INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160311

Anak Tok Naning Kawin Dengan Pegawai Tentera Portugis

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusarata...

kilaf@kias nya kepada...

"di hari itu,bumi akan menerangkan berita-beritanya."[maksud terjemahan az-zilzal:4]

"tahukah kamu apa dia berita-beritanya?, iaitu bumi akan menjadi saksi ke atas lelaki dan wanita tentang apa yang mereka usahakan, dia berkata: orang itu telah melakukan begitu pada hari begitu."[maksud dari hadis@sabda rasulullah saw]

kilaf@kias nya kepada...

salah seorang dari orang portugis[pegawai tenteranya]semasa itu[dalam perang naning] telah melarikan diri dan menjadi islam dan telah membantu tentera melaka menghalau tentera portugis dari bumi naning.
dia berketurunan dari ratu portugis[anak ratu vitoria]dan berkhawin dengan salah seorang dengan anak perempuan tok naning@syed kuning.[warisnya ada hingga kehari ini].

Anonymous
1/1/15

16 comments:

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;

hadisnya; golongan quraisy dan golongan yahudi masa itu telah menanyakan tentang soal roh,perihal kaum-kaum yang hilang tidak diketahui apa yang mereka lakukan,berkenaan seorang lelaki mengeliling dan mengembara dibumi hingga sampai kesebelah timur dan barat.

al-quraan; dan mereka bertanya kepada kamu tentang roh.katakan,roh itu adalah urusan tuhanku dan kamu tidak diberikan pengetahuan melainkan sedikit sahaja.[surah al-israk,ayat 85].

al-quraan; dan mereka bertanya kepada kamumengenai zulkarnain.katakanlah,aku akan bacakan kepada kamu sedikit tentang perihalnya.[surah al-kahfi,ayat 83].

sejarahnya; semasa itu kedua kumpulan quraisy dan yahudi dimadinah,sedang berpakat untuk meruntuhkan@memecahbelahkan orang-orang islam dengan soalan yang telah diambil dari kitab-kita mereka yang lama,bagi cubaan menjatuhkan airmuka rasulullah.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;

maaf kata;

apabila ilmunya mereka -mereka itu tinggi melangit,maka mereka itu dengan sengaja atau tidak sengaja mencuba bermain-main sesama mereka dengan soalan-soalan yang boleh menjatuhkan air muka dihalayak ramai.

ibarat; biri-biri ditengah padang yang setiap dari biri-biri itu berbulu tebal dan putih,maka tidak dikenal yang mana satu. dan kalau dihitung,akan memeningkan kepala.

sebaliknya;serigala atau musang tidak mengira,maka diburu,dibunuh dan dimakannya satu persatu dari biri-biri sehingga habis kesemuanya.

pada masa itu tidak ada gunanya kecerdikkan pada mereka yang berilmu melangit itu.

padang telah kosong dan tiada ternakan untuk dibela dan tiada daging untuk dibuat makanan dan tiada biri-biri untuk memakan rumput yang menjulang tinggi.

apakah mereka-mereka itu sanggup memakan rumput-rumput yang dipadang seperti biri-biri?.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;

hadisnya; seorang yahudi berkata kepada sahabatnya; "berangkatlah bersama-sama kami bagi menumui nabi ini hingga kita dapat bertanya kepada baginda perihal ayat ini;

al-quraan; dan sesungguhnya kami berikan kepada musa sembilan mukjizat yang nyata...[surah al-israk,ayat101].

sejarahnya; maka temannya itu berkata,;jangan kamu katakan sesuatu kepada dirinya.jikalau dia mendengar kamu,maka dia akan mempunyai empat buah mata.'

maka nabi saw mengatakan,'jangan kamu semua menyekutukan allah dengan sesuatu pun.
jangan kamu semua mencuri
jangan kamu berzina
jangan kamu membunuh jiwa yang diharamkan oleh allah kecuali dengan hak
jangan melakukan sihir
jangan memakan riba
jangan kamu mengadukan seseorang yang tidak bersalah kepada penguasa supaya dia membunuhnya
jangan kamu menuduh wanita yang suci berzina dan tidak pernah melakukannya.

sebahagian lainnya;
jangan kamu lari daripada peperangan dan
khusus kepada kamu.wahai orang-orang yahudi,jangan kamu melanggar larangan hari sabtu.

antara mukjizat nabi musa itu;tongkat,tangan,taufan,belalang,kutu,katak,darah,tanah gersang,buah-buahan dan hasil yang berkurangan.

dan yang utamanya; bertemu dan bercakap dengan allah di bukit thursina.


maka keduanya mereka mencium tangan baginda lalu mengatakan;kami bersaksi bahawa kamu adalah seorang nabi.

nabi saw lantas bertanya;lalu apa yang menghalang kamu berdua?

mereka berkata;sesungguhnya daud as. pernah berdoa supaya antara keturunannya ada yang masih mampu menjadi nabi.jikalau kami masuk islam,kami bimbang orang-orang yahudi membunuh kami.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;

maaf kata;

umpama kepada tasik-tasik,aliran sungai mengalir kepadanya,dan air dari tasik dan sungai itu mengalir kelaut yang terbentang luas atau tasek yang besar lagi utama.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;


hadisnya; jikalau kaisar binasa,maka tidak akan ada lagi kaisar lain sesudah beliau. jikalau kisra binasa,maka tidak akan ada lagi kisra lain sesudah beliau,kamu sekalian akan membelanjakan perbendaharaan kekayaan kedua-duanya pada jalan allah.

al-quraan; dialah yang sudah mengutus rasul nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar, untuk dimenangkan atas segala agama yang lain,walaupun orang musyrik tidak menyukainya.[surah at-taubah,ayat 33]


hadisnya; sesungguhnya allah menghimpunkan bumi untuk aku,lalu aku melihat timur dan baratnya.sesungguhnya kekuasaan umatku akan mencapai apa yang dihimpunkan untuk aku.

al quraan; katakanlahkepada orang yang tidak turut berjuang daripada kalangan kaum arab badwi, kamu akan diajak menentang satu kaum yang mempunyai kekuatan yang bersangatan supaya kamu memeranginya,ataupun mereka memeluk islam.jikalau kamu taat,allah akan mengurniakan kamu denganbalasan yang baik,dan jikalau kamu berpaling ingkar seperti keingkaran kamu dahulu,pasti allah akan menyeksa kamu dengan azab yang tidak terperi sakitnya.[surah al-fath,ayat 16].

sejarahnya; tentera rom dan tentera parsi telah dapat dikalahkan oleh tentera islam satu persatu sehingga tertegaknya empayar islam dari timur ke barat.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;

hadisnya(sebahagian darinya); saidina umar ra; bertanya kepada rasulullah saw; wahai rasulullah,bukankah kamu beritahu bahawa kami akan pergi ke makkah dantawaf?

baginda menjawab; ya benar.apakah aku mengkhabarkan kepada kamu,bahawa kamu akan pergi ke mekkah pada tahun ini?

saidina umar berkata; tidak.

berkata baginda lagi; sesungguhnya kamu akan pergi ke makkah dan bertawaf.


al-quraan; sesungguhnya allah membenarkan rasul nya dalam perkara mimpi itu dengan sebenarnya;iaitu bahawa kamu akan memasuki masjidil haram insya allah dengan aman;mencukur kepalamu,dan mengugunting sedikit rambutnya,serta kamu tidak berasa takut,kerana dia mengetahui apa yang kamu tidak mengatahuinya;maka dia sediakan sebelum itu,satu kemenangan yang dekat.[surah al-fath,ayat 27].

al quraan; dan ketika allah menjanjikan kepada kamu satu daripada dua angkatan untuk kamu,(sebahagian ayat).........[surah al-anfal,ayat 7].

al-quraan; padahal allah mengkehendaki bagi menetapkan yang benar dengan kalimah-kalimah nya dan bagi membinasakan kaum yang kafir seluruhnya.(sebahagian ayat)[surah al-anfal,ayat 7]

sejarahnya; berlakunya perang badar,dan berlakunya perjanjian hudaibiah.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;

maaf kata;

al quraan dan sunnah@al hadis diturunkan dan disampaikan oleh rasulullah saw kepada manusia dengan beransur-ansur,dan ianya disampaikan mengikut kejadian yang sabit ketika itu dan pada sebahagian dari semasa-semasanya di rujuk bersekali dengan sejarah silam rasul dan nabi dan manusia dan hamba allah yang dijadikan ibarat tauladan. dan sebagai igatan serta amaran. dan ada kalanya disebutkan berita masa hadapan yang masih belum terjadi dan akan terjadi. dengan izin allah ta'ala.


maka dengan itu al quraan; sunnah @ al hadis, sejarah kejadian atau sebab-musababnya; mestilah selari dan bersekali di bacakan.tidak boleh diasing-asingkan.yang mengikut apa yang diperintahkan allah yang telah tertulis dari sejak azali dengan kehendak dan izin allah.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;

hadisnya; jangan engkau berdukacita,sesungguhnya allah bersama-sama kita.

al-quraan; jikalau kamu tidak menolong muhammad maka sesungguhnya allah menolongnya,iaitu ketika kaum kafir mengeluarkannya dari negerinya makkah sedang dia seorang daripada dua orang semasa mereka berlindung didalam gua,ketika dia berkata kepada sahabatnya,jangan engkau berdukacita,sesungguhnya allah bersama-sama kita. maka allah turunkan ketenangan kepada nabi muhammad dan menguatkan dia dengan bantuan tentera malaikat yang kamu tidak melihatnya.dan allah menjadikan seruan orang kafir terkebawah,dan kalimah allah tertinggi;dan allah maha kuasa,lagi maha bijaksana.[surah at-taubah,ayat 40].

sejarahnya; pada waktu pehijrahan rasulullah yag ditemani oleh abu bakar.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;


hadisnya; aku dibantu dalam melawan musuhku dengan ketakutan mereka sejauh satu bulanperjalanan.

al-quraan; kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami dimerata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri,sehingga ternyata kepada mereka bahaw al-quraan adalah benar. belumkah cukup untuk mereka bahawa tuhanmu mengetahui dan menyaksikan setiap sesuatu?[surah fussilat,ayat 53].

sejarahnya; terlalu banyak,jika hendak di huraikan,dansebahagiannya adalah kekalahan tentera rom dan tentera parsi dan pembukaan kota mekkah oleh rasulullah saw.

Anonymous said...

salamsejahtera,shahihnya;

maaf kata;

disebabkan mereka merasakan diri mereka itu telah berilmu tinggi,maka mereka telah menukar maksud bagi kebanyakan perkataan-perkataan yang menyebabkan orang yang mendengarnya tidak faham.

adakah mereka itu malu untuk menyampaikan atau mereka menyimpannya bagi kepentingan mereka.

dari sebab itu mereka yang sekarang ini terkapai-kapai dalam mencari urusan sebenar antara diri mereka dengan tuhan mereka.

kitab al-quraan dan sunnah@al hadis yang ada tidak dijamah langsung bagi mencari jawapan,sebaliknya mereka sibuk dengan buku-buku yang tidak memberikan faedah kepada diri mereka dengan angan-angan kosong atau anggapan-anggapan yang tidak jelas.

sedar tidak sedar,mereka telah melagukannya dengan mendayu-dayu yang kononnya membolehkan mereka mendekatkan diri.

rasulullah telah menyatakan; kamu akan selangkah demi selangkah menuruti jejak mereka.

sekarang ini bukan mereka yang merosakkan, sebaliknya umat itu meniru apa yang telah umat rosak lakukan. maka syaitan-syaitan bertepuk bersorak melihatkan kelakuan umat yang meniru itu sekarang ini.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;

beberangkap syair yang dibuat oleh abu talib;
semasa di lembah,bani hashim dan bani al-mutalib dipulau dan di buang dari kota mekkah;

demi kabbah,
kalian berdusta apabila menganaggap kami membiarkan muhammad,
tidak berperang dan berjuang demi mempertahankannya,
membiarkanya kepada musuh sehingga kami tewas disekitarnya,
leka daripada mempertahankan anak-anak dan isteri-isteti kami,
apalah ertinya sebuah kaum yang membiarkan ketuanya yang berani mempertahankan hak,
yang menjaga tutur kata daripada mengucapkan perkataan keji serta tidak bergantung kepada orang lain,
seorang yang mulia,
manusia memohon hujan dengan berkatnya,
dia adalah pembela anak-anak yatim dan isteri-isteri yang kematian suami,
golongan fakir daripada bani hasyim dapat berlindungdengannya,
mereka hidup dengan penuh kenikmatan disisinya.


ini sebahagian dari kisah dari lembaran perjanjian yang di makan anai-anai yang membatalkan perjanjian itu.

sesungguhnya anak saudaraku memberitahu aku berita tentang lembaran perjanjian kamu semua.allah mengarahkan anai-anai memakannya,melaikan yang tinggal hanya nama allah. bawakan lembaran itu kemari sesungguhnya lembaran itu seperti yang dikhabarkan.sekiranya tidak,aku akan serahkan muhammad kepada kamu semua.

apabila pintu kabbah dibuka, apa yang terjadi adalah seperti yang dikhabarkan oleh rasulullah sawa.justeru, terbatallah perjanjian itu dan bani hasyim dan bani al-mutalib kembali ke mekkah,ketempat asal mereka.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;

hadisnya; sekiranya keimanan itu ada digugusan bintang,pasti keimana itu tetap diperolehi oleh sekelompok ataupun seseorang daripada mereka itu.

al-quraan; dan juga orang yang lain dari mereka,yang masih belum menghubungi mereka;dan allah jugalah yang maha kuasa lagi maha bijaksana.[surah al-jumuah,ayat 3].

sejarahnya; sambil meletakkan tangan pada salman al-farisi, kepadanya atau kepada kaum parsi.

Anonymous said...

salamsejahtera'shahihnya;

bait syair oleh seorang wanita dari keluarga abdul muthalib;

apakah yang kamu akan beritahu kepada nabi kamu jikalau baginda bertanya,
apakah yang kamu sudah lakukan,sedangkan kamu umat yang akhir,
terhadap keturunan dan keluargaku selepas pemergianku,
antara mereka ditawan dan dibunuh dinodai dengan darah,
apakah ini balasan untuk aku selepas aku menasihati kamu,
kamu membelakangi aku pada seseorang daripada darah dagingku.


syair disebutkan oleh al-hakim abdullah an-naisaburi;

merekatiba dengan kepala kamu,wahai cucu muhammad,
dalam keadaan diselimuti dengan lumuran darah yang menutup,
lalu,ia seolah-olah kamu tiada apa-apa,wahai cucu muhammad,
mereka menyerang sasaran tersedia dengan sengaja mereka utuskan,
mereka membunuh kamu dalam keadaan yang haus dan mereka tidak mengawasi,
dalam membunuh maku suatu ketetapan dan andaian,
mereka berbangga dengan membunuh kamu,
sekiranya mereka membunuh kamu mereka pasti berasa takbur dan mulia.


dan apakah mereka sekarang ini, masih hendak mengikut jejak yang sama seperti yang terjadi kepada kejadian keatas saidina husain ra.(kaum yang membunuhnya tanpa ilmu dan dengan tipu daya).

maka neraka adalah sebaik-baik tempat kepada mereka yang takbur lagi ego.

Anonymous said...

salasejahtera'shahihya;

hadisnya;berkata rasulullah: wahai abu zar,apakah pendapat kau jikalau mausia terbunuh sehingga batu-batu tercurah denga darah.apakah yang akan kau lakukan?

berkata abu zar:allah dan rasul nya lebih megetahui.

berkata rasulullah:hendaklah kamu masuk kedalam rumah kamu.

berkata abu zar:wahai rasulullah,bagaimana jikalau merekam asuk ke dalam rumahku?

berkata rasulullah:kamu bergabungdengan kelompok kamu.

berkata abu zar:bolehkah aku membawa senjanta?

berkata rasulullah:bererti kamu sudah ikut serta dalam huru-hara.

berkata abu zar:wahai rasulullah,lalu,apakah yang harus aku lakukan.

berkata rasulullah:jikalau kamu takut dengan kilatan pedang,maka lemparkan sebahagian daripada kain kewajahmu sehingga ia akan pergi dengan membawa dosamu dan dosanya.


al-quraan;dan jikalau mereka diserang oleh musuh dari segala penjuru,kemudian mereka diajak berpaling tadah menentang islam,sudah tentu mereka akan melakukannya...[surah al-ahzab,ayat 14].


sejarahnya; fitnah pembunuhan saidina umar,dan saidina uthman,dan saidina ali,dan perang al-harrah.


mereka mengikut-ikut tanpa berfikir dengan ilmu.yang menyebabkan mereka terjebak dalam huru hara yang mereka sendiri bina.

Anonymous said...

salamsejahtera'sahihnya;

maaf kata;

ramai dari mereka-mereka yang mempelajari cara pengurusan jenazah,[cara mandikan,cara menyediakan kapan,cara mengali,cara menanam dan cara solat kepada jenazah]. mereka mendalami pada bilang tahun dan mempunyai sijil yang bersusun-susun dalam bidang ini.

itu teorinya. dan kenyataannya;

apabila terjadi kematian kebanyakan dari mereka tidak cekal untuk menjadi ketua menguruskan jenazah,maka dipanggil juga orang tua atau imam tua atau bidan tua bagi mengepalai urusan tersebut,sedangkan orang tua itu tidak ada sekeping sijilpun untuk di sebut-sebut dengan bangganya.

mereka itu sebenarnya masih tidak yakin dengan diri mereka dan hanya tahu sahaja,tapi tidak dikerjakan dengan sebenarnya yakin.maka mereka tidak melepaskan fardu kifayah keatas masyarakat,sebab diri mereka sendiripun mereka tak dapat melepaskan diri atas sebab tidak ada yakin dihati mereka.

mereka beralasan,masih ada orang lain yang boleh buat,jadi mereka tidak perlu.maka salah faham ini berlanjutan sehingga perkara itu menjadi satu kepincangan dalam masyarakat.

bergitulah yang terjadi kepada perkara lain-lain dalam urusan fekah, bab solahnya,mereka hanya berebut menjadi makmum sahaja,dan kalau berebut menjadi imam,itu atas sebab jawatan imam ada bayaran kalau tidak maaf le nak jadi imam.sama lah dengan bab azan.

dn kalau ditegur sedikit akan bacaan dan sebutannya mereka terus tidak berani dan merajuk untuk azan dan jadi imam.

dan kepada orang menyampaikan ilmu atau mengajar,biarlah sopan dan beradab,jangan sampai masyarakat lari dari mendengar dan belajar,kurang sopan namanya tu.

ada banyak cara dan kaedah membetulkan dan menegur orang,bukan aku aje yang benar dan aku aje yang betul,maka orang tidak akan dengar dan tidak akan ikut dengan apa yang kita cakapkan,budibicara perlu ada dalam memberi kefahaman kepada orang ramai dan tidak semua orang reti dn faham dengan apa yang kita bicarakan.

Anonymous said...

salasejahtera'shahihya;

hadisnya; pada keseluruhan al-hadis @sunnah yanng shahih dari percakapan serta perbuatan nabi muhammad saw adalah di sandarkan kepada seluruh ayat al-quraan dania nya adalah juga mujizat nabi muhammad saw sebagai penjelasan kepada ayat al-uraan dan juga sejarah yang lampau dan juga berita yang kemudian yang belum terjadi.

al-quraan; keseluruhan ayatnya adalah mukjizat nabi muhammad saw yang menerangkan perkhabaran berita yang telah tertulis sejak azali dalam kitab.pada yang telah terjadi,sedang terjadi dn belum terjadi.

sejarahnya; seluruh lingkungan alam dari mula nya alam sehingga akhirnya alam termasuklah berita syurga dan neraka.

maka kedua mukjizat al quraan dan al hadis@sunnah tidak boleh di pisah-pisahkan dan sejarah yang diceritakan sebagai huraian buktipada semasa-semasa kejadian yang lepas,semasa dan akan datang.

[sebahagian dari himpunan hadis oleh imam ibnu kathir yang dibentangkan kepda tuan-puan].(rujuk)