INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160707

Sedekah duti raya: dari Raja kepada Rakyat

Ini adalah suasana sekita Masjid Negeri Kuantan selepas solat Hari Raya Aidilfitri.

 01.Ampun Tuanku,
Daulat Tuanku,
 02.Sembah patik harap diampun.
Patik merafak sembah, izinkan patik mengabadikan,
 03.‘Karya karangan patik untuk tatapan
rakyat Malaysia tercinta.
 04.Karya dikarang untuk tatapan
 istimewa semua Raja dan rakyat;
Semua Raja sentiasa di hati rakyat,
 05.Memerintah adil dan saksama 
demi rakyat,
Ampun Tuanku! 
Daulat Tuanku! 
Tuanku sentiasa di hati rakyat.
 06.Berbudi bahasa berhemah tinggi,
Baginda bertitah rakyat dengari;
 07.Semua jemputan baginda hadiri,
Asalkan rakyat rasa dihargai.
 08.Tuanku selalu mencemar Duli,
Menziarahi rakyat bantuan diberi;
 09.Rakyat gembira tiada terperi,
Kebaikan baginda lekat di hati.
 10.Raja dan rakyat berpisah tiada,
Masalah rakyat dikongsi bersama;
 11.Rakyat mengangkat Institusi Diraja,
Raja dan rakyat rasa bahagia.
 12.Semua Raja selalu menyeru,
Inginkan rakyat bersatu padu;
 13.Buat keputusan tidak terburu,
Asalkan rakyat terus maju.
 14. Tuanku percaya rancangan kerajaan,
Mampu dinikmati segenap lapisan;
 15.Rakyat bersatu dalam perpaduan,
Negara makmur dalam kemajuan.
 16.Raja dan rakyat amat rapat,
Ke mana pergi rakyat diingat;
 17.Perbelanjaan dibuat penuh cermat,
Tuanku datang disambut hormat.
 18.Istana Baginda tersergam indah,
Apabila bertitah penuh bermadah;
 19.Kuasa yang tinggi tiada diendah,
Bersama rakyat tetap merendah.
 20.Bersemayam baginda dalam istana,
Rakyat diundang pergi ke sana;
 21.Raja kami yang bijaksana,
Ikatan Raja dan rakyat terus terbina.
 22.Masalah rakyat sama dikongsi,
Raja dan rakyat tiadalah sangsi;
 23.Ikatan terus jadi serasi,
Tercipta nostalgia untuk generasi.
 24.Sukacita Tuanku negara maju,
Pemerintahan Tuanku terus dipacu;
 25.Warkah dihantar Tuanku dituju,
Mendoakan Tuanku terus di mercu.
 26.Putera kesayangan ayahanda dan bonda,
Cemerlang negara amat sukacita;
 27.Raja dan rakyat berpisah tiada,
Bijaksana memerintah negara tercinta.
 28.Sejarah Kesultanan patut dihayati,
Dipelajari oleh generasi terkini;
 29.Personaliti Raja amat dikagumi,
Ke mana pergi tetap dihormati.
30.Ampun Tuanku.
Sembah patik harap diampun.
Akhir bicara patik doakan moga Tuanku sekeluarga
dirahmati Allah di dunia jua di akhirat.
Amin Ya Rabbal A' Lamin.

karya 
Karya Rha NS
25 Disember 2011


No comments: