INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20130616

M6 PERJUANGAN PADRI SEMAKIN SEPI

 PERJUANGAN PADRI SEMAKIN SEPI.[episod; kejatuhan benteng darussalam di dalu-dalu, oleh hamba allah)[al-fatihah]

Apabila orang-orang mandailing pimpinan tuanku raja asal membabitkan diri dalam peperangan demi peperangan ditanah melayu, dana jihad padri juga semakin susut dan terjejas. Pada satu ketika, dana jihad padri langsung tidak berupaya untuk menaja perjuangan jihad padri ditanah besar sumatra. Peperangan demi peperangan ditanah melayu yang melibatkan banyak menelan kos dan perbelanjaan hingga menjejaskan dana jihad padri. Ini sekaligus mengangu operasi jihad padri ditanah besar sumatra.

Pada akhir tahun 1872 pasukan jihad padri disumatra telah terlibat dalam pertempuran hebat lagi dahsyat ditimur sumatra, yang menyebabkan kekalahan teruk di pihak jihad padri. Sejak itulah tiada lagi kedengaran apa-apa berita tentang fakeh maulana, jamarilun dan haji ali nasution.

Selepas berlakunya  trajidi berdarah di bukit nanas ditanah melayu dan penhijrahan sebahagian besar pasukan jihad padri ke tanah melayu, perjuangan jihad padri hampir lenyap dan yang tinggal hanyalah pasukan jihad tuanku raja laut yang beroperasi di laut. Dan pasukan jihad padri di tanah besar sumatra dikatakan lumpuh sama sekali akibat ketiadaan sumber wang yang cukup bagi menampung kos dan perbelanjaan peperangan yang tinggi.. tambahan pula baberapa tahun sebelum itu pasukan jihad padri telah meninggalkan ruang kekosongan didalam beberapa tempat strategik dan penting ditanah besar sumatra akibat dari pertukaran penumpuan perjuangan….ini menyebabkan penjajah semakin yakin dalam penaklukan mereka keatas seluruh tanah…..dan membasmi serta melenyapkan sama sekali pasukan jihad padri, susunan salasilah dan sejarah mereka bagi mengelak kebangkitan semangat perjuangan padri yang baru.

No comments: