Blog ini dibina bagi menggantikan sebuah blog yang tidak dapat diaktifkan kerana semakin kekurangan bahan. Bukan kerana bahannya telah tiada atau kekurangan aktiviti tetapi saya tidak berada berhampiran dengan sumber bahan tersebut.
Blog ini hanyalah rujukan kepada saya tentang apa yang telah saya lalui. Sesungguhnya ada ketikanya kita mahu mengingati sesuatu perkara atau peristiwa tetapi pengetahuan yang kita ada tidak kita urus dengan baik.