INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20170227

Dua Kerajaan Dua Ahmad Dua Abdullah Dua Beradik

pada zaman yang lepas
terdapat dua kerajaan yang tengka terdirinya,
diantara satu dengan yang lain itu beberapa ratus tahun.

satu letaknya di lamir
atau;itu kerajaan pahang tua.
dan raja nya bernama ahmad
dan memanda menterinya bernama abdullah.[dua beradik]

dan satu lagi [beberapa ratus tahun kemudian],
terletak di kuala pahang;
itu pula kerajaan kuala pahang.
dan rajanya bernama ahmad
dan memanda menterinya bernama abdullah.[juga dua beradik]

 maka kedua-dua kerajaan itu
adalah kesenambungan kerajaan pahang yang lama,
dan gelaran kepada mereka itu berlainan
[tidak akan dimaklumkan,tuan puan kena cari dan selesaikan sendiri]

ini adalah bab membetulkan susur
dan salasilah
dan juga sejarah diri
dan keluarga]
dan ;nama mereka memang sama
yang menyebabkan orang
yang ramai terkeliru
dan tersalah sangka diantara keduanya sejarah kerajaan mereka itu.
maka cari
dan bacakan semula,agar pembetulan dapat dibuat.

on Masjid Al Hidayah Alor Akar Kuantan. Pahang.
on 2/26/17

12 comments:

Anonymous said...

salam,

hari ini kita bersyair sikit;syair fekah yang didendangkan oleh siti zubaidah.dalam pembayang adab.

teremba dan mitos; pada syair siti zubaidah yang tiada dalam kitab syairnya.semasa dia mengasuh. siapa? dan di syairkan dimana?

syairnya diberikan dua baris sahaja,dan dua baris lagi tuan puan cari sendirilah.

syair [1];
apa riuh dalam telaga,
kawan gagak minum air;


syair[2];
bintang tujuh tinggal enam,
jatuh satu dimajapahit;


syair[3];
syair ketiga akan di bentangkan kemudian jika berkesempatan.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,

teremba dan mitos;


pada zaman dahulu[pinjam jap ayat]:ini kisah dua naga yang berperang di laut bagi pihak dua kerajaan satu dari timur dan satu lagi dari tanah ini.

naga keduanya ini bukan berperang disebabkan mereka itu bermusuh,sebaliknya diarahkan berjuang dengan arahan perintah raja masing-masing[lebih kurang di pertandingkan lah],orang dulu-dulu tak main serbu-serbu aje,sebaliknya dihantarkan wakil ketengah gelanggang,bagi diadukan kekuatan. jadi dengan maksud itu maka tahulah diantara kedua kerajaan atau raja itu akan kekuatan masing-masing dan adakah hendak dijadikan perang atau berdamai atau mengadakan perjanjian.

maka dalam pertempuran kedua naga itu,naga dari timur telah kalah dan naga dari tanah ini walaupun menang,sebaliknya dia harus kembali mengadap rajanya sebelum terbit matahari pada hari yang berikutnya,kalau tidak dia akan mati,sebab itu adalah sumpah dan perjanjian yang diperjanjikan.naga itu mesti masuk ke kuala sebelum matahari terbit dan mengadap raja.[dengan maksud memberitahu yang dia telah menang dalam pertempuran itu].

maka dalam keletihan selepas berjuang beradu kekuatan,naga itu berusaha juga berenang dengan sederas mungkin untuk sampai kedalam kawasan kuala,sebaliknya sebelum sempat dia memasuki kuala sungai itu,matahari telah terbit dahulu,maka matilah naga itu diluar kuala di laut.dan jasad naga itu mengelapung ,ada yang tenggelam dan ada yang timbul,akhirnya; disebabkan sudah sekian lamanya berzaman-zaman jasad naga yang timbul itu menjadi pulau-pulau sehinggalah ke hari ini.

itu adalah salah satu mitos[satu dari versi] keujudan atau kejadian pulau tioman yang diperbentangkan.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,

teremba dan mitos.

waris dan semenda kepada tok demu@temu.[raub]susunan kepadanya.


tok kaya ibrahim
^
tok hitam mas pahang bersuamikan tok koris[kelantan]
^
tok cempedak dan tok dera.[dua beradik]


inshaallah.

Anonymous said...

salam,

bab sifat 20;kepada salah laku manusia menggunakan sifat ke 7 dari sifat 20.
manusia di berikan pinjam kepada pembayangnya sifat 20 itu,sebaliknya disalah gunakan oleh mereka-mereka akan pembayangnya itu.
sifat ini,apabila disalah gunakan yang menyebabkan manusia jadi tak keharuan pada dirinya dan pada orang yang ramai.

contoh sejarahnya kepada nabi yunus yang dikifarah dengan ditelan oleh ikan nun,kerana amarahnya dalam hatinya kepada kaumnya sehingga tidak menunggu dan mengikut perintah allah. dia tidak sabar dan tergesa-gesa walaupun di panggil.

bacakan semula sejarah nabi yunus dengan kaumnya itu. ada tauladan didalamnya.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,

teremba dan mitos.

lengenda[mitos] padang saujana dan iskandar zulkarnai,yang tiada dalam lipatan sejarah kitab bertulis oleh manusia.[kilafnya hanya dalam al quraan]

dikisahkan sedikit sahaja disini.yang di ambik dari pemegang amanahnya kisah ini.


asalnya padang saujana itu satu sahaja,ianya terletak dipahang sahaja.itu sebelum zaman iskandar zulkarnai.

pada zaman nya iskandar zulkarnai sampai ke padang saujana,negara itu telah pun menjadi kucar kacir;satu dibawah kuasa yang baik dan satu lagi dibawah kuasa yang akan bermulanya kuasa jahat,maka perebutan akan negara tersebut telah berlarutan lama sehinggalah sampainya iskandar zulkarnai ke negara itu dalam pengembaraan dia dan bala tenteranya dalam menegakkan islam atas perintah allah.

maka sesampainya dia dan bala tenteranya ke negara itu,telah dipinta oleh pihak yang bertelagah dinegara itu untuk diselesaikan.maka petemuan dan rundingan dibuat dan diterangkanakan bab serta urusan islam.

kedua pihak yang bertelagah,masing-masing tidak berkata apa,kerana yang sebelah pihak akur dan pihak yang telah dirasuk oleh syaitan berkeras,maka tiada jalan penyelesaian yang terjadi.

maka dengan itu iskandar zulkarnai telah membuat satu keputusan selepas permohonannya diperbenarkan oleh allah, bagi dilaksanakan oleh hamba allah,iskandar zulkarnai itu. bagi mengelak keseluruhan negara padang saujana rosak dalam kekuasaan yang jahat atau buruk.

dengan kebenaran yang ada padanya itu, iskandar zulkarnai telah membelah dua akan tanah negara padang saujana dengan pedangnya.,satu kekal dipahang dan satu lagi dicampak oleh iskandar zulkarnai ketimur,yang sekarang di gelar terengganu.

maka hanya ada dua tempat sahaja yang disebut sebagai padang saujana.[di terengganu dan di pahang] dan tiada dinegeri lain seperti yang mereka ceritakan.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,


banyak ibarat-ibarat,perumpamaan-perumpamaan yang telah dilupakan dan juga disalah gunakan oleh orang yang ramai,dan salah satu darinya adalah; kalau ayah kencing berdiri,anak akan kencing berlari.

maka situa yang memulakan sesuatu yang baik atau sesuatu yang buruk,yang mana akan diteladani oleh yang muda.oleh sebab itu sesuatu yang boleh memberi tauladan,haruslah diteliti,baikburuknya sesuatu perkara itu.

jangan dijadikan seperti perumpamaan;seperti ketam menyuruh anaknya berjalan lurus.dan sebaliknya dia sendiri jalannya mengiring.[lurus ketepi dan bukan lurus kedepan].atau telunjuknya lurus,kelingkingnya berkait.

maka dalam ilmu, fekah,adat,,adab kesemuanya ada ketelitian kerana ianya adalah hak mutlak allah,dengan melalui rasul-rasulnya diberikan tunjuk tauladan bagi kegunaan manusia yang lain.

bagaimana sesuatu yang baik yang diberikan allah kepada manusia[dipinjamkan sebagai kegunaan manusia],maka manusia merosakkannya dengan sekelip mata tanpa rasa gentar serta gusar. sehinggakan mereka lupa segala sesuatu yang baik daripada tunjuk ajar allah kepada mereka. dan mereka masih lagi tunggu dan lihat,umpama kepadanya mereka mencabar,walaupun mulut tidak mengucapkan sesuatu patah perkataan pun,sebaliknya dari riak diri manusia itu menunjukkan situasi itu.

kebanyakan dari manusia lupa yang mereka telah merosakkan sifat 20 yang pembayangnya dipinjamkan allah kepada manusia. disuruh mempelajari akan ilmu sifat 20 itu,bertujuan agar manusia memperbaiki salah silap yang ada atau yang telah lalu dalam diri manusia.[maka sifat 20 serta nama 99 allah tetap kekal serta utuh tidak berubah]

lihat contoh kepada firaun yang mengaku dirinya tuhan.
lihat contoh kepada azazil yang mempertikaikan adam sebagai salah satu ciptaan allah.
lihat contoh kepada namrud yang mencabar berperang dengan allah.
dan lihat juga kepada kaum nabi musa yang mempertikaikan dan mengeluh dengan anugerah yang diberi kepada mereka.


inshaallah.




Anonymous said...

Alhamdulillah...harap dapat pegang pedang Iskandar Zulkarnain suatu hari nanti..Insya Allah...

Anonymous said...

salam,

orang melayu menyebut sebagai: kederat tulang empat kerat;

kudrat adalah sifat allah yang mutlak,makadipinjamkankepada makhluknya manusia sebagai kederat tulang empat kerat itu,dan adakah manusia menggunakan dengan betul kearah kebaikan atau membawanya kepada merosakkan muka bumi.

sabar adalah sifat allah yang mutlak,maka dipinjamkan kepada manusia,akan bayangan sifat sabar itu kepada manusia,dan adakah sifat itu digunakan dengan berhemah atau tidak digunakan,yang menyebabkan manusia menjadikan marah sebagai sifat.

ilmu adalah nama serta sifat mutlak allah.dan adakah manusia masih tidak dapat berfikir akan akibatnya apabila nama serta sifat itu disalah gunakan.

hati-hati lah diri serta hati,dan jagalah tatatertib dan budi bahasa manusia sebagai makhluk serta hamba yang diciptakan oleh allah.

jangan sampai bak kata pepatah orang yang tua-tua; sorong papan tarik papan,buah keranji dalam perahu,....,....

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
baca betul,niat tergelincir;

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


susunan kepada;

allah.

rasul-rasul.

nabi-nabi.

wali-wali.

dan wali-wali ada banyak tingkatannya;dan yang sekarang digunakan orang yang ramai adalah kepada ayah atau bapa juga adalah wali.[wali bila nak bernikah]
wali ini di maksudkan kepada penjaga yang di tugaskan menjaga sesuatu perkara atau urusan atau pekerjaan atau harta atau kerajaan.
dan wali-wali itu adalah pertugas kepada allah[wakil kepada allah diatas muka bumi]
wali-wali allah ini, bertugas dari mula di jadikan mereka[dan mula kejadian alam dan kejadian bumi] sehinggalah ke hari kiamat[sehingga alam dan bumi ini hancur],dan jumlah mereka sama banyaknya dengan jumlah nabi-nabi,dan mereka adalah pembantu kepada rasul-rasul dan nabi-nabi diatas muka bumi ini.

maka ingatlah ,jangan mempertikaikan apa-apa yang tuan-puan tidak tahu berkenaan ilmu allah. terutamanya kepada mereka yang ramai yang berkata kepada orang yang ramai dikalangan mereka itu.

sebab urusan wali-wali itu duduknya dalam perkara rukun iman yang enam yang mereka sentiasa sebut-sebut kan itu.

mereka sendiri yang bercakap berkenaan rukun iman,dan sebaliknya mereka sendiri yang mempertikaikan berkenaan rukun iman. ada akai ke?


inshaallah.

Anonymous said...

salam,

baca betul,niat tergelincir;
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


telah kami bentangkan yang telah lepas,dan dibentangkan kembali;
kiasnya kepada: pagar ruyung;

tuan puan, pagar ruyung itu adalah dalam bab fekah yang dibaca dan disebutkan dalam adat,ianya juga disebut sebagai istana tujuh lapis,dan ianya juga di bacakan sebagai ilmu martabat tujuh.

bukan urusan itu yang salah sebaliknya orang yang memegang yang salah faham,salah guna dan salah pakai. bab ini bukannya ilmu yang tinggi pun yang disebut oleh orang yang ramai zaman sekarang,[seperti disebut orang yang ramai].ini adalah pakaian hari-hari manusia dari dahulu ,sekarang sehinggalah kiamat.

apabila menyebut keturunan pagar ruyung,maka siapa diri kita [dalam fekah] kepada allah?.siapa diri kita kepada adam dan hawa?.dan siapa diri kita kepada nabi muhammad saw?. itu sahaja soalan dan jawapan nya. faham atau tidak nya diri,terserah kepada akal dan hati yang empunya diri.

orang tua sebelah nusatara ini,mengambil pendekatan dengan mengunakan sopan santun atau adab,atau tertip,maka disebutkan dalam kias bahasa sebelah sini, akan urusan fekah bagi cucu cicit senang ingat akan sejarahnya,babnya,urusannya dalam tauhid@fekah[zaman dulu-dulunya, tidak ramai yang reti bahasa arab dari kalangan orang yang ramai,dan kebanyakannya buta huruf]
tak yakin juga dan tak faham juga,tak apalah;contohnya kepada;maka lihatlah dengan mata akan sejarah kepada wali sogo ditanah jawa,bagaimana mereka mengambil pendekatan berdakwah[cara mendakwahkan orang dipulau jawa itu][mereka cakap arab??,mereka cakap melayu?;tidak:sebaliknya mereka belajar bahasa jawa dan mereka berdakwah dengan bercakap jawa. kias jawa,kefahaman jawa,pengetahuan jawa.mereka menjawakan diri mereka dahulu dan mengislamkan jawa itu sendiri, dan lepas dari itu, barulah mereka mengislamkan orang pada tanah pulau jawa seluruhnya.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,

syair siti zubaidah;sambungannya:

syair ketiga[tiga baris akhir]

bintang enam tinggal tiga,
baris-baris 2,3,dan 4 nya, berada dalam surah dalam al quraan,maka cari dan kesanlah ayat-ayatnya itu.kami tidak akan membukanya bagi pihak tuan puan sekalian.

tuan puan lah yang akan membuka bagi diri sendiri dan bagi kami[dibentangkan]. dan itulah syarat dan peraturannya dalam ilmu allah.

kalau mereka berjumpa,itu adalah hak dirinya yang dianugerahkan oleh allah kepada nya mereka itu,dan kalau tidak berjumpa,maka itu bukan menjadi hak diri nya mereka sehingga mereka berjumpa akan hak diri sendiri yang telah ditentukan oleh allah yang sejak azali itu.dan ataupun mereka akan berjumpa apabila nyawa berada dikerongkong nanti,jumpa tetap berjumpa,percaya tetap kena percaya dan yakin tetap kena yakin yang terpaksa.walaupun semasa hayat hidupnya mereka itu kurang percaya dan kurang yakin serta takut nak jumpa.dan pada masa itu barulah mereka atau tuan puan akan faham apa-apa yang kami kiaskan selama ini.dengan izin dan perintah allah.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
baca betul,niat tergelincir.
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.

yatim dan yatim piatu;[dibentangkan untuk]

yatim;;itu adalah dalam sebutan fekah.
piatu;;itu adalah dalam sebutan adat dan adab.

kedua sebutan yatim dan piatu itu membawa maksud yang sama sebenarnya.
orang dahulu cuma mengabungkannya aje,sebab apabila digabungkan kedua perkataan itu,ia akan membawa maksud sebenar yang tersurat.

yatim yatim;maka tak sedap disebut mulut. sebaliknya;
piatu piatu;ada maksud yang tersirat didalamnya.makanya;
disebut sebagai yatim piatu: digabungkan keduanya perkatan itu untuk;
1]menyedapkan menyebut, dan 2]suruh belajar mencari benda yang tersirat dalam tersurat itu, oleh allah, kepada manusia, yang ingin mencari jalan rehda allah.

kalau dah malas,tak boleh nak kata apa-apa lah.


inshaallah.