INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160219

Pengharaman Kitab Tok Kenali dan Nama Parameswara Selepas Islam

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...

kilaf@kiasnya kepada... fitnah [angapan semata tanpa pengesahan]. kitab tok kenali yang diharamkan oleh meraka;

...tiada siapa yang membincangkan perkara ini. adakah kitab ini dicetak salah, atau kitab ini diciplak oleh musuh islam. berapa ramai murid kepada tok kenali yang terlibat dan terfitnah akibat dari urusan yang dibuat tanpa ada perbahasan. apabila disabitkan kepada tok kenali

,,,urusan ini akan melibatkan tok jangut

,,,akan melibatkan syeh kadir jalaini. dan melibatkan keseluruhan waris-waris ahli bait dan ahli waris nusatara. baik-baik apabila perkara yang berat diumumkan kepada masyarakat. bala@dugaan yang berat akan sampai kepada tuan@puan. jikalau ianya menjadi satu fitnah fekah. mereka ini pemegang amanah fekah@adat@ilmu@sejarah@keturunan.

kilaf@kiasnya kepada... "parameswara selepas memeluk islam menggunakan gelaran sultan muhammad shah"...[disebut dalam khubah jumaat].

paramiswara itu menggunakan gelaran  sultan iskandar shah [mengambil sempena nama iskandar zulkalnai, mengikut nama moyangnya] dan [sultan muhammad shah itu pula mengambil sempena nama nabi muhammad saw, mengikut nama moyangnya]

mereka ini bersaudara tetapi bukan orang yang sama [mereka yang menulis dan membaca khutbah itu dengan sengaja atau tidak sengaja melakukan fitnah tersebut].

faham atau faham-faham...
tahu atau tahu-tahu...
   
Anonymous
on 12/31/14

37 comments:

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


perjalanan mereka,ialah kerana mencari keuntungan,menambah ilmu pengetahuan,meluaskan pengalaman dan pemandangan dinegeri-negeri orang.

setengah daripada mereka itu berjaya,dan setengahnya kecewa.

demikian pula dengan kisah asyik maksyuk,cinta berahi dan segala aneka penderitaan yang mereka tanggung.

majzub,ertinya tidak siuman fikirannya menurut pandangan kasar,akan tetapi sebenarnya tidak demikian.

setengah daripada mereka telah menjadi ahli kasyaf bahkan ........,

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


tuan,dia menolong orang yang lemah supaya yang kuat tercengang.tenang saja kerana biar menangis air mata darah pun tidak guna.saudara menangis kerana tidak dapat mengikut saya.walhal saudara sendiri yang menjauhkan diri

mulanya saudara memandang jijik dan hina,menganggap mengidap penyakit otak.tidakkah saudara lihat bahawa allah maha kuasa mengurniakan nikmat dan rahmat kepada hamba nya dengan pandang kasar,

pegang teguh janji-jani allah dan kemurahan nya, kepada nya berpaut.

kerana orang gharib yang tunggal ditemani dan dilipur oleh yang tunggal juga.


tokoh sifakir hebat dan sajak
selagi dia tak menjadi kicak
meskipun pakaiannya koyak dan rabak
tiada menghiraukan panggilan dan ajak.

sopan santun jadi perhiasan badannya
ibadat berzikir makan mininnya
demikian halnya mereka selama hidupnya
tak jemu jelak hingga akhir umurnya.

demikianlah hal kehidupan mereka yang sudah tiba pada....,sudah bebas dengan sepenuh-penuh kebebasan,tidak tertakluk oleh nafsu.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


saudara fikirlah habis-habis jangan menyesal kemudian.


lekas bukakan pintu kepada tabib
persilakan dia dengan tertib
sungguhpun beliau seorang gharib
tetapi sebagaisahabat yang karib.

segala perkara bergantung kepada nasib
berlakunya dengan sebab-musabab
sekalian mahluk didunia semuanya gharib
tuhan yang sedia tidaklah ghaib.

kepercayaan saya tetap dan teguh
kepada tabib yang jujur dan sungguh
tuhan mengutusnya berapa jauh
untuk menyelamatkan hamba nya yang lumpuh.


mana dia salam orang tauhid dan orang ikhlas?

tiap-tiap kesukaran akan jadi mudah dengan berkat sabar dan ikhlas,tidakkah tuan tahu bahawa apabila batin sudah bersih dari segala kekotoran yang keji,dia akan dapat menyebutkan perkara tyang tersembunyi?

cuba ceritakan kepada saya perkara nya.

sejak empat tahun yang lalu sudah terbayang kepada saya....,

siapakah yang telah menunjukkan kepada jalan yang benar itu dan memandu hingga ke situ?

dengan ilham dan perhatian yang tulus dapat melihat tanda-tanda yang terang dialam,langit,bumi dan laut yang tiada siapa dapat menghitung melainkan tuhan.dan apabila sudah timbul yang benar dan lenyap segala yang salah.

bahawa allah telah mengurniakan kepadanya hidayah dan taufik membuka pintu hatinya kepada agama islam.

yang mengutus tuan datang kemari berkuasa melorongkan jalan kelepasan dan memudahkan tiap-tiap kesukaran hamba-hamba nya yang beriman dan berserah kepada nya.

mudah-mudahan allah mencucurkan rahmat.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


apakah ertinya perbuatan seperti itu, lain orang yang mengambil harta benda itu dengan mudah,sementara lain orang yang tidak berdosa mati dibunuh?

maka turun wahyu kepada nabi itu;

jaga urusan engkau sendiri dan kerjakanlah. pentadbiran alam ini bukan urusan engkau.tiada sesuatu pun yang berlaku dalam alam kecil mahupun alam besar melaikan ada mengandungi hikmat-hikmat yang tiada siapa mengetahuinya melainkan kami.

demikian keterangan wahyu yang diterima oleh nabi itu.maka nabi itu dengan serta merta mengucap istifar banyak-banyak dan memuji kebesaran tuhan yang maha mengetahui tiap-tiap sesuatu yang nyata dan yang ghaib.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izinnya,allah,dengan menyebut nama nya.


bolehkah saudara menyeberangkan saya kerana allah ta'ala?

boleh.

bolehkah saudara berikan saya sedikit makanan kerana allah ta'ala?

boleh.

alhamdulillah.

saya hendak menyerahkan suatu amanat kepada saudara.bolehkah saudara tolong sampaikan amanat itu?

apakah dia?

sekiranya tidak keberatan dan tidak pula terlupa,tolong kerana allah,besok pagi saudara datang kemari dan perhatikan dibawah pokok yang berhampiran dengan kita ini.jika disana saudara dapati saya sudah mati,tolong mandikan saya,kafankan saya dan sembahyangkan saya,lalu tanam saya disitu juga.

adapun pakaian saya termasuk tongkat dan kendi ini,tolong saudara bawa dan simpan baik-baik.nanti akan datang seorang hamba allah meminta barang-barang itu dari saudara dengan menyatakan sifat-sifat barang ini.ketika itu saudara serahkan barang-barang ini kepadanya,

bawa kemari barang-barang amanat yang ada dalam simpanan tuan.


apa dia barang itu?

baju yang bertampal-tampal,kendi air dan tongkat orang tua itu.

pada ketika itu saya mimpi seorang lelaki datang memberitahu kepada saya;

sipolan itu sudah kembali kerahmahtullah,dan allah subhanahu wa ta'ala telah menjadikan engkau sebagai gantinya.dan dia telah meninggalkan pusakanya untuk engkau.barang itu sekarang ada ditangan sipolan tukang penambang,jangan lengah lagi,lekas pergi ambil barang itu daripadanya.

inilah sebabnya maka saya datang.

patut saya yang dapat barang-barang itu,bukan pemuda yang begini kelakuannya.

malam itu saya mimpi,orang tua yang meninggal dunia itu datang dan berkata kepada saya;

wahai saudara,jangan menaruh sangka-sangka buruk terhadap hamba-hamba allah ta'ala.itu adalah limpah kurnia kepada siapa yang dikehendaki nya, kerana tiap-tiap sesuatu itu datang daripada allah dan kembali kepada allah.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


tinggalkanlah kepada saya wasiat yang berguna untuk keselamatan dunia dan akhirat!

wahai anakku! jangan sekali-kali engkau bersumpah dengan nama allah walaupun benar,apatah lagi kalau sumpah bohong.itulah wasiatku kepadamu.gunakanlah selama-lamanya insya allah selamat dunia akhirat.

tentang rezeki tak usah dibimbangkan,kerana tiap-tiap mahluk yang hidup tetap ada rezekinya.

wahai pemuda yang salih dan berbakti kepada bapanya.engkau jangan susah hati,allah ta'ala akan menggantikan segala harta benda engkau yang sudah habis itu dengan perbendaharaan yang beratus ganda banyaknya.dan buatlah bakti kebajikan seberapa banyak.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


demikianlah peri hal lelaki itu dengan keistimewaan yang telah dikurniakan tuhan kepadanya,dengan berkat kerajinan dan ketekunannya mengerjakan ibadat.

dan ppada suatu ketika telah berlaku kecuaian dalam pekerjaan ibadatnya,disebabkan oleh sesuatu perkara keduniaan.maka keistimewaannya dilenyapkan oleh allah ta'ala daripadanya dan apa-apa yang dimintanya tidak dikabulkan allah.maka amat duka citalah dia.

pada suatu malam,dia mendengar suatu suara berkata kepadanya.

kalau mahu dikembalikan allah keistimewaan itu kepada engkau,pergilah dapatkan yang memerintah negeri ini.dia akan memberikan pengajaran serta menghasilkan maksud engkau.

bagaimana orang ini jadi wali allah,sementara perbuatannya demikian rupa?

inilah dia saudara kita yang dipayungi keistimewaan apabila dia berpergian

ketika itulah terbukti kepada saya betapa peri ketinggian martabat beliau itu disisi allah.

ya, dialah orang yang setiasa dipayungi oleh awan dimasa lalu.

sekarang saudara hendak tahu hakikat kedudukan kamu disini? aatau mahukan kami doakan bagi saudara,dan terus pulang?

ya tuhanku,hamba mu lelaki ini berharap agar tuhan mengembalikan semula ..... kepadanya.tuhan yang maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.dan diaminkan oleh isterinya.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


maaf kata;

PIATU: membawa maksud;- bersendirian atau yang DIsebutkan sebagai individu, tanpa ada ahli keluarga lain yang hidup sebatang kara.(tanpa adanya ahli keluarga serta kerabat dari kedua-dua belah keluarga ayah dan ibu)

dan YATIM: membawa maksud;- anak yang belum mumayih yang kematian kedua-dua ayah dan ibu.

jika salah seorang kanak-kanak yang kematian ayah atau ibu nya,kanak-kanak itu masih belum dibenarkan diketogerikan sebagai yatim.

kejadian yatim itu mestilah dimaksudkan atau disandarkan seperti yatim yang terjadi keatas diri nabi muhammad saw.(kematian ayah serta kematian ibu).

nabi muhammad saw semasa zaman kanak-kanaknya adalah anak yatim,dan bukannya yatim piatu kerana dia masih ada lagi,datuknya,bapa saudaranya dan sepupunya.(kaum keluarga kerabat ayah dan ibu)

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


saya tidak berhajat kepada rupa cantik dan harta.saya datang kemari untuk berjuang menegakkan islam

kerana tuhan telah kurniakan hidayah dan taufik kepadanya.

deki allah,saya telah menganut agama islam yang suci dengan suka hati,dan akan menjujung segala perintah tuhan serta taat setia dengan sepenuh hati,jujur dan ikhlas.

dalam islam,ada syarat-syrat dan hukum-hukum.

memohon kehadrat allah ta'ala semoga diperlindungi serta diselamatkan daripada segala bahaya bencana.

janganlah kamu bimbang dan takut.allah ta'ala ada berserta dengan kamu.

lalu mereka sujud kesyukuran kehadrat allah ta'ala atas nikmat-nikmat yang telah dikurniakan kepada mereka.

dengan mengucap kalimah takbir.

dengan inayah dan pertolongan tuhan rabbul alamin.

mereka didalam lingkungan iman.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


semata-mata beribadat kepada allah subhanahu wata'ala.

saya tidak berhajat,

apakah yang menyebabkan kamu membelakangkan kenikmatan dunia.

bahawa nikmat kelazatan dunia ini tidak kekal,sekejap sahaja,tiada seorang pun yang berasa kenyang dan puas daripadanya,

utamakan kehidupan hari akhirat yang kekal abadi,

kehidupan dunia bakal rosak binasa,

lebih dulu tinggalkannya sebelum dia meninggalkan kita.

yang zalim dan kejam dimasa hidupnya menerima seksa azab sengsara didalam kubur,

yang amat adil saksama lagi salih dan takwa orangnya dalam waktu hayatnya hingga waktu wafatnya.maka allah ta'ala menempatkan kediamannya didalam syurga dihari akhirat kelak dan menjaga peliharanya daripada seksa kubur selama dia dialam barzakh sehingga hari kiamat.

maka fikirkan segala yang telah dilihat dan didengar.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


maaf kata;

adat temenggung;-membawa maksud kepada menjalankan hukum pusaka dan segala kaedah-kaedah hukum menurut yang telah termaktub seperti yang diturunkan allah.

adat pepatih;-membawa maksud kepada menjalankan hukum wakaf dan segala kaedah-kaedah hukum menurut yang telah termaktub seperti yang diturunkan allah.

kedua-dua hukum itu betul dan terpakai bersekali,tidak boleh ditinggalkan atau meninggalkan salah satu dari nya.

cuma dalam bahasa sebelah sini disebut sebagai adat temenggung dan adat pepatih,maka orang ramai yang tidak tahu atau tidak ambil tahu menjadi salah faham dalam bab-bab hukum islam.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


raja negeri itu berasa lemah tulang-tulang sendi dan ubat yang tercatat dalam kitab-kitab tabib adalah;-

segenggam tanah dari sebuah rumah kosong yang tiada pernah didiami oleh manusia sehingga rosak.

maka dicarilah oleh seluruh menteri dan pegawai serta tenteranya diseluruh pelusuk rantau negeri,malang nya tidak berjumpa.dan kata pegawai;-

kami sekalian telah puas mencari sebuah rumah yang kosong tiada didiami orang diseluruh negara,tapi tidak dapat.

sambil tersenyum seraya berkata kepada menteri,pegawai dan tenteranya;-

sekarang barulah saya berasa sihat, alfiat dan bahagia setelah dapat tahu dengan yakin bahawa dalam seluruh negara beta dan jajahannya tiada sebuah rumah pun yang tidak didiami oleh manusia.ini suatu dalil dan bukti yang menunjukkan keadilan hukum.kerana sesungguhnya keadilan memerintah itulah yang menjadikan mewah makmur negara,dan rakyat jelatnya hidup didalam aman sentosa dan selamat sejahtera.

adapun apabila raja dan pemerintah yang memerintah itu zalim,maka sekalian menteri-menterinya dan pegawai-pegawai kerajaannya serta pekerja-pekerja itu pun turut melakukan kezaliman itu.

maka dengan dmikian,tiada berapa lama kerajaan itu tetap akan runtuh,kucar-kacir dan porak peranda,rakyatnya akan lari meninggalkan rumahtangga dan kampung halaman disebabkan kezaliman itu.

dengan sebab itu nanti,khazanah kerajaan akan merosot sedikit demi sedikit sehingga akhirnya akan kosong sama sekali,kerana ketiadaan masuk sesuatu hasil pun dari dalam mahupun dari luar.

demikianlah akan menjadi kedudukan raja yang zalim dan menteri dan pegawai pemerintahnya itu,menderita kepapaan dan kemiskinan daripada harta benda dan rakyat.

maka dia akan hidup didalam keadaan susah sengsara sehingga akhir hayatnya,

kemudian pula akan menerima balasan seksadan azab sengsara yang amat pedih di hari akhirat kelak terhadap perbuatannya kepada rakyat dimasa hidupnya.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


bagaimana saudari boleh hidup semula setalah mati?

dengan perasaan perikamanusiaan, dan belas kasihan nya.

bagaimana saudara seorang saja boleh ketawa,walhal semua orang didalam majlis ini menangis kesedihan?

hanyasanya saya ketawa kerana malam tadi saya bermimpi,dan mimpi itu ada sangkut pautnya dengan saudara tuan,oleh kerana itu saya datang kemari kerana hendak mengisahkan mimpi saya itu kepada tuan,dan minta dia mentafsirkan tadbir mimpi saya itu.

apakah dia mimpi saudara?

apakah salahnya kalau kita percaya cakapnya sekarang?

kemudian,maka jika ia tidak,ketika itu barulah nyata,jelas dan tahkik bahawa dia ini seorang pendusta hendak membuat fitnah. sisaat itu barulah kita jatuhkan seberat-berat hukuman ke atasnya.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,denganmenyebut nama nya.


membelaskan hati bermihon doa ke hadrat allah ta'ala.

ya tuhan yang maha besar lagi pemurah dan mengasihani.hamba sangat-sangat rindu,sentiasa ingin serta harpkan keredaan dan belas kasihan mu yang sentiasa sedia ada disamping hamba,dan hati hamba berpegang teguh kepada janji-janji mu.

tolong kerana allah,

apakah dia janji itu dan berpegang teguh kepada nya.

sekiranya tidak menyebut kalimah allah,nescaya tidak nyata kepada perkara barang sedikit pun, biarpun perkara itu tersimpan didalam dada selama hidup.

dengan kemurahan nya, belas kasihan nya dan ihsan nya.

dan tiada jalan kelepasan bagi kita melainkan dengan keikhlasan niat dan ibadat serta permohonan kepada allah.mereka takjub memikirkan betapa besar kudrat allah ta'ala yang tiada terhingga kebesaran nya.

berdoa dan bersyukur atas segala nikmat-nikmat nya yang tiada terkira banyak nya.

selain daripada allah ta'ala yang maha pemurah itu.apakah tidak cukup segala bantuan nya dan nikmat-nikmat nya yang tiada terkira lagi banyaknya?.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


wahai hamba allah,jaga mulut jangan sampai terbabas,itu adalah hak allah ta'ala semata-mata.

kerana orang yang sentiasa sibuk berkhimat kepada tuhannya tidak dapat berkhimat kepada makhluk.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


demi sesungguhnya, ya tuhan ku yang segala kehendak nya akan tetap berlaku,dan kehendak sekalian makhluk nya akan tidak berlaku jika tidak disertai kehendak mu! ya tuhan ku,sekiranya apa yang telah ditimpakan keatas diri hamba ini dengan keredaan mu,maka hamba terima serta menjunjungnya dengan penuh kesabaran serta mengucapkan alhamdulillah atas tiap-tiap hal dengan sepenuh hati yang ikhlas dan yakin.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


wahai tuhan yang esa,ihsan mu telah meliputi sekalian jin dan nusa.kepada mu ya tuhan,hamba mengadu hal dengan tergesa-gesa.hamba reda dan syukur atas apa yang telah ditakdirkan oleh mu keatas diri hamba ini yang leta.biarlah hamba mati kelaparan kerana tiada dapat barang yang diminta,asalkan kehormatan diri terpelihara,walau sekali pun hidup sengsara. tiada gunanya hidup dengan tiada kehormatan,kelazatan hidup akan binasa sementara dosanya tinggal berkekalan.

maka betapa pula yang mendakwa diri konon berakal sempurna dan lebih berilmu pengetahuan itu,tetapi tergamak hati melakukan perbuatan maksiat.

istighfar dan bertaubat nasuhah serta mohon doa kehadrat allah ta'ala supaya diri dipelihara daripada godaan syaitan yang dilaknat.

wahai tuhan ku! jika sekiranya hamba mu ini sungguh dan benar dia telah bertaubat nasuhah dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mu,maka hamba minta daripada mu ya tuhanku,selamatkanlah daripada kesakitan api neraka, dan peliharakan daripada api neraka itu dalam dunia dan akhirat,wahai tuhan yang bersifat pengampun dan pelindung.

adalah daripada limpah kurnia tuhan,mudah-mudahan allah kurniakan rahmat nya kepada kita.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.



suratnya berbunyi seperti ini;

tuan yang mulia,cahaya mataku yang memiliki hati dan jiwa saya.bahawa sesungguhnya saya telah tinggalkan doa bagi tuan didalam surat ini,bukan kerana taksir atau kejahilan,akan tetapi ialah kerana telah puas saya memohon doa kehadrat allah ta'ala agar supaya semoga dia menghilangkan dari hati tuan akan perasaan cemburu dan salah faham yang telah menyebabkan perpisahan antara kita berdua,dan semoga mengurniakan perhubungan balik semula antara kita seperti sedia kala.akan tetapi malangnya allah ta'ala tidak memperkenankan doa saya itu, hingga telah menanggung penderitaan perpisahan sampai tidak terasa lazat makan dan tidur.

demi allah,saya tidak berdosa dalam perkara yang telah berlaku itu, tiada pernah melakuka perbuatan yang curang dan tiad siapa yang diingat didalam hati,melainkan tuan yang mulia seorang saja.demi sesungguhnya saya terlalu amat rindukan tuan,dan sekarang saya sedang menunggu ihsan kerana tiada ubat bagi menyembuhkan penyakit penderitaan yang sedang ditanggung,melainkan perhubungan tuan dengan saya.maka haraplah kiranya berikan pandangan belas kasihan kepada saya, dan janganlah kiranya hati tuan murka kepada saya.kalau tidak,tiadalah gunanya saya hidup lagi!


jawapan dari surat itu;

puan,

jikalau tidak kerana masih lagi terkenang masa kita yang telah lalu itu,nescaya tidak diberikan sebarang jawapan;dan itu adalah disebabkan oleh kesalahan diri sendiri yang telah dilakukan tempoh hari itu. oleh sebab itu janganlah meletakkan harapan lagi kepada sesuatu yang tiada boleh diharap lagi.

sekian,wassalam.


bersabar dan berserah kepada allah yang maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu,
maka diucapkan terima kasih;

bahawa sesungguhnya dimasa yang lalu saya cukup taat setia kepadanya serta meletakkan segala harapan dan kepercayaan saya kepadnya.akan tetapi setelah dia menghinakan saya,maka tidak lagi saya akan menaruh harapan kepadanya.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


tuan ni siapa?dan apakah perusahaan tuan?

saya ini tukang menyayi kepada khalifah.

saya sudah dengar nama tuan tetapi belum pernah dengar tuan menyanyi dan bergambus,

barulah mulai tuan hendak menjadi seorang ahli penyanyi yang boleh diakui pandai.akan tetapi sekarang belum sampai kepada taraf itu.

puan ini juga belum boleh diakui seorang ahli penyanyi yang terkemuka,dan ahli pencaragam yang cekap.

keduanya terlalu amatlah marahnya kepada sibuta kerana percakapan yang merendahkan mereka itu.

inilah saja yang ada pada kita telah kami bermurah hati berikan,maka cubalah tunjukkan kepada kami akan kebolehan awak pula.

maka tercenganglah keduanya serta hairan dengan peri keistimewaan dan kelebihannya itu.

dalam pada itu saya telah mengambil peluang,terus mengucup tangan gadis itu sebagai penghargaan tinggi atas kunjungannya ke rumah saya dan kehormatan atas akhlaknya yang mulia itu,kerana saya yakin bahawa lelaki itu tidak melihat perbuatan saya itu.

kemudian sibuta itu menyanyi lagi,dan mencela perbuatan saya mencium tangan gadis itu. dan terus ghaib seolah-olah telah ditelan oleh bumi.

disaat itulah baru kami sedar bahawa silelaki buta itu ialah iblis.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


cinta berahi sebagai api
sentiasa menyala didalam hati
sekiranya tidak lekas diubati
tetap akan membawa mati.

hatiku rabak terkena panah
hinggakan jantung mengangkut nanah.

sebagaimana tuan begitulah saya
sabarlah semoga maksud kita berjaya.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


surat pertama,

adalah jariahini yang elok rupa serta muda remaja dan bijak pandai itu,patik sembahkan kepada paduka raja yang berbahagia agar supaya menjadi sepasang dengan budak yang terdahulu itu dan patik berharap semoga tuanku sudi menerimanya.


surat kedua,

paduka tuan hamba yang amat mulia lagi amat dihormati dan dikasihi.

demi sesungguhnya dari semenjak hamba berpisah dengan tuan hamba hingga saat ini tak pernah merasai kesengan hati dan fikiran,meskipun hamba tinggal di dalam istana yang besar dan bermegah kerana menjadi hamba dan khadam raja yang bermahkota.oleh itu hamba memohon dan merayu kepada tuan hamba agar supaya tuan hamba berikhtiar sehingga hamba balik semula dengan tuan hamba.


surat ketiga,

adakah patut dan bijak bagi seorang yang sekian lamanya memegang terju pentadbiran negara dengan cekap dan cekal serta perpengalaman banyak boleh menceburkan dirinya kedalam lubuk seksa? bukanlah aku daripada orang-orang yang boleh mengatasi akalnya oleh pengaruh kasih sayang itu. dan bukanlah aku seorang jahil seperti dakwaan mereka yang bersifat hasad dengki itu.bahawa sesungguhnya engkau telah kusembahkan kepada paduka raja sebagai hadiah dengan suka hati dan penuh ikhlas.makabagaimana pula aku hendak mengambil engkau balik? bolehkah nyawa apabilasudah keluar daripada jasadnya akan dapat masuk kembali?

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


raja itu bila melihat sambutan rakyat kepadanya bertambah lagi sombong,bongkak dan takburnya.dalam keadaannya yang demikian,seorang fakir telah menyusup masuk menembusi pengawapengawal raja itu,lalu ia menahan raja itu dengan memegang tali ras kuda yang ditunggangnya,selaku orang hendak menyembahkan pengaduannya kepada raja.

dengan murkanya raja itu menyuruh menangklap lelaki fakir itu dan kudungkan dua belah tangan dan dua belah kakinya disitu juga,kerana dia telah melaku
kan jenayah besar dengan menyekat perjalanan raja itu dan angkatannya yang besar.

setalah hukuman dijatuhkan keatasnya,lalu katanya;

berikan saya tempoh sekejap saja untuk melapurkan satu rahsia yang penting sekali bagi diri tuanku.

apakah rahsia itu?lelaki itu berbisik ditelinga raja dengan melafaskan sepatah kata saja.demi didengar oleh raja itu,dengan serta merta ia mencampakkan dirinya dari atas kuda terus mencium kaki dan tangan lelaki fakir itu.sambil meminta tolong.

lelaki fakir itu berbisik lagi dengan berkata;ini tidak mungkin,hai raja yang kejam,dan mustahil boleh engkau lepas lari,kerana aku ini ialah malaikat izrail datang hendak mengambil nyawa engkau sekarang dengan tidak bertangguh lagi.

kemudian dia pergi mendapatkan seorang hamba allah yang salih yang sedang sembahyang.lalu ditunggunya sehingga sudah selesai dari sembahyang,lalu katanya;

saya ini malaikat izrail datang hendak mengambil nyawa saudara.

lantas lelaki itu berkata; khabar yang baik ini sunguh menyukakan hati saya,kerana saya segera dapat kembali kepada rahmat allah ta'ala. dan minta disegerkan.

tuhan telah perintahkan saya mengambil nyawa saudara pada saat dan ketika yang saudara sendiri memilihnya.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah dengan menyebut nama nya.


wahai raja yang memerintah negeri ini,saya ini sedang lapar dan dahaga,tiada kenal seorang pun dalam negeri ini.maka takutlah kepada allah ta'ala dan kasihanilah akan daku.berikanlah aku sedikit daripada apa yang telah dikurniakan tuhan kepada engkau.sesungguhnya allah ta'ala tidak akan menghilangkan balasan pahala orang-orang yang membuat ihsan kepada makhluk nya.

raja itu murka,lau diperintahnya ditangkap dan dipotong lidahnya kononnya lelaki itu berani bersikap kurang ajar.dengan sekelip mata lelaki itu berubah menjadi besar yang menakutkan,lalu lelaki itu berkata;

aku ini malaikat maut,telah datang hendak mencabut nyawa raja kamu ini yang kejam lagi tidak mengenang nikmat allah ta'ala kepadanya.

raja itu menjadi takut dan minta nyawnya tidak dicabut,dan minta ditukar ganti dengan nyawa alhi keluarga dan orang yang lain

maka ketawalan malaikat maut,sambil berkata kepada raja itu;

ini tidak mungkin,hai raja yang jahil,takbur dan bongkak.engkau tahu tidak,bahawa tiap-tiap seorang dengan ajalnya sendiri-sendiri,dan sekarang ajal engkau sudah sampai.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


siapa engkau?dan siapa telah membenarkan engkau masuk keistana aku dengan tidak mendapat kebenaran daripada aku?

aku telah datang kemari dengan perintah raja yang lebih besar daripada engkau.dia yang memerintah segala-galanya.dan akulah malaikat maut datang hendak mencabut nyawa engkau sekarang.

raja itu meminta tolong dan merayu kepad malaikat maut agar diberi tempoh sehari untuk berribadat dan berzikir serta bertaubat.

jawab malaikat maut;

itu jangan diminta dan mustahil boleh dapat,kerana nafas engkau yang naik turun pun dihitung tiada boleh ditangguhkan ajal engkau barang senafas pun daripada waktunya yang tertentu itu.

sekarang hanya tinggal satu minit saja daripada umurmu.
maka mengapa dalam masa berpuluh tahun yang sudah lepas engkau tidak beramal untuk akhirat? hanya semata-mata engkau bekerja untuk dunia saja yang bakal rosak binasa itu. dan sekarang akan pergi keneraka jahanam yang telah sedia menunggu engkau.

dan jika mereka tahu apa yang telah disediakan allah ta'ala bagi hamba nya yang derhaka dari berbagai-bagai rupa azab seksa itu,nescaya mereka itu menangis air mata darah dan ketika itu barulah sedar bahawa dunia tetap akan binasa dan hari akhirat kekal abadi,tempat balasan baik dan jahat.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.



sekali saja dia kupandang
jiwa dibadan rasa nak terbang.


hanya gambarnya yang pernah kulihat
didalam hatiku terus tersemat.


sekiranya dapat kulihat wajahnya
didalam mimpi pun bertuah rasanya.


wahai bapa yang mulia lagi dihormati,

bahawa sesungguhnya kami tiga sekawan,masing-masing telah membuat serangkap syair dengan pertaruhan wang sebanyak tiga ratus dinar sebagai hadiah untuk siapa yang syairnya lebih elok dan lebih handal dari yang lain, dan kami telah bersetuju bahawa bapalah yang manjadi hakim.


lalu dijawabnya;

kepadagadis tiga sekawan
yang teringin menjadi pahlawan
dengan mengadakan suatu pertaruhan
kerana hendak merebut kejohanan.

masing-masing melukiskan gambarannya
mengsifatkan cinta menurut perasaannya
lalu mereka menyatakan keterangannya
dengan menggambarkan rupa percintaannya.

kami dijadikan sebagai pengadil
untuk menimbangkan secara adil
keputusannya itu telah diambil
sesudah dikaji dengan adil.

gadis pertama memberikan pendapatnya
hanya terasa terbang jiwanya
begitu juga gadis yang keduanya
sekadar tersemat didalam hatinya.

adapun gadis yang ketiga
keterangannya padat seperti mastika
demikian keputusannya menurut jangka
jangan menaruh sebarang sangka.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


wahai paduka amir yang mulia
sumber kemurahan hati lagi pengurnia
dengan tingginya akhlak amat terkaya
tunggal tiada bandingannya didalam dunia.

wahai tuan hamba putera mahkota
redakah terima jasad hamba semata-mata
sementara nyawa akan mengikut serta
dengan yang lain walau menderita.

hamba memohon ke hadrat tuhan
dengan ihsan belas kasihan
perpisahan ini jangan dijadikan
amat berat ditanggung badan.


lalu dimerdekakannya.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


kali pertama syairnya berbunyi;

katakanlah kepada khayal tolong berundur
dari tempatku biasa tidur
supaya dapatkubaring berlunjur
semoga api percintaan dihati kendur.

sakit meranatidak merasa tidur
siang dan malam duduk tafakur
inilah hakikatnya dinyatakan dengan jujur
maka adakah perhubungan dapat diatur?.


kali keduanya;

katakan kepada khayal tolonglah undur
dari tempatku mengambil rehat
supaya kudapat baring berlunjur
semoga api percintaan dihati tersekat.

sekit merana tidak merasa tidur
siang dan malam asyik diingat
inilah hakikatnya dinyatakan dengan jujur
maka adakah perhubungan dapat dibuat?.


kali ketiganya;

katakanlah kepada khayal tolonglah undur
dari tempatku biasa lelap
supaya kudapat baring berlunjur
semoga api percintaan dihati lenyap.

sakit merana tidak merasa tidur
siang dan malam namanya diucap
inikah hakikatnya dinyatakan dengan jujur
maka adakah perhubungan dapat dikecap?.


kali penhabisannya;

katakanlah kepada khayal tolonglah undur
dari tempatku diwaktu sunyi
inilah hakikatnya dinyatakan dengan jujur
maka adakah perhubungan akan terbukti?.


daripada golongan manakah engkau ini?

daripada golongan yang pertengahan yang menjadi tiang serinya.

tuan ini daripada golongan mana pula?

daripada golongan yang telah dipilih lagi ditapis benihnya.

mudah-mudahan allah peliharakan.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


dinasihatkan bahawa jangan sekali-kali membuka rahsianya kepada sesiapa pun,
kejadian lepas jadikan pengajaran bagi diri,dan hendaklah sentiasa berwaspada daripada tipu daya perempuan,kerana tipu daya mereka lebih besar daripada tipu daya syaitan.

kesal dahulu pendapat,dan sesal kemudian tidak berguna.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


dua orang pemuda telah menyakat dan mencuri kaldai milik lelaki itu.


si lelaki itu terkejut besar ketika mendapati dirinya membawa seorang manusia bukannya kaldai.ia berkata kepada pemuda itu;siapa engkau ini dan mana sudah pergi kaldaiku?

saya inilah kaldai tuan.kisah saya ini sangat aneh.pada mulanya saya seorang manusia sebagaimana yang tuan lihat sekarang.pada suatu hari saya telah menurutkan hawa nafsu syaitan,saya memukul ibu saya dalam ketika mabuk.lalu dia menyumpah dan memohon kepada allah agar saya dijadikan seekor binatang kaldai.

permintaannya itu makbul.mujur tuan telah beli saya dan pelihara saya dengan baik.pada waktu yang akhir ini dengan tiba-tiba allah ta'ala mengembalikan sifat saya yang semulajadi.mungkin dengan sebab berkat doa saya juga.

sambil mengucap lahaul wala quwata illa billah serta menangis;katanya:

jangan lagi derhaka kepada ibu serta jaga pelihara baik ibu itu, sambil melepaskan tali dan minta maaf,kerana dia tidak tahu.

semasa lelaki itu pergi kepasar,dijumpai kaldai yang dicuri itu,hendak dijual,akan tetapi dia tidak mengendahkan kaldai itu,jauh sekali dari membelinya,dan membisikkan ditelingankaldai itu seraya berkata;

kenapa engkau menderhaka lagi kepada ibu engkau,apa engkau fikir aku ini seorang tolol hendak membeli engkau sekali lagi?

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,denganmenyebut nama nya.


adakah saudara tahu bahawa beta akan mengadakan lawatan diluar kota dan akan sampai kemari?

patik tidak tahu. dan tentang majlis persantapan yang telah patik adakan ini dengan begitu cepat ialah kerana patik ini ada menaruh seratus orang jariah. tiap-tiap satu jariah telah disediakan sebuah rumah khas cukup lengkap dengan segala keperluannya.dengan yang demikian pada setiap hari patik menghantar seorang utusan kepada salah seorang daripada jariah-jariah itu suruh menghantar makanan untuk patik di kebun ini dengan bergilir-gilir.maka jariah itulah yang menunaikan tugasnya pada hari itu.akan tetapi oleh kerana kunjungan seri paduka yang berbahagia ini dengan mengejut dan tidak disangka-sangka,maka patik segera memberitahu kepada jariah-jariah itu supaya segera menghantar ke mari sebuah hidangan yang cukup lengkap.dan ini kesemuanya ialah daripada limpah pengurniaan allah subhanahu wata'ala.dan pengurniaan seri paduka.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


di ambilsebatang pokok tebu dan segera diperahnya dengan alat pemerah didalam sebuah gelas besar.setelah ditapisnya dibubuh sedikit air mawar dan sedikit serbuk berbau harum.kemudian diangkatnya dengan sebuah dulang dan dengan secara hormatdiletakkan dihadapan beliau itu seraya berkata;

silakan minum.inilah minuman kami di kampung ini.ibubapa saya telah pergi bekerja diladang.

setelah baginda itu minum,ia berkata;

alangkah manis dan lzatnya minuman ini,kalau tidak dimasukkan kedalamnya serbuk yang berupa pasir itu.

gadis itu berkata;

harap tuan uzurkan saya.saya sengaja bubuh itu kerana saya telah tahu bahawa tuan sangat dahaga.

saya khuatir kalau tuan nanti meneguk air didalam gelas itu semuanya dengan sekali gus.maka dengan yang demikian akan membawa mudarat kepada badan tuan,semantara saya inginkan kesihatan dan keselamatan bagi tuan.

setahun kemudian,baginda berangkat lagi dan singgah dikampung itu.
dan diminta sedikit air dari gadis yang sama dulu.

lalu dibawa tiga batang tebu dan diperahnya didalam gelas itu juga. itu pun cuma dapat separuh gelas itu.kemudian diangkatnya dan dengan secar hormat diletakkan dihadapan tamu itu juga dan mempersilakan dia minum.

setelah diminum beliau berkata kepada gadis itu;

kenapa pada kali yang pertama dengan sebatang tebu saja boleh penuh gelas ini,dan mengapa pula pada kali ini sampai tiga batang tebu,cuma dapat separuh gelas saja?

gadis itu berkata;

kerana niat raja telah berubah,maka telah tercabut berkat dalam tanam-tanaman kami disini.

insya allah, berkat itu akan kembali semula kepada kamu,kerana pihak yang berkuasa akan menimbang perkara kamu itu.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


wahai rayya jantung hati
nyawaku telah dibawa pergi
kedesa yang jauh sekali
dimana tempatnya tidak diketahui.


haramlah keatas diriku
hidup sesaat selepasmu
redalah mati besertamu
tiada berguna kehidupanku.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


sayang rupamu hindun rupawan
cantik molek baka pahlawan
bersuamikan anjing binatang buruan
tidak kusudi melahirkan haiwan.


hindun jangan ketawa sangat
mengapa mengeji setiap saat
dengan bahasa teramat kesat
budi orang mahulah diingat.

tetapi sudah menjadi adat
manusia yang begitu sifat
bila saja kemuliaan terdapat
dia pun lupakan darat.


hai gembala orang yang kicak
katup mulutmu sebelum terhenyak
kalau tidak akan terkena pijak
kepala engkau nanti akan disentak.

hindun bukanlah seorang kicak
akan tetapi bangsawan serta bijak
masyhur lagi terkenal disegenap pihak
diatas kemuliaan duduk tersedak.


janganlah hindun marah lekas
melepaskan bahasa terlalu pedas
segala sesuatu biarlah berbatas
perkataan keji jangan dilepas.

hindun juga mula memulas
sudahlah pulas lagi mengempas
jadi kami terpaksa balas
cakapan hindun juga diulas.


tidak peduli asalkan selamat
nyawa jasad tidak tercacat
daripada bencana dan khianat
orang kejam ganas penjahat.

hindun sedikit tidak berhajat
kepada harta orang jahat
derjat kemuliaan tetap terdapat
jikaulau badan sihat selamat.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


ketika itu barulah dia sedar,lalu mengucap;

lahaula walakuwata illa billahhil aliyul azim.


tiada patut membiarkan seorang, dia wajib ditolong dalam masa kesusahannya.

siapakah gerangan nama tuan yang budiman ini?

saya ini hanya penolong orang-orang budiman yang sempit kehidupannya.dan walau ditanya berkali-kali,tidak disebut nama nya.

sekali pun dia dipenjarakan,dan rahsia itu tetap terpendam dalam dirinya.sehingga orang lain telah memecahkan rahsianya itu kepada wali kota.



Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


udara bertiup kencang ketimur
membawa gelora untuk bertempur
perasaan cinta supaya tercebur
ke alam berahi hingga lebur.

jatuh bangun sambil tersungkur
hati rosak badan hancur
sekiranya sungguh cinta jujur
akan kubawa hingga ke kubur.


sekian lamanya tidaklah nyata
kerana membisu tidak berkata
hanya dengan air mata
didalam hati menahan cinta.


jikalau dakwaan itu benar
nescaya tentulah tidak sabar
tetapi bukan hati membongkar
hanyalah dari mulut terkeluar.


kalau sudah demikian gaya
cakapan benar tidak percaya
lemah badan tidak berdaya
tiadalah daya tiadalah upaya.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


bagaiman engkau boleh lalai?

saya tak pernah lalai menjalankan tugas selama-lamanya,

setelah mendengar laporan,ia yakin bahawa dia itu telah tertipu.lalu dengan berlemah lembut serta tenang ia menuruh dia menceritakan kejadian itu satu persatu dari mula hingga akhir.

adakah engkau kenal orang itu?

ya,saya kenal.

baiklah.cuba panggil dia datang kemari.

pada kali ini dimaafkan dan awas jangan engkau ulangi pekerjaan itu dua kali.

Anonymous said...

astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.


percakapan malam dihapuskan siang!.


diwaktu malam bulan terang
ketika itu aku terpandang
seorang gadis jalan berlenggang
lalu dihambat dari belakang.

kepadanya merayu hendak menumpang
sekiranya boleh dibawa pulang
ia menjawab berupa walang
ampun maaf bukan melarang.

hanyalah kerana keuzuran melintang
perkara itu memang dipantang
nanti esok hamba mengundang
tuan hamba dipersilakan datang
janji kosong hamba melayang
percakapan malam dihapus siang.


hai,betul engkaulah syaitan yang nampak.

cakaplah benar,kalau tidak...,

demi allah ya tuan,patik tidak keluar rumah malam tadi,hanyalah syaitan patik telah memberitakan kejadian itu kepada patik.