salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...
keluarga dan susur keturunan kepada hang tuan sekarang ini telah hilang identitinya kerana mereka tidak pun mengenal akan diri mereka dan mereka sendiri tidak pernah pun tahu yang mereka adalah berketurunan kepada dato laksamana hang tuah.
macam mana orang lain nak kenal akan hang tuah sedangkan keluarga keturunan hang tuah sendiripun hilang punca susur warisannya.
kami memang perhatikan akan cucu-cicit hang tuah ini tetapi mereka tidak membawa @ mengikut jejak langkah moyang mereka.
sebaliknya mereka lebih kepada mencari hal didunia dan ada yang kecundang. bergitu juga dengan waris lima sahabatnya, hanya segelintir yang berpegang teguh dan yang lain boleh dikatakan mamai dan leka.
Anonymous
on 3/15/15
11 comments:
salamun,
neguai;
perkara ini ibarat setitik embun dipadang pasir;;maka kalau dilihat dari jauh ianya seperti lautan air,dan apabila dihampiri,hanya kesannya sahaja yang telah ditelan dik panas mentari.
maka adatnya orang yang dahaga ,tidak boleh terus menogok air,ia merosakkan kerongkong dan badan.maka diteguk sedikit-demi sedikit sehingga badan menjadi sesuai dengan suasananya keliling.
maka bergitu jugalah kepada apa yang disebutkan sebagai;
keris,silat dan adat semasa.
maka ianya adalah pusaka atau pesaka,dan yang akhirnya disebutkan saka sahaja semata. ianya telah di anugerahkan oleh allah dari sebelum adam lagi,sebagai kepada makhluk sebelum adam. sebaliknya mereka tidak dapat bertahan dan menjadi porakperanda lalu dilupuskan kenyataan atas mereka semua lalu diciptakan adam dan diletakkan diatas muka bumi dan lalu di sebut sebagai bani adam.
maka dengan nama yang berlainan disebutkan, dan dalam al quraan sebutan itu disebut seperti sebutan yang ternyata dalam al quraan dan sunnah rasulullah saw,lalu dianugerahkan kepada adam dan hawa akan ketiga-tiga perkara sebutan itu untuk melihat adakah benar janji-janji manusia kepada tuhan mereka.
maka mereka ,anak cucu cicit adam dan hawa diberikan keris,silat dan adat sebagai tanggungjawab mereka kepada tuhan mereka,maka yang zalim dan leka akan menyalahgunakan ketiga-tiga sebutan perkara itu lalu dihukum dengan kifarah atau bala,dan yang redha,syukur serta ikhlas akan melengkapkan makna ketiga-tiga sebutan perkara iaitu keris,silat dan adat semasa nya itu sebagai iman yang takwa serta sujud kepada allah yang maha besar lagi maha perkasa.amin,amin,amin ya robbil aalamin,dengan izin allah.inshaallah.
assalamualaikum...semoga kita semua berada dalam rahmat-Nya
Hamba ingin sekadar memohon kepastian... berkaitan dengan Hang Tuah ...
adakah nama@gelaran lainnya adalah Tun Sy..b.n ?
Harap diberi penjelasan...terima kasih..
salam,..w/salam.
tuan,
koi harap tuan tidak terkilan dengan jawapan ini.
tun sy..b.n bukan hang tuah,bukan gelaran dan bukan nama hang tuah,sebaliknya dia adalah sepupu kepada hang tuah.ayah hang tuah dengan ayah tun sy..b.n adalah adik beradik seibu seayah.
dan tun sy..b.n itu sendiri adalah gelaran, bukan namanya yang sebenar.
inshaallah, suatu hari nanti tuan akan diberikan berita yang sebenar,maka mohonlah kepada allah akan pertunjuk serta hidayah bagi urusan yang tersebut itu. dengan izin allah, inshaallah.
soalan yang tuan tanya ini, adalah dalam urusan syariat serta fekah dan adat serta adab. inilah yang disebutkan sebagai perkara; nyata dalam ghaib dan ghaib dalam nyata.(dalam bab urusan kitab keturunan).
Terima kasih tuan di atas pencerahan
salamun,
neguai;
(disebut dalam adat) dan (difahami dalam syariat)
kami telah melancarkan semula anak panah ramayana buat kali akhir hari ini.maka ia akan terbang untuk sekian kalinya dan selepas dari itu tidak akan ada lagi.ia akan dikembalikan kepada pemilik yang telah melepaskan@melancarkan ianya kali pertama.
maka sesiapa yang ikhlas hatinya, seikhlas ikhlasnya,capailah ianya dan genggam dengan kemas bagi diri sendiri dan untuk orang lain yang ramai. inshaallah.
salamun,
neguai;
sumpah kepada allah kali pertama serta janji kita sebelum dikeluarkan dari rahim ibu.
kita hanya berpegang kepada satu sumpah sahaja(bait di muka bumi)
dua kalimah syahadah dan bait kepada rasulullah saw serta empat khalifah shabat ,maka sumpah-sumpah yang selainnya terbatal dan tidak boleh diguna pakai lagi.(walaupun sumpah dari zaman sebelum hadirnya nabi muhammad saw)...inshaallah.
(berlepas diri lah dari persumpahan yang tidak menguntungkan lagi merugikan.
salamun,
neguai;
seperti juga malaikat yang menjalankan amanah bagi pihak allah,maka bergitu jugalah adanya amanah kepada jin dan manusia,maka diberikan oleh allah kepada jin dan manusia memegang dan menjalankan amanah bagi pihak nya,untuk mentadbir bumi dengan selayaknya.
maka setiap pemegang amanah telah diberitahu akan amanah masing-masing dalam bahasa yang mudah mereka sendiri fahami,dalam adat atau dalam adab atau dalam fekah.yang memerlukan ilmu bagi penterjemahan kepada nama amanah-amanah yang tersebut itu. lalu amanah itu perlu disempurnakan,dan mana-mana amanah yang rosak perlulah di pulihkan.dan amanah yang telah pulih perlulah di kembalikan kepada yang maha hak.
dan kami akan memantau pergerakan pemegang-pemagang amanah serta amanah-amanah yang mereka pegang itu dengan izin serta kebenaran allah. inshaallah.
salamun,
neguai;
ramadhan telah berlalu ,maka diantara kita yang mencari lailatulqadar juga telah berlalu,ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya mencari serta bertemu dengan lailatulqadar. maka mereka berkata dalam hatinya mereka tahun hadapan akan cuba dapatkannya..
lailatulqadar itu telah ada didepan mata masing-masing,dalam al quraan,dan ianya adalah satu anugerah allah kepada umat nabi muhammad saw.maka barang siapa yang mendapat pertunjuk dari allah akan menemui jawapannya. inshaallah. dan bukannya dikejar-kejar untuk mendapatkannya.
maka sebab itu ada yang disebutkan sebagai berikut;
wahai,mengapakah tidak sampai akal mereka bagi memikirkannya.
salamun,
neguai;
pada setiap perkara memerlukan pengetahuan,maka ilmu mengenal perlu dipelajari,dan dalam islam ilmu tasauf itu amat penting bagi setiap orang.
untuk mengenal syariat,maka perlulah ada ilmu tasauf,dan apatah lagi ilmu hakikat,ilmu tarikat,ilmu makrifat,ilmu ikhlas termasuklah ilmu mengenal diri dan akhir sekali ilmu allah(mengenal allah).
setiap orang yang suka makan durian,mereka mestilah pandai memilih dan mengenal durian mana yang elok,baunya menambat hidung dan sedap di lidah mereka. dan tahu baka durian yang terbaik dan penjagaan kepada pokoknya buahnya dan seluruh kawasan kebun penanaman durian...inshaallah.
salamun,
neguai;
maka dibentangkan kepada tuan puan oleh kami dari izin allah.
dalam al quraan,ada surah yang perlu dibaca dan di rungkai bersekali kerana sejarah dan ceritanya terletak didalam kelima-lima surah itu.
ianya menunjukkan berita yang allah sampaikan kepada manusia kemudian berkenaan riwayat kisah manusia yang terdahulu.(sejarah mereka di beritakan dalam kilaf atau kiasan ayat itu sendiri)(sejarah dalam sejarah).
maka surah-surah tersebut adalah;
asy syu'araa (surah ke 26)
asy syuura (surah ke 42)
ash shaff (surah ke 61)
asy syams (surah ke 91)
al'ashr (surah ke 103)
dalamnya ada berita yang boleh dijadikan panduan kepada sejarah manusia atau ketamadunan manusia serta suka duka manusia.
maka carilah,dan kami juga mencarinya dan merungkai sebagai salah satu jalan mengesan peradaban manusia yang lepas dari zaman dahulu kala.
maka siapa yang mendapat menguraikan cerita dan berita mereka itu ,maka bersyukur lah kepada allah kerana di tunjuki dengan perkara yang tersembunyi dalam al quraan dan yang tidak dapat menyelami maksud ayat-ayat nya,jangan terkilan dan jangan berkecil hati.mohonlah kepada allah agar di berikan ihlam dan ditunjuki oleh allah... inshaallah.
salamun,
neguai;
pemberitahuan dalam al quran dan sunnah melalui nabi muhammad saw oleh allah kepada seluruh makhluk atau hamba nya di seluruh alam,tidak kira manusia,jin atau makhluk nyata yang lain ataupun juga kepada makhluk ghaib yang lain.
maka mengapa pula dari kalangan manusia yang pada sebahagiannya mereka meminta kebaikan kepada diri mereka serta kaum keluarga mereka sahaja dan mereka meminta kemusnahan kepada orang lain serta makhluk lain yang tidak bersefahaman dengan mereka.
mereka sebutkan sebagai seteru mereka atau musuh allah. sedangkan seteru dan musuh yang mereka sebutkan itu sama seperti mereka juga,makhluk serta hamba allah. allah tidak pernah bermusuh dengan makhluk dan hamba ciptaan nya,sebaliknya makhluk dan hamba ciptaan nya sahaja yang beranggapan buruk sesama mereka dan terhadap allah.
memang dalam al quraan serta sunnah nabi saw menyebutkan, perangilah mereka yang kufur,tetapi kufur itu tidak membawa maksud kafir,kerana kufur itu membawa maksud ingkar dan kafir itu tidak membawa apa-apa maksud.
mereka yang ingkar kepada allah dan rasulullah saw,maka mereka akan di hukum mengikut keingkaran atau salah laku yang telah mereka buat dan yang paling berat adalah dicampakkan kedalam api neraka.
mereka banyak meniru dari memikirkan perkara yang diberitakan allah kepada manusia dan jin. dan mereka sandarkan perkara yang seperti itu kepada tuan guru,ulama dan adakalanya sehingga kepada sahabat nabi.mereka tidak takut membuat fitnah, dan hanya takut diri mereka difitnah.
maka tiada berguna kepada diri mereka akan ibadah yang bersandarkan saham akhirat atau pahala semata-mata itu,kerana mereka mengerjakannya sebagai mendapatkan upah dari allah,dan bukan sebagai menunaikan hak kepada allah sebagai seorang hamba. dengan tu mereka memikul pahala atau saham akhirat yang mereka idam-idamkan dan dengan apa atau siapa akan mereka tukarkan kedua saham akhirat serta pahala itu kelak.sedangkan tiada perkongsian dalam apa-apa penciptaan oleh allah dengan makhluk atau hamba. dan bukan juga sebagai tiket.
maka ingatlah sebagaimana kita datang,maka bergitu jugalah semasa kita kembali.bersih,ikhlas,redha.bertakwa kepada allah...inshaallah.
Post a Comment