INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120829

Perjumpaan waris Tok Mengkarak

Pada 14 Julai 2012 JKKK Kampung Mengkarak bersama Perkim Cawangan Bera telah mengadakan Majlis Tahlir di Masjid Kampung Mengkarak. Lebih kurang 100 orang telah hadir.
Keratan akhbar Sinar Harian pada 14 Julai 2012 yang mengubah tujuan majis Tahlil dan gotong royong tersebut menjadi tajuk 'WARIS TOK MENGKARAK BUAT PERJUMPAAN'.

Malangnya usaha JKKK Kampung Mengkarak bersama Perkim Cawangan Bera telah menyebabkan beberapa orang berasa kecil hati. Mereka mempertikaikan alasan kenapa orang tersebut yang perlu buat. Mereka juga waris Tok Mengkarak (ikut susunan cara mereka) mereka berhak menganjurkan perjumpaan ini. Paling tidak orang yang menganjurkan tersebut perlu memaklumkan kepada mereka hasrat mereka. Ini melibatkan nama baik keluar tok nenek mereka.

Berdasarkan maklumat yang diberikan kepada Laman Pahang, tajuk progran tersebut adalah

Majlis Tahlil Di Tapak Bersejarah Masjid Tok Mengkarak

ianya juga

MAJLIS TAHLIL TERBUKA DI TAPAK BERSEJARAH MASJID TOK MENGKARAK
(Kawasan Perkuburan Islam Kampung Mengkarak)

manakala tujuannya adalah

1. Mengenang jasa dan perngobanan Tok Mengkarak dan kumpulan ulamak dan pendakwah zaman dahulu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam.
2. Mengeratkan siratul rahim dan ukhwah Islamiah dikalangan waris Tok Mengkarak secara khusnya dan umunnya orang Melayu
3. Mengumpul senarai nama waris-waris keturunan Tok Mengkarak supaya dapat menyediakan dokumen senarai waris-waris keturunan Tok Mengkarak.
4. Mengumpul cerita-cerita lisan tentang Tok Mengkarak supaya dapat ditulis oleh mereka yang berminat..

Penganjur tidak menghadkan hanya mereka yang menjadi waris Tok Mengkarak sahaja boleh hadir. Semua mereka yang berminat boleh hadir. Perjumpa ini juga BUKAN perjumpaan waris Tok Mengkarak.

Tiba-tiba Sinar Harian bera telah mengistiharkan perjumpaan tersebut adalah sebagai Perjuampan Waris Tok Mengkarak. Ramai yang merasakan diri mereka dan keluarga mereka adalah keturunan Tok Mengkarak merasa terkilan dengan tujuan tersebut.

Akhirnya, yang menganjur, yang hadir, yang tidak dapat hadir dan yang tidak mahu hadir semua merasa keciwa. Bagi yang menganjur, 4 tujuan asal tersebut dirasakan ... tak tau nak cakap. Semangat pun hilang bila usaha yang disangka dapat sokongan tiba-tiba menjadi bantahan.

Tetapi usaha membersihkan kawasan kubur bekas tapak masjid asal Tok Mengkarak diteruskan. Usaha mengesan batu masjid juga diteruskan. Walaupan ada orang Bera yang tidak bersetuju. Hati penganjur juga terubat setelah Ahli Parlimen Temerloh turut memberikan sumbangan walaupun tidak dapat hadir. Terima kasih Pak Ngah Majid kerana mengusahakan sumbangan dari Ahli Palimen Temerloh. (Mungkin beliau juga waris Tok Mengkarak)

Kepada mereka yang kecil hati, pihak Laman Pahang mewakili pihak JKKK Kampung Mengkarak dan  Perkim Cawangan Bera mohon maaf.

Satu majlis tahlil atas tujuan yang sama akan diadakan pada ......... bertempat di ......... Pihak penganjurnya iaitu .......... tidak bercadang handak membuat hebahan umum. Cukup dengan menjemput mereka yang berminat nak berikan sokongan. Kalau ada waris-waris tok mengkarak yang tidak dijemput, mereka boleh usahakan dengan cara mereka. Penganjut ......... tak bercadang nak buat sapa-sapa marah.

Kita semua waris Tok Mengkarak. Bezanya adalah jauh atau dekat susunnya.

8 comments:

Mazru Majid said...

acara begini patut selalu di buat..banyak manfaatnye..
Akhbar berkenaan patut meminta maaf di atas kesilapan wartawannye te..kesilapan memberi maklumat boleh membuat kan kekeliruan orang setempat....skdr pendapat...

din kg tok mengkarak said...

sebagai anak kg tok mengkarak yg sejak kecil bermain di tanah perkuburan tersebut, penghargaan terimakasih dan tahniah kepada mereka yang menganjurkan aktiviti berkenaan..pandangan negetif kita jadikan azam untuk bertambah berjaya. Apa kat diwujudkan satu jawatankuasa khas (sekretariat) untuk menyelaras segala projek/aktiviti/kajian mengenai allahyarham imam dzul bayan @ dua bayang @ dol bayan @ Tok Mengkarak 1 @ Mufti Pahang Pertama dan lain lain panggilan serta pengenalan yang masih memerlukan persetujuan ramai dan pengesahan secara kajian ilmiah...

Laman Pahang said...

Kami rasa Ketua kampung Mengkarak (Tok Empat Rosli) boleh membantu menjayakan cadangan 'din kg tok mengkarak'. Pihak kami akan menyokong. ATAU datuk Aripin Said boleh diminta bagi membantu menjayakan cadangan ini. Kerana YB Guai telah umumkan Datuk Aripin Said Sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Sejarah Daerah Bera. Pihak kami akan menyokong.

Mrkolumpo said...

merujuk kepada buku salasilah keluarga saya yang dibukukan oleh Cikgu Bakar Temerloh : Tun Derma Putera (Imam Bayan Pagar Ruyung Minagkabau) aka Tok Mengkarak - Tun Jaya (Tun Jambi) - Tok Didah -Tok Lamah - Tok Haji MUhammad - Othman - Tok Kassim ( penghulu Pelangai) - Hussin - saya dan adik beradik

kami pun baru je baca buku salasilah tersebut...kalau ada info2 boleh kongsi2...kami pun bukan reti sgt

Anonymous said...

YB Guai dikatakan telah umumkan Datuk Aripin Said Sebagai Pengerusi Penaja Persatuan Sejarah Daerah Bera.

Apa perkembangannya sekarang.

Pada pemerhatian saya yang kurang jelas. Telah bertahun-tahun timbul cerita penubuhan Persatuan Sejarah Cawangan Bera ini.

Pendapat saya.
Ramai orang minat sejarah di Bera. Tapi masing-masing tak nak, tak mahu, tak suka, tak seronok dan macam2 tak lagi diadakan sebagai alasan untuk tak menubuhan satu persatuan untuk orang2 Bera yang minat sejarah.

Kalau ada mungkin boleh saling membantu dengan orang2 seperti Mrkolumpo.

Masalannya sekarang, siapakan yg bertanggungjawab untuk memulakan penubuhan Persatuan Sejarah Cawangan Bera. Orang yang macam mana?

Kalu orang macam saya ... nanti ada yang berani kata "Lu Sapa?"

Mungkin pada suatu masa nanti atas usaha ..... tertubuhlah Persatuan Sejarah Daerah Bera. Orang yang paling gembira tentulan Datuk Zainuddin Jumaat.

Bila persatuan dah mula berjaya, mulalah menjadi rebutan. Ada yang menendang dan ada yang kena tendang. Pas tu... ramailah merajuk dan kecik hati.

Orang yang tak minat sejarah akan kata 'orang sejarah memang gitu, nak suruh orang dengar cakap dia aja"

Pas tu bergaduh pula orang sejarah dengan orang tak minat sejarah.

Tak sangka pulak saya boleh tertulis sampai macam ni.

Betul ke, Persatuan Sejarah Cawangan Bera perlu ditubuhkan?

...?

Anonymous said...

salam tuan@puan...
kpd mrkolumpo,,,

arwah cikgu bakar kampung tengah,,,
dia dah menyiapkan sejarah warisan peninggalannya kepada waris serta anak cucunya,,,jadi tuan@puan sebagai warisnya sambunglah sejarah waris tu.,,,
jumpa dan berhubung dengan cikgu mahmud kg tengah atau sepupunya,dato ismail mazuki dikuantan (bekas pentara istana pahang)

Anonymous said...

salam tuan@puan...
bab persatuan sejarah bera,,,

koi dan yang lain tak berani campur tangan dalam bab penubuhan persatuan sejarah bera ni.
klu diminta bantuan dari kome,,,kome bantu(setakat terdaya,utk menjadi penaja atau pemangkal,,,mitak maaf,,,
urusan kome sedang jalankan ni bersyarat dan berperjanjian dengan ramai pemegang amanah (sebab tu cerita dan susunan yang disiarkan kome bubuh tanda *VERSI*).
kome tidak dibayar dan tidak terikat dengan mana-mana persatuan dan badan sejarah dimalaysia.
kisah dan cerita yang disiarkan adalah utk tatapan semua waris-waris nusatara dan waris ahli bait.

Jamaludin Haji Ayub said...

kisah dan pengkisahan warisan Tok Mengkarak masih terus diperbualkan...insyallah sebagai waris generasi imam dzul bayan dan imn nur qadim...saya akan selaraskan pengkisahan sejarah ini menurut versi kami, penduduk asal kg tok mengkarak sendiri.
Persatuan Sejarah Daerah Bera insyallah akan menjadi platform utk pengiat warisan berwadah.