INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20160725

Sumpahan Akan Muntah Darah Di Rumah Gadang (Istana Pagar Ruyong)

Salam. 
Moyang saya bernama Sutan Piaman. 
Saya adalah waris dari anak perempuannya bernama Puti Soyam 
yang telah berkahwin dengan seorang saudagar yang bernama Hj Wahid .
 
Apa yang dimaklumkan kepada saya 
telah banyak kali moyang saya 
berpindah dari pagar ruyung ke Kuang Selangor.
 
Salah satunya adalah sebab peperangan.
 
Apa yang dimaklumkan kepada kami 
dari satu generasi 
ke satu generasi 
ialah dahulu terjadinya perbalahan 
di dalam Rumah Gadang 
sehingga menyebabkan 
ramai terbunuh di dalam rumah tersebut 
sehingga terjadinya 
sumpahan waris yang masih hidup 
akan muntah darah 
sekiranya menjejakkan kaki di Rumah Gadang
iaitu Istana Pagar Ruyong.
 
Waris yang dapat menyelamatkan diri ramai 
yang telah melarikan diri 
dan menyembunyikan identiti 
kerana malu dengan apa yang telah berlaku 
di dalam rumah gadang.
 
Tapi mengikut sejarah 
rumah asal telah pun terbakar 
rumah yang ada sekarang adalah baru 
tetapi memyerupai rumah yang asal.
 
Ini adalah apa yang diceritakan 
kepada kami 
generasi yang terkini.
 
Kami mempunyai salasilah 
bermula hanya dari 
Hj Wahid dan Puti Soyam sahaja. 
Gambar mereka juga kami ada.
 
Maklumat mengenai 
Sutan Piaman dan sebelumnya 
kami memang tidak tahu.
 
Saya berharap dapatlah temui 
salasilah yang terdahulu
 
on 7/24/16

1 comment:

Anonymous said...

salam,
tuan,

ramai dari kalangan merekayang tersalah fahamdalam urusan yang tersebut.

untuk setakat pengetahuan tuan;

pagar ruyung itu telah dijaga oleh beberapa kerajaan yang besar silih berganti,samudra pasai yang menjaga sebelum itu dan yang akhir sekali diganti menjaga nya adalah kerajaan minangkabau dan dibawah pengawasannya sehingga hari ini.yang terbakar itu bukan istana pagar ruyung, itu istana raja alam kerajaan minangkabau. istana sebenarnya hanya boleh di lawati dengan kebenaran sultan minangkabau(sultan taufik) dan diiring oleh pegawaiistana kerajaan minangkabau serta diawasi pergi dan balik.

dan hanya sultan taufik serta bentara kerajaan minangkabau sahaja yang boleh menjawab urusan tuan itu. berhubunglah dengan mereka di pekan baru minangkabau...inshaallah.