-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160311

Majlis Memutus Bangsal: Seni Silat Sendeng Asli Pahang (Kuala Sanggang)

Sejarah Seni Silat Sendeng Dua Beradik bermula di Kampung Paya Kumbuh, Pagar Ruyong Minangkabau, Sumatera Indonesia. Bermula apabila dua beradik yang bernama Che Amat dan Che Soh. Setelah dewasa mereka berkelana mencari ilmu persilatan.[ BACA SELANJUTNYA ]

Bermula dari sejarah ini Silat Sendeng berkembang hingga ke hari ini di Kampung Kuala Sanggang. Bermula dari Cikgu Jantan ke Pendekar Long hingga ke hari ini salasilah persilatan ini terus subur. Pelajar baru silih berganti ikut zaman. Maka pada hari ini 12.3.2016 berlangsung Majlis Memutus Bangsal Silat Sendeng di Kampung Kuala Sangang.

Program:  Majlis Memutus Bangsal
Tarikh: 12hb Mac 2016 (Sabtu)
Tempat: Bangsal Seni Silat Sendeng Asli Pahang Warisan Pendekar Long Kuala Sanggang.
Masa: 5.00 petang hingga 12.30 malam.
Perasmi: YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.

ACARA:

5.00 petang - Pemeran
 Keris dan barang-barang lama Pahang.
 Aneka tanjak tradisional Pahang
 Gendang dan gong
 Gasing tradisional Pahang

5.15 petang - Tahlil dan doa selamat

8.30 malam - Jamuan makan malam

9.00 malam - Perasmian oleh YH Dato' Setia Jaya Pahang, YM Tunku Dato' Dzulkarnain bin Tunku Dato' Ismail.

9.30 malam - Persembahan seni silat oleh 20 perguruan silat di Pahang.


No comments: