-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160218

Masjid 'Mat Kelubi' Kampung Pedah Jerantut Pahang Malaysia.

Kampung Pedah menyimpan satu sejarah pembunuhan seorang tokoh pejuang seangkatan Mat Kilau.
 1. Pada 29 Jun 1894 sepasukan tentera kerajaan Inggeris yang diketuai oleh Jeneral Walker menyerang kumpulan penentang Inggeris yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi di Jeram Ampai, Kuala Tembeling, Pahang. Dalam serangan itu Pemangku Penguasa Ulu Pahang bernama Wise, terbunuh bersama empat anggota polis. Serangan tersebut menyebabkan Mat Kilau berundur ke Kelantan. Ini menandakan berakhirnya perang menentang Inggeris di Pahang.
SUMBER:
https://khalifahgayong.wordpress.com/2010/02/04/adakah-tok-peramu-itu-orang-kaya-setia-semantan/
 2. Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikutdan sahabat nya. Sahabat nya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim (kedua nya anak Tok Gajah), Mat Kelubi (anak saudara Tok Gajah), Mat Ali(khatib), Awang(Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
SUMBER:
http://karami-suaraku.blogspot.my/2010/05/mat-kilau.html
 3. Banyak rahsia yang tersimpan di kampung Pedah ini.
 4. Kadang-kadang sesuatu maklumat atau rahsia tidak tersebar kepada seluruh penduduk kampung. Bila dinamakan rahsia sudah tentu beberapa orang sahaja yang menyimpannya.
 5. Setakat mana mereka akan menyimpan rahsia tersebut terserah pada 'kunci' yang boleh membuka rahsia tersebut. Jangan pula ada yang merasakan berhak terhadap satu-satu rahsia.
 6. Dengan izin Allah SWT yang dikatakan rahsia akan tetap terbongkar dengan izinNYA.
 7. Sabar atau tidak kita menantinya terserah kepada niat masing-masing.
 8. Kadang-kadang sesuatu itu dirahsiakan oleh Allah SWT kerana ianya lebih bermanafaat dirahsiakan.
 9. Mungkin apabila kita telah mengenal diri barulah Allah SWT bukakan rahsia tersebut kepada kita.
 10. Jangan pula hairan apabila rahsia tersebut dibuka supaya si penerimanya boleh terus menyimpannya sebagai rahsia. Sampai masanya pemegang amanah tersebut akan membukakannya kepada orang yang berhak menyimpan rahsia tersebut.
 11. Mungkin apa yang disimpan tersebut bukanlah rahsia tetapi penerangan terhadap perkara yang disimpan yang menjadi rahsia.
 12. Mungkin juga menjadi sesuatu yang lucu apabila rahsia yang dicari tersebut adalah perkara yang telah diketahui oleh si pencari. Tetapi usaha gigih dan berterusan untuk membongkar rahsia tersebut telah menyebabkan si pencari lebih mengenali dirinya.
 13. Berhampiran masjid Kampung Pedah ini banyak kubur-kubur yang menggunakan batu sungai.
14. Siapakah yang dapat membongkar rahsia orang-orang yang dikuburkan disini. Masing-masing menerima hidayah yang berbeza dan dugaan yang berbeza. biarkanlah kita teruskan dengan cara yang dihidayahkan.

3 comments:

PrivateHistorian said...
This comment has been removed by the author.
PrivateHistorian said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Masjid Pedah ini menjadi bukti Perang Rawa-Bugis..Dikatakan berebut seorang Puteri..Puteri ini berlindung di Masjid ini..Askar2 itu mahu membakar masjid ini tetapi takdir Allah,tidak terbakar masjid ini.