Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan
bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu
itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing)
supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak
menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang
sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu
persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang
dijadikanNya).
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah
semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring,
dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil
berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini
dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab
neraka.
Dan kalaulah kebenaran itu tunduk menurut hawa nafsu mereka,
nescaya rosak binasalah langit dan bumi serta segala yang adanya. (Bukan
sahaja Kami memberikan agama yang tetap benar) bahkan Kami memberi
kepada mereka Al-Quran yang menjadi sebutan baik dan mendatangkan
kemuliaan kepada mereka; maka Al-Quran yang demikian keadaannya, mereka
tidak juga mahu menerimanya;
Bahkan Kami sentiasa mengarahkan yang
benar menentang yang salah, lalu ia menghancurkannya, maka dengan
serta-merta hilang lenyaplah dia. Dan (tetaplah) kecelakaan akan menimpa
kamu disebabkan apa yang kamu sifatkan (terhadap Kami).
Ia
menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah-tanah lembah
(dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah
makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung. Dan
dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang
perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu.
Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar
dan yang salah. Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut
terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia
tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal
perbandingan.
Oleh
zulkefli ahmad razali
-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
[Statistik Pengunjung Blog][Portal Diraja Pahang] [Senarai Penulis Pahang] [Waris Perang Saudara Pahang]
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .
20150430
Ngah Mat Arif berasal dari Chenor Pahang
moyang saya bernama Ngah Mat Aseh. Bapa moyang saya Ngah Mat Arif berasal dari Chenor Pahang. Bapa moyang saya buka Kampung Ara Panjang di Kuala Kangsar Perak.
dari
Akmald Deen
dari
Akmald Deen
Orang Bugis Kg Chatin Mentakab Pahang.
Aslm sy nak tahu berkenaan kampung catin mentakab pahang...orng bugis dr sana berasal dr mana?
dari Anonymous
dari Anonymous
20150401
Promosi Masakan Tradisional Pahang sempena Hari Kraf Kebangsaan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur pada 26 Mac hingga 7 April 2015
PROGRAM: Promosi Masakan Tradisional Pahang sempena Hari Kraf Kebangsaan
TEMPAT: Kompleks Kraf Kuala Lumpur
TARIKH: 26 Mac hingga 7 April 2015.
Promosi Masakan Tradisional Pahang diadakan bagi mempromosikan masakan tradisional Pahang seperti ikan patin masak tempoyak, pais patin, sambal Pahang dan dodol kukus kepada semua pengunjung. Selain itu, program ini juga menjadi platform bagi mempromosikan pelancongan Negeri Pahang.
Kraftangan Malaysia akan mengadakan pelbagai aktiviti menarik sepanjang sambutan Hari Kraf Kebangsaan 2015. Semua aktiviti bermula dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay. Semua dijemput dan masuk adalah percuma.
AKTIVITI UTAMA
Jualan Kraf & Perkhidmatan Perkahwinan
Pameran & Jualan Produk Kraf Rekaan Baru
Pameran Produk Kraf Warisan : Penerokaan Kraf Malaysia
Padanan Perniagaan (Business Matching)
Demonstrasi Kraf
Peragaan Fesyen Tekstil Rekaan Baru
Program Keusahawanan (Taklimat E-Payment & Goods & Services Tax (GST))
AKTIVITI GALAKAN PENGUNJUNG
Perkampungan Mini Orang Asli Mah Meri Pulau Carey
Konsert Masihkah Kau Ingat (MKI) : Yankee-Yankee
Buskers Challenge
Pertandingan Dikir Barat
Pertandingan Ukiran Buah & Sayuran
Pertandingan Ayam Serama
Pertandingan Kacau - Kacau Kuali
Pertandingan Selfie@HKK'15
Si Comel Meow@HKK'15
Cultural Fun Challenge
Kugiran@HKK'15
Aerobikthon@HKK'15
Kursus Perkahwinan
Ceramah Agama dan Malam Nur Kasih Sempena Hari Kraf Kebangsaan 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)