INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140218

Asal Usul penduduk Kampung Gua, Kuala Lipis, Pahang

Assalamualaikum
Tuan

Mohon jasa baik pihak tuan sekira nya tuan tahu maklumat berkenaan
Imam Muda
Bin
Imam Rahmad
Bin
Imam Dahari
Bin
Imam Lali
yang menetap di Kampung Gua, Kuala Lipis.

Kerjasama tuan amatlah di hargai
Sekian Terima Kasih

-------------------------------
Harap sesiapa yang ada maklumat disini, sama-sama kita berkongsi info.

6 comments:

Anonymous said...

Tuan "waris Imam Muda Kg Gua",

2. Tahukan tuan bagaimana kaitan nama-nama tersebut dengan Perba Jelai.

3. Adakah tuan ada info konon, penduduk Kg Gua adalah pecahan dari Tanjung Besar.

3. Atau tuan ada cerita orang-orang tua.

4. Adakan nama-nama ini adalah orang2 lepas perang jepun atau semasa perang pahang.

Bimbang tertukar. Harap dapat tuan berikan info tambahan. Termasuk nama tuan.

Bimbang sangat2 ada orang menyusun waris bukan untuk ..... tetapi untuk ...

Harap tuan "waris Imam Muda Kg Gua" tidak marah atas pertanyaan ini.

Kami memang nak membantu kalau betul mencari waris untuk .....

Sesungguh aku insan kerdil.

Abu Mansor Tarmizi

Anonymous said...

salam tuan@puan...
dahulunya penempatan kg gua,pdg tengku bawa ke pagar sasak dan beberapa kaw lagi adalah tempat@pondok orang mempelajari tasawuf dan ilmu persilatan.(cari mereka-mereka ini,mereka juga saudara@waris tuan@puan),,,inshaallah mereka boleh membantu tuan@puan.

Wan Bul said...

Assalamualaikum Tuan Abu Mansor Tarmizi terima kasih atas maklum balas tuan

Untuk makluman tuan saya ada lah waris ke 6 Imam Muda Ini

2- Kaitan Imam Muda ni dengan Perba Jelai tidak lah saya ketahui, tetapi ibu saya berkahwin dengan keturunan Perba Jelai

3- Arwah nenek saya ada bercerita bahawa penduduk kg gua, budu dan tg besar ni ada kaitan, tapi kaitan macam mana tidak lah saya ketahui

4- Imam Muda ni hayat nya semasa perang pahang dan buka selepas perang jepun

Mengikut salahsilah keluarga Imam Muda ini ada 3 orang anak
1-Imam Mat Salleh
2-Banum
3-Abdul Rahman

Diharap pihak tuan dapat memberi maklumbalas atas info ini

Masih tercari-cari siapa kah nenek moyang saya

sekian
hasbul hassim

prog muten said...

Admin tumpang sekejap yer...
Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
elaun : rm1200/sem
yuran : rm200/sem
https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

prog muten said...
This comment has been removed by the author.
hisham ar said...

Assalam keh tak de dengo cita pasal imam muda tu asalusul ayoh keh relong memang asal pagar ruyung juga tapi ada dengo cita naga api.