dari rasulullah saw. Maksud dari]
“cukup mati itu menjadi penasihat(mengisafkan).”

Dari firman allah[maksud]rujuk ayat]
Al-jumu’ah;8

Manusia itu terbahagi kepada tiga kategeri;

1.Orang yang tenggelam dalam urusan keduniaan
2.Orang yang bertaubat atau mula bertaubat
3.Orang yang mengenal diri sendiri yang selalu merasakan hayatnya akan habis

“ sesungguhnya kami menghitung dengan hitungan yang cermat”.[maryam;84]

Kata seorang penyair.
Tak pernah selesai keperluan manusia dari dunianya.
Melainkan bila selesai yang satu berpindah pula kepada yang lainnya.

Selain dari itu mengigati sakaratul-maut dan mengambil tauladan dari jenazah, dan ziarah kubur, alam barzakh dan hari kiamat,,, diantara cara yang boleh menginsafkan diri. Dan kalu tak boleh menginsaf kan juga diri, perlu diingatkan;
“dan ditiuplah sangkakala, maka pinsanlah setiap penghuni dilangit dan dibumi, melainkan orang-orang yang dikecualikan oleh allah. Kemudian ditiuplah sekali lagi, maka berbondong-bondonglah mereka berdiri menantikan.” [az-zamar;68]

Ayat lain,[Rujuk]
Al-haj;2
Al-anbia;1-3
Al-qamar;1
Al-ma’arij;6-7
Al-ahzab;63
Az-zamar;69
Al-maidah;109
Al-mu-min;17
Ibrahim;42-43
Maryam;7-72
Al-infitar;13-14
Ar-rahman;46
Ali-imran;133

Assalamualaikum…inshaallah…waallahualam.

11 comments:

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


dengan berdiri dan sambil khusyu dan tawadhu dan menangis ia berkata;

ya tuhanku,engkaulah tuhan tiap-tiap sesuatu,mengampuni segala dosa dan menutup segala dosa danmenutup segala keaiban hamba mu,lagi maha mengetahui segala yang terkandung didalam hati sekalian makhluk nya,dan melihat segala barang yang ghaib,kecil dan besarnya,halus dan kasarnya.

tuhankulah yang mengetahui segala hal ehwal hamba mu ini,memadailah daripada permohonan hamba mu ini. maafkanlah kiranya kesalahan-kesalahan hamba dan ampunilah dosa-dosa hamba serta kesihanilah hamba mu ini,bahawa sesungguhnya tuhankulah yang amat mengasihi lagi pemurah.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


badan saja dibawa pergi
namun hatitidak sekali
hancur lebur tidak peduli
kerana kekasih biarlah mati.

kasih sayang tetap berkekalan
meskipun sudah berjauhan
hakikat ini jangan diragukan
semoga tuhan akan pertemukan.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


raja pun ikutlah kehendak permaisurinya itu,lalu dipanggilnya balik dan ditanyanya nelayan itu,adakah ikan itu jantan atau betina.

lantas jawab oleh nelayan itu;

ikan itu kedi;jantan bukan betina pun bukan.

cuba tuanku lihat betapa peri kebusukan hati orang ini dan kehinaan dirinya.tuanku telah berikan dia lapan ribu dirham,itu pun tidak cukup,hatta satu dirham pun tidak ditinggalkan untuk dikutip oleh khadam tukang sapu.

dipanggil dan kata raja;

bagaimana engkau telah mengambil daripada aku lapan ribu dirham,kemudian engkau mahu lagi pungut satu dirham yang telah gugur daripada engkau?

jawab nelayan;

saya pungut dirham itu bukan kerana tamak,hanya kerana diatas dirham itu ada terlukis gambar dan nama tuanku,dan saya sangat menghormati serta memuliakan itu supaya tidak dipijak-pijak orang.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebutnama nya.


kata orang;

sesuatu perkara tiada boleh disahkan kebenarannya melainkan dengan bukti.

Anonymous said...

astafirullah,dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


mudah-mudahan allah ta'ala menolong bantu saudara melepasakan diri dari kesusahan yang ada ini, dan mengurniakan nikmatnya keatas saudara hingga tidak akan berhajat kepada pertolongan sekalian makhluk melaikan kepada nya.kerana sesungguhnya allah ta'ala maha berkuasa atas tiapa-tiap sesuatu,dan dialah yang lebih belas kesihan kepada hamba nya daripada yang lain.


Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


bilangan ahram itu tiga dan tiap-tiap satunya seperti gunung besarnya.

bergitu juga dengan ilmu pengetahuan,pelajaran,dan demikian juga ilmu falak bintang-bintang,ilmu-ilmu hikmat tib dan lainnya terdapat didalamnya dan masih terpelihara hingga hari ini tidak rosak binasa.dengan izin allah.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


peredaran masa sangat menakjubkan
membawakan berita yang menyukakan
semoga segera tuhan mempertemukan
dengan kekasih yang dicinta.

bila mulut dengan mulut bertemu
berpeluk dakap cium tidak jemu
kerana terlalu amat rindu
hingga rasnya tidak puas nafsu.

amiril mukminin khalifah budiman
amatlah besar limpah kurniaan
ihsan tuanku patik kenangkan
selama hidup tidak mungkin dilupakan.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


apalah gunanya banyak harta
kalau mengidap penyakit cinta
orangnya pula jauh dimata
siang malam berdukacita.

siapa kiranya boleh tunjukkan
peribadi yang saya rindukan
walau sekali dapat dijumpakan
nyawa dibadan saya berikan.

alangkah indahnya perbuatan tuhan
manjadikan bentuk lembaga insan
dalam seelok rupa bangunan
disempurnakan dengan akal fikiran.

tiap-tiap langkah yang dijalani
bukan dengan kehendak hati sendiri
apabila sampai ajal di suatu bumi
tiada mungkin dielakkan lagi.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


maaf kata;

sila semak resit sebelum meninggal,

adakah benar resit-resit saham akhirat yang tuan-puan beli atau bayar itu,boleh dipakai kemudian hari kelak,tengok baik-baik resit-resit itu original atau palsu.
pelaburan tuan-puan itu satu kenyataan atau angan-angan semata.

perhatikan keliling tuan-puan,adakah kemiskinaan telah terhapus.dan adakah kemaksiatan telah terhapus.dan adakah fitnah telah terhindar dan lupus.

jika semuanya telah tiada dan hapus,maka barulah sadakah dan wakaf tuan-puan bernilai di sisi allah, dari sebab saham tuan-puan yang dibelanjakan itu.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


demi allah yang menjadikan alam langit,bumi dan segala makhluk nya lagi mengetahui akan segala hal ehwal hamba-hamba nya,

dan perkara mengaku ya atau tidak,terserah kepada tuan.

maka bolehkah seseorang itu dapat mengelakkan tiap-tiap sesuatu yang telah ditakdirkan tuhan bagi dirinya?

bahawa usaha iktiar itu tidak mesti menjamin kejayaan,melainkan apabila disertai iradat tuhan.

lahaula walaquwata illa billahil aliul azim,

sesungguh nya tidak putus asa dari rahmat tuhan yang maha luas dan dengan penyertaan iradat tuhan yang maha berkuasa.

ilmu ini mesti berkehendakan masa yang lanjut,iaitu bertahun-tahun lamanya barulah boleh seseorang itu menjadi mahir dalam ilmu,bukan seperti ini.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


pandanglah dan ingatlah,,tiba-tiba engkau hendak melakukan perbuatan sumbang yang mewajibkan kemurkaan allah dan rasul nya dan sekalian makhluki nya. awas-baik-baik,dan hendaklah bertaubat nasuha,jangan diulangi lagi dan hendaklah berasa kesal sentiasa atas perbuatan yang telah terlangsung itu.


gunakanlah sifat sabar,tenangkanlah hati danfikir baik-baik,jangan turutkan hawa nafsu syaitan yang membawa kepada kebinasaan diri.jangan melakukan sesuatu kerja dengan terburu-buru,minta allah ta'ala selisihkan,maka carilah jalan lain yang lebih selamat,dan mudah-mudahan tuhan tunjukkan jalan kelepasan yang baik,amin.


sekiranya perkara yang dihadapi itu,nescaya tidak akan bertindak lebih jauh dari apa yang tercatat di dalam undang-undang syariat islam.