Di Pahang, antara pahlawan Melayu yang tersohor selain Tok Gajah, Mat Kilau, Datuk Bahaman adalah Pawang Nong. Beliau adalah antara mereka yang menjiwai semangat ketuanan Melayu menerusi persilatan.
Pawang Nong berperanan dalam menentang tentera Jepun dan komunis dari bermaharajalela di negeri ini.
Salah seorang pewaris Silat Melayu Pahang, Hassan Awang Long, 74, yang menetap di Kampung Jelai, Hulu Cheka, dekat sini masih bersemangat apabila membicarakan soal ilmu persilatan.
Hassan yang mesra dipanggil Pak Anjang Hassan merupakan antara anak murid tertua yang berguru dengan Pawang Nong, di Hulu Cheka pada 1948.
Menyingkap asal-usul Silat Melayu Pahang, Silat Melayu pahang ini berasal dari Pagar Ruyung Sumatera, Indonesia dan dipelajari oleh Tok Muda Ismail Tanjong Besar sejak 500 tahun lalu.
Seni Silat Melayu Pahang ini dikembangkan oleh Tok Muda Ismail yang juga bergelar Panglima Tanjong Besar kepada Tok Pendekar Cha Un di Kampung Sega, Raub. Ianya berjaya disebarkan ke seluruh negeri Pahang.
Silat Melayu Pahang hampir sama dengan ilmu persilatan lain termasuk di Indonesia iaitu gerak langkah, buah dan bunga, tetapi berbeza sedikit dari aspek konotasi dan leksikal bahasanya.
Buah dan bunga Silat Melayu Pahang dikatakan dominan dengan sumber alam, haiwan dan tumbuhan, tetapi jauh menyimpang dari unsur kesaktian, kebal dan khurafat.
Pak Anjang telah mula berguru dengan Pawang Nong sejak berusia 13 tahun bersama 10 rakan sekampungnya. Cuma Hassan Awang Long sahaja berjaya menamatkan pengajian berkenaan sehingga gurunya itu meninggal dunia pada 1977.
Silat Melayu Pahang hanya mengajar kemahiran langkah, buah (pukulan) dan bunga serta permainan senjata tetapi tidak memasukkan unsur yang menyalahi agama Islam.
Silat Melayu Pahang membentuk pemikiran yang sihat, berdisiplin, semangat ketuanan Melayu, kekuatan riadah, taat kepada agama, tanah air dan raja yang diwariskan oleh pahlawan zaman silam.
Paling penting ditegaskan bahawa ilmu persilatan ini bukan untuk mencari gaduh, berlagak samseng, menunjukkan kebolehan dan berkelahi dengan orang lain.
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
PERTAMA Kaedah kajian adalah : Peluasan Epistemologi Pemikiran (Tajdid) dan Analisis Sosiohistoris (sejarah kemasyarakatan) dalam meneliti terjemahan Al-Quran Secara Kritis serta Analitis; satu Tugasan Ilmiah bagi Memahami Kelompok Ayat Yang Jelas (Muhkam) dan Yang Samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki.
1 comment:
apa nama sebenar tok pendekar chaun ni
Post a Comment