Cerita 11
Istana Lubuk Pelam
Ada tiga kubur disana dan ini adalah cerita tentang mereka. Ceritanya lebihkurang bergini.
Pada masa itu Pahang diperintah oleh sultan j. dia telah berkhawin dengan puteri bb yang mana dikatakan, raja a juga berminat dengan puteri bb.
Raja a pada masa itu telah membawa angkatannya menyerang istana dilubuk pelam. Serangan itu membawa kepada kemusnahan istana lubuk pelam dan tidak lagi didirikan istana lain disitu selepasnya.
Semasa askar raja a telah hampir kepada istana, sultan semasa itu sedang bermain catur melayu dengan puteri bb didalam istana, maka datanglah orang besar memberitahu ,musuh telah sampai kelaman istana dan sisultan yang menyangkakan orang besarnya menegur kedudukan permainan caturnya ,hanya menjawab,” biarkan sahaja dia sampai ,nanti kita makan buahnya”. Sehinggakan seorang dari orang besarnya dipancung kepala oleh musuh, barulah sisultan tersedar dari permainan caturnya.
Versi 1],Dia dikatakan diselamatkan oleh siputeri bb(isterinya) dengan hikmat, dibawanya sisultan terbang(siputeri dikatakan mempunyai ilmu sakti) dan terus hilang ghaib.
Versi 2],disebabkan perebutan keatas puteri, raja dan sultan telah berlawan dan bertikam didalam istana.siputeri juga campur tangan dalam hal ini, dikatakan mereka bertiga masing-masing terkena tikaman yang membawa kepada kematian mereka bertiga.
**Adapun bekalan yang diperlukan dalam pelayaran ke akhirat iaitu ilmu pengetahuan yang bakal menunjuknya dalam urusan taharah(bersuci), puasa, sembahyang(solat),dan peribadatannya:
1) Bertaharah bagi orang musafir diberikan dua kemudahan, iaitu boleh menyapu sepatu (khuffain) dan bertayammum.
2) Bersembahyang fardu bagi orang musafir diberi dua kemudahan, iaitu boleh bersembahyang qasar dan boleh bersembahyang jamak
3) Bersembahyang sunat bagi orang musafir diberi dua kemudahan, iaitu boleh menunaikannya diatas kenderaan binatang ataupun ketika sedang berjalan kaki.
4) Dalam bulan puasa, bagi orang musafir, diberikan satu kemudahan, iaitu boleh berbuka.
Kemudahan-kemudahan ini perlu dipelajari oleh seorang musafir dalam pelayarannya dan menjadi bekalan bagi kepentingan dunia dan juga akhiratnya selaian dari makam ,minun, lain-lain keperluan dan nafkah hidupnya.
No comments:
Post a Comment