-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20160701

Orang Tua Mengalahkan Nyamuk

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...

satu cerita pada masa salah seorang waris tuan@puan berkenaan dengan nyamuk... ceritanya bergini,,,

disebuah negeri dalam tanah melayu ini lah, negeri itu telah di serang oleh seekor nyamuk yang besar (besar nyamuk ni adalah sebesar bola sepak agaknya lah),. rajanya telah berusaha menghapuskan nyamuk yang tersebut. pada setiap malam diletakkan seorang manusia sebagai korban,bagi mengelak nyamuk itu menyerang dan memusnahkan seluruh negeri. semakin hari semakin sedikitlah rakyat dinegeri itu disebabkan menjadi habuan korban nyamuk untuk menyelamatkan negeri.

Pada suatu hari, seorang lelaki tua telah naik namanya untuk dijadikan habuan nyamuk,maka diapun akurlah@relakan dirinya dengan perintah itu, lagipun dia telah tua dan tidak mempunyai banyak darah.

petang itu dia pergi mengadap raja, dan mengaku untuk menjadi korban dan dia memohon dengan raja agar dia tidak diikat@ditambat. dan dia juga meminta dan dia juga meminta sebilah keris@pisau dan setokgkol jagung untuk dimakannya sebagai hidangan malamnya yang akhir.

pada malam itu dia pun pergilah ketempat yang di arah untuk dijadikan habuan korban nyamuk itu tanpa di iring oleh sesiapapun.

di sana dia menghidupkan api untuk membakar jagung yang dibawanya sebagai makanan.

lalu dicucuknya jagung itu dengan hujung keris@pisau untuk dijadikan pemegang@pemanggang dan dibakarnya jagung itu sanbil menunggu sang nyamuk datang untuk menghisab darahnya.

maka dimakan@dikunyah akan jagung sedikit demi sedikit,(sebab jagung yang dibakar tu panas dan tidak mahu bibirnya melepuh.

paginya pengawal pun datang untuk melihat akan mayat orang tua itu tetapi apa yang mereka lihat dan dapati,orang tua itu masih hidup dia cacat calarnya.

lalu diceritakan yang nyamuk itu tidak datang malam tadi dan berita itu disampaikan kepada raja dan raja sangat hairan dan juga gembira.

maka fahamlah raja setelah diceritakan apa yang terjadi malam itu.

bermula dari itu raja mengarahkan seluruh penduduk negeri itu membersihkan sampah dan semak samun dan dimalam hari di pasang unggun api bagi menghalau sang nyamuk dari datang menyerang negeri.

orang tua itu di beri kemudahan oleh raja diatas jasanya menyelamatkan negeri sebaliknya orang tua itu berterima kasih dan menolak dengan baik akan kemudahan yang di anugerah oleh rajanya kerana dia nak balik kerumah@kampung lamannya untuk hidup seperti biasa dengan aman dan bercucuk tanam dan juga membela ternakan.

warisnya masih ada dan ada diantara mereka tidak mahu dikenali dan ada diantara mereka tidak mengenali waris yang lain dan tidak kenal moyangnya ini(orang tua yang menyelamatkan negeri).

Anonymous
on 3/15/15

3 comments:

Anonymous said...

salamun,
neguai;


peringkat permulaan;dipujuk dengan gula-gula atau upah seperti anak-anak, mereka di agankan(habuan) dengan hadiah apabila mereka membuat setuatu pekerjaan yang baikk atau yang bermanafaat.

peringkat kedua;mereka masih di agankan dengan hadiah seperti orang muda remaja, tetapi dengan sesuatu urusan yang perlu disempurnakan sebagai tukaran (diberikan angan-angan yang membolehkan mereka mencapai sesuatu maksud yang baik dan tidak menyimpang).

peringkat ketiga;mereka telah pun masak dan tunggu untuk gugur dan dikutip,maka tidak diperlukan lagi pujukan,upah,hadiah atau diagankan habuan, kerana itu semua hanya ditujukan kepada orang awam semata atau disebut sebagai mualaf(orang yang berjinak-jinak).

dan sampai bila mereka-mereka itu dan tuanpuan akan berada pada ketegeri orang awam sahaja,sebab orang awam tidak akan duduk bersama-sama atau setempat dengan rasulullah saw dalam syurga nanti,mereka duduk di dalam syurga yang lain yang lebih rendah kedudukannya.

dan macammana mengaku islam tetapi masih mengharapkan pahala dengan tukaran kepada ibadah yang dibuat.maka fahamkan dengan sebenarnya akan maksud perintah allah dalam al quraan dan sunnah rasulullah saw.



beberapa dia berjalan itu maka sampailah dia kepada sebuah gua iaitu satu perbendaharaan kepada kerajaan lama yang dijaga oleh seekor ular yang besar,yang lalu dapat dia bunuh lalu memasuki dia kedalam perbendaharaan itu melihat temasyar didalamnya. maka dilihatnya harta yang banyak tetapi tidak diendahnya satu apapun dari harta-harta itu.
dan pada suatu bilik dari 40 bilik dalam perbendaharaan itu didapati olehnya akan seekor kuda yang akhirnya menjadi sahabatnya, katanya dalam bahasa jin kepada kkuda itu;hai kuda baiklah kita bersahabat daripada kita berseteru.
lalu ditanya oleh kuda itu; hai orang muda,siapa nama dan dari mana tuan hambadatang boleh sampaikemariini?,lalu diceeritakan oleh dia dari awal hingga keakhirnyaduduk perkaranya dia.

setelah puas berkeliling pada perbendaharaan itu dibawa oleh kuda itu lalu kata kuda itu; ya tuaku adakah tuanku suka pergi melihat akan temasya kesebelah matahari mati itu..adalah sesuatu ajaib-ajaib terlaluindah hendak hamba bawa kesana. maka berkata dia;'baiklah hai sahabat. maka dia naik keatas kuda itu lalu diterbangkannya kesebelah matahari mati.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


pada satu peperangan, pasukan islam telah menang dengan cemerlang dan banyak harta rampasan perang diperolehi oleh mereka,dan apabila telah kembalidri peperangan itu,rasulullah saw telah memebahagbahagikan harta rampasan perang itu kepada orang yang ramai dan sebaliknya tidak diberikan kepada pasukan yang pulang dari kaum ansar.

maka mereka tidak puashati dengan keadaan itulalu mereka bertanya kepada rasulullah akan keadaan itu; maka lalu rasulullah bersabda; mereka itu kembali dengan harta sahaja,dan sebaliknya tuan-tuan kembali dengan rasulullah(atau, mereka itu diberikan harta untuk dibawa balik,dan kaum ansar diberi rasulullah untuk dibawa balik bersama-sama mereka) maka nilai nya lebih berharga dari harta rampasan perang itu.(lebih kurang maksudnya).




hatta tersebutlah pada negri itu seorang raj yang dari bangsajin islam dan ieterinya dari bangsa manusia,dan punya seorang puteri yang menawan,dan banyaklah anak-raja-raj yang mohon memperisterikannya sebaliknya semuanya tidak kesampaian.
mereka anak raja-raja itu kurang se 40 orang,dan kesemuanya mereka mati terjatuh di sebabkan leka dan takjubnya mereka memandang muka puteri itu.maka penggal dualah badan mereka oleh mata pedang yang dijadikan mata tangga mahligai puteri itu.
maka sampailah dia dipadang dekat mahligai puteri itulalu dilepaskan kuda itu untuk makan rumput,dan lalu berjalan menuju istana.dilihatnya akan longgakan tulang yang banyak itudibawah tangga,lalu dia terus menaikihingga keatas intana.
maka puteri itu berasa hairan dengan keadaan itulalu bertanya dia kepada pengasuhnya,burung bayan dan burung tiung;katanya ;adakah engkaupergi kenegeri orangmuda ini dan darimanakah datangnya ia kemari ini?seraya masuk kedalamkelambu menyembunyikan diri.sahut oleh tioang dan bayan;' tiadalah patik tahu negeri orang muda ini. lalu ditanya oleh burung tiong dan bayan kepada dia; hai orang muda dari mana tun hamba datang dan anak siapa tuan hambanya ,batang tubuh tuan hamba disebut orang?.lalu dikisahkan oleh dia akan halnya dirinya.
setelah didengari oleh puteri itu lalu keluarlah dia dari dalam kelambu,maka dilihat oleh dia akan puteri itu dia punmerca(pensan seketika lalu di sembuhkan oleh puteri itu.
maka dicsritakan oleh puteri itu akan hal ehwal dirinya dan ayahbondanya akan negerinya.
maka ditanya oleh dia akan hal tulang yang belonggok dibawah mahligai itu.

Anonymous said...

salamun,
neguai;


syariat islam @agama islam itu sahaja yang ada dan itulah satu nya syariat dari allah,dan tidak dua,dan tidak tiga. dan tidak ada syariat lain selain dari nya islam.pada permulaannya islam dan diakhiri islam juga,dan yang selain darinya itu direka-reka oleh manusia semata,tak kiralah majusi,yahudi,nasrani hindu,buddha atau lain-lain,kerana itu hanya bagi menyebut akan salah kelakuan manusia yang menyimpangkan syariat islam sahaja.

syariat adam adalah islam,syariat nuh adalah islam,syariat ibrahim adalah islam,syariat musa adalah islam,syariat sulaiman adalah islam,syariat isa adalah islam,cuma pada masa muhammad sahaja yang di istiharkan dan disempurnakan syariat islam menjadi agama bagi seluruh makhluk alam oleh allah.
jangan dikaji akan salah orang dahulu,sebaliknya lihat akan dalam diri sendiri,apakah telah sempurna atau belum syariat islam dan adakah kita telah sempurnakan kah hak-hak syriat islam itu, jangan sampai syariat islam menuntut haknya disuatu masa nanti,menyesal tiada gunanya dikemudian hari.
nabi muhammad saw telahpun menyempurnakan syariat islam ( untuk seluruh makhluk alam dan dirinya) dan tuan puan serta mereka-mereka itu bila hendak menyempurnakan syariat islam?(bagi diri sendiri).


maka diceritakan oleh puteri itu kepada dia,lalu ditanya dia;;wahai adinda,adapun segala anak raja-raja telah mati itu dapatkah hidup lagi atau tiada?
kata puteri seraya tersenyum;'jikalau dihidupkan oleh tuhan yang mahabesar berapakah bahananya.
setelah demikianituberkata dia;'hai adinda marilah tuan kebawah mahligai ini kalau ada dengan mudah-mudahan ditolongi oleh tuhan yang mahatinggi hidup segala anak raja-raja itu.
maka dengan kudrat dan pertolongan tuhan yang mahabesar lagi mahakuasa atas segala sesuatu maka hiduplah anak raja-araja yang 40 orang itu.
setelah itu maka berkata dia kepada mereka;'hai saudaraku betapa peri mulanya tuan-tuan sekalian menjadi demikian ini.
segala anak raja-raja itu bercerita akan hal kejadian kepada mereka.
ujar dia ladi;'siapa yang menghidupkan tuan-tuan hamba ini?
sahut olen anak-raja-raja;'hamba sekalian tiadalah ketahui.
ujar dia;'tuhan yang mahabesar yang telah menghidupkan tuan-tuan sekalian itu tetapi hamba ini menjadi sebabnya juga.
maka ditanya oleh mereka akan diri dia asal dan siapaayahbonda dan dari negerimanadatang.lalu dikisahkan hal dirinya kepada mereka itu.
setelah itu maka sekalian anak raja-raja itu pun menyembah kepada dia.maka fikir dia;,janganlah disangkanya aku yang menghidupkan gerangannya.
setelah itu mereka itu pun meminta akan doa kepada tuhan,tuhan yang menjadikan akan hambanya sekalian supaya selamat pula dia sebab dia meminta kepada tuhan yang mahamulia boleh mereka hidup balik ini.
mak sesudah itumereka telah dibawa kenegeri ayah puteri itu dengan disambut oleh rajanya dengan penuh sukacitanya kerana kebuntuan mereka telah diselesaikan oleh dia.