INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120405

Cerita 7: Bersemadi di Bumi Pahang - Moyang 16

Riwayat pendek hidup mereka yang bersemadi di Bumi Pahang. Namanya dan negara asalnya tidak akan dinyatakan (sebagai iktibar untuk kita renungkan dengan akal yang waras). Tidak banyak cerita mereka yang diceritakan oleh orang tua-tua tetapi cerita anak cucu-cicit mereka yang mewarnai cerita dan legenda dipahang. Walaupun ceritanya bersuruk.

Moyang 1
Dari seorang anak sultan
yang masyur suatu masa zaman dahulu
dalam semenanjung tanah melayu.
Dia telah dihantar kepahang
akibat dari salah lakunya.
Dia berkhawin
dan beranak-pinak dipahang.

Moyang 2
Asal dia dari satu kerajaan
disebuah benua.
Dia seorang sultan,
amat terkenal dengan ceritanya dinusantara
tetepi kena melepaskan
tampuk pemerintahannya
kepada adik-adiknya.
Dan adik-adiknya pula
menyebabkan terjadinya peperangan
kerana berebut kuasa
untuk memerintah Negara.

Moyang 3
Seorang anak sultan
yang merajuk hati
kerna tidak dipilih
untuk menjadi ketua Negara (sultan)
dan tidak mahu terjadinya
pertelingkahan dalam keluarga
menyebabkan dia membawa diri kepahang.

Moyang 4
Seorang anak raja
ditanah seberang
dari ingin menawan Pahang
tetapi menjadi tertawan
dik kebaikan dan kehebatan
orang dipahang
kerana tentangan
yang diterimanya.

Moyang 5
Mereka sampai serombongan
dari tanah seberang
mengelak dari serangan
yang tidak tertahan
dan diusir oleh kerabat
yang menang
dengan bantuan orang
atas angin.

Moyang 6
Seorang kanan raja
yang menjadi pelarian
kerana melarikan diri dari diburu
kerana salah perhitungannya.
mendapat laba dinegara utara
tetapi mengakhiri sisa
hidupnya di Pahang.

Moyang 7
Seorang memanda
dan kerabat kepada raja.
Meninggalkan istana dan negeri
dengan membawa bersamanya raja
kerna sakitnya untuk diubati
telah jauh masuk
kedalam hutan Pahang.

Moyang 8
Datangnya mereka
bukan ke Pahang,
datang mereka
dari tanah seberang,
membawa amanah
untuk menghukum pengkianat.
mengikut firasat,
mereka tidak digalak
tinggal dibumi
tempat mereka beramanat.
mereka berpecah dan
dua darinya membawa diri
ke Pahang.

Moyang 9
Keluarga ini
agaknya
memang ditakdirkan
bermukim dipahang
selepas ketua kerabatnya
meninggal dunia
setelah dijadikan ketua Negara
dan asalnya dari tanah seberang

Moyang 10
Jauh dari tanah tumpah darahnya,
mereka datang  membawa diri
dik kerana tidak berpuas hati
dan mengelak dari terjadinya kelahi.

Moyang 11
Kehadiran mereka
adalah bersemenda
dengan orang dinusantara
termasuklah tanah melayu.
Kukuhnya mereka
semasa hadir
tetapi turut tumbang
bersama kaum kerabat yang lain.

Moyang 12
Dia meninggalkan negerinya
dan kerabatnya
semasa masih bergelar panglima
kerana kecewa dengan rajanya
tidak mengkota apa yang dikata
selepas selesai tugas membeteras
dan menuju kepahang
tanpa pulang-pulang lagi.

Ditulis oleh Neguai dan disunting semula oleh Laman Pahang.

18 comments:

chemphg70 said...

siapa moyang 2?

Laman Pahang said...

Maaf, saya dan tanya Neguai dia minta chemphg70 sebutkan dahulu siapa moyang 2, setakat yang chemphg70 tahu.

Jangan marah.

Mazru Majid said...

assalamualaikum laman phg..

Kalau silap tolong betulkan..

di antrnye..

Tun Adam.
Tun Saban
Tun Banum
Tun Ahmad@Tengku Muhammad

Dato Perkasa
Dzul Bayan

itu ajelah yg koi tau nye...

tolong betulkan mane yg salah te.

Laman Pahang said...

Itu kumpulan Sujidibilang dan Tok Kebayan.

Kumpulan ini tak termasuk dalam Moyang 1 hingga Moyang 12.

Anonymous said...

aki koi moyangnya ada 16

Anonymous said...

Tahniah pasai dapat nyusun sampai 16 moyang. Boleh kongsi bagaimana nyusun?

Anonymous said...

salam;..[utk makluman sahaja]...
setakat ini hanya dua tempat yang ada moyang 16 orang;
dibukit segumpal chenor @ di baduk temerloh.

yang dijerantut @ k. lipis tu moyang 16 bersumpah bersaudara @ adik-beradik.

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt,

Keluarga ayah saya berasal dari Pekan. Nama Moyang saya Pin. Dikhabarkan dulu2 mereka seramai 14 org datang dari Indonesia ke Pahang. Tuan ada apa2 maklumat sila lah kongsi dengan saya kerana tiada keluarga saya yang tahu selain dari maklumat yang saya sebutkan tadi.

Terima kasih. Moga diberi keberkatan kepada kita semua. insyaAllah.

Anonymous said...

salam ... keluarga tuan dari pekan mana... pekan yang adasekarang atau pekan pahang tua.moyang pin tu , nama dia aripin ke?
kalau tuan kata datang dari indonesia,,,dia datang selepas tahun 48[nama indonesia hanya tertubuh pada tahun 48].berilah perincian yang lebih nyata.

Anonymous said...

Salam Tn.Admin... moyang sy dr kg.kuala kaung, Lanchang... nama dia Mat Diah dan Basar@Basah... mcm maner nk kesan susur galur keturunan mereka.. tq Tn. Admin

lp said...

Kepada waris Mat diah,

salah satu caranya adalah susun: mak dan ayah keatas. Tengok setakat mana dapat. Sampai berapa lapis dapat.

kalau tak dapat kena ikut cara lain.

Rudy Nurdyn said...

Saya mencari keluarga imam perang talib (adakah org yg sama dgn panglima laut talib) yg dikatakan dari pagar ruyung atau paya kumbuh. Menetap di pekan semasa perang pahang. Boleh tuan bantu.

Deejay Epull said...

as,salam..dibelah bonda sy..sy mengetahuinya...orang kaya kecik.
panglima kuris...sy cucunya bakar.
anak kpd bujal..tp di sebelah ayahnda sy....mengikut cerita ayahnda sy..yg masih hidup...atok sy bernama ismail bin buruk..anak kpd
raden katera..(namanya raes)adakah kena mengena dgn...moyang 3...atau sebaliknya....minta bantuan dr tuan.kerana sy ingin mengetahuinya..

Anonymous said...

tumpang tanya, kat lipis ada kubur wali keramat, xsilap orang pangil wali keramat pagar ruyong selepas kematian beliau. siapa dia sebenarnya. dari manakah asalnya. satu lagi, konfius. ada ke keluarga 19 adik beradik di Pahang. konfius? dari mana datangnya cerita satu kapal datang dengan 7 adik beradik daerah lipis, adakah cerita itu betul. adakah raja hitam yang dimaksudkan adalah raja hitam yang menjaga kawasan (tanah air) (ghaib), atau ada kena mengena kedua-dua sekali.

Anonymous said...

salamun tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

moyang pin tu,tuan gi cari warisnya di kuala trianglah.

imam perang talib atau panglima laut talib tu, tuan cari warisnya di muar johor.

orang kaya kecik panglima kuris, kuris yang mana (anak tun mutahir)atau( anak bendahara habib abd majid) atau (panglima yang datang dari johor).

wali keramat pagar ruyung,ikut anginnya dirujuk kepada wali tujuh tanah melayu yang datang dari istana pagar ruyung dan diarahkan oleh ayahnya membuka semula negeri-negeri di tanah melayu yang ranap(negeri-negeri yang mereka buka: pattani,kelantan, terengganu,johor,negeri sembilan,kedah dan pahang).

raja hitam tu, adik beradik wali tujuh tanah melayu lah datang satu kapal dengan 7 adik beradik itulah juga orangnya. nak konfius apake bendanya.

keluarga 19 beradik,bukan 19 beradik lah..16 beradik sahaja(ada dua kumpulan 16 beradik satu di semantan dan satu lagi di chenor) kedua-dua susur galur mereka adalah betul dan kemudianya bercantum menjadi satu keluarga besar di pahang. dan mat diah dikuala kaung lanchang tu salah seorang dari warisnya moyang 16,dia bercantum kepada kedua-dua jalur susur moyang 16 semantan dan chenor.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

raja hitam, dan ada satu nama raja hitam yang kemudian,dia adalah yang tuan seri menanti pertama, dia ini adalah keturunan kepada wali enam sumatra(wali perempuan)atau juga di sebut puteri tujuh dan puteri tujuh ini adalah adik beradik kepada wali tujuh tanah melayu(puteri ketujuh itu adalah ibu mereka dan mereka kesemuanya 13 beradik)

Anonymous said...

Salam.Admin boleh cerita lebih lanjut tentang moyang 16 bersumpah bersaudara @ adik-beradik yang dijerantut @ k. lipis dan 7 adik beradik yang datang dengan kapal, dimanakah mereka menetap, mendarat dan tujuan kedatangan mereka.

W.M.Naim Mohamad said...

Assalamualaikum.....

Nama saya W M Naim Shukri bin Mohamad

Saya susur galur Encik Wan Ismail bin Tun 'Abdu'llah.. ..

Berhajat untuk bertemu dgn susur galur yg tak pernah bersua muka. ..

Keluarga berada di Besut Terengganu. ...Moyang saya adalah Tok Gawa Wan Leh @ Wan Muhammad Salleh (Penghulu Kg Raja Besut Terengganu) bin Tok Wan Musa

Mohon kerjasama untuk hubungi saya 0133689247.

Terima kasih.