PERINGATAN

Pada setiap negeri dijadikan pembesar-pembesar yang jahat agar melakukan tipu daya di negeri itu. Perbaikilah diri, keluarga, masyarakat dan pembesar kamu adalah kunci utama untuk Allah SWT memperbaiki negeri kamu.

20111018

Abdullah Ali Guru Seni Silat Garis Laksamana Gerak Lian

Alfatihah.

Abdulah b Ali adalah Guru Utama Seni Silat Garis Gerak Laksamana Gerak Lian telah kembali ke rahmatullah pada 17 Oktober 2011. Beliau meninggal ketika berumur 64 tahun.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Kampung Baru, Beserah, Kuantan, Pahang.

Kisah Abdulah b Ali ini pernah disiarkan dalam majalah Seni BELA DIRI keluaran November 2001.

20111015

18 Kembara Bukit Mat Daling - 02

10
Satu lagi jeti semen di kampung bukit mat daling.
09
Rumah lama yang menggunakan tangga simen.
08
Rumah lama yang telah tidak digunakan lagi di kampung bukit mat daling.
07
Seorang penduduk Putrajaya yang telah berkahwin dengan penduduk kampung bukit mat daling.
06
Jeti simen dikampung bukit mat daling.
05
Satu lagi keadah meletakkan piring Astro yang digunakan oleh penduduk kampung bukit mat daling.
04
Laluan bersimen dalam kampung bukit mat daling.
03
Tandas awam kampung bukit mat daling?
02
Surau lama kampung bukit mat daling.
01
Anak-anak kampung bukit mat daling. Malu-malu semasa diambil gambar.

20111011

17 Kembara Bukit Mat Daling - sampai -001

13
Pondok telefon untuk kegunaan penduduk kampung bukut mat daling?
12
Paip bomba yang tinggal kepala sahaja. Banagin badannya telah dimakan tanah.
08
Jalan simen bukan jalan tar.
07
Kelinik kesihatan.
06
Barang lama yang menjadi tinggalan bersejarah untuk penduduk kampung Bukit Mat Daling.
05
Papan tanda semalat datang ke kampung Bukit Mat Daling yang disediakan oleh Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Jerantut Pahang.
04
Lelaki perempuan tuan muda semuanya perlu ada kemahiran mengalah perahu.
03 Dayung, dayung, sampan.
02 Orang lama keturunan Wan Hulu Tembeling.
01
Piring Astro menggunakan kerusi plastik biru sebagai kaki. Dikampung Bukit Mat Daling keusi plastik banyak gunanya.

20111006

Program Rasmi Pahang - Oktober 2011

4 Oktober 2011

Majlis perasmian Program ''MASS CPR'' sempena MIREX Championship dan Persidangan Pengurusan Perkhidmatan Kecemasan Kebangsaan 2011 akan diadakan di Awana Hotel and Resort Genting pada 04 Oktober 2011 jam 2.30ptg oleh KDYMM Sultan Pahang.

5 Okt 2011

Kuantan
Majlis Anugerah Sukan Pahang Tahun 2011 Disempurnakan Oleh KDYMM Sultan Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan pada 5 Oktober 2011 jam 8.30 malam.

6 Okt 2011

Kuantan
Majlis Perasmian Penutup Persidangan Suruhanjaya-Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Ke 14 oleh Ketua Setiausaha Negara di Zenith Hotel Kuantan pada 6 Oktober 2011 jam 10.00 pagi.

8 Okt 2011

Temerloh
Festival Patin Temerloh ( FTP ) 2011
Y.B.Ahli Parlimen Temerloh, Dato' Haji Saifuddin bin Haji Abdullah akan menyempurnakan Majlis Perasmian Festival Patin Temerloh ( FTP ) 2011 di Dataran Tok Gajah, Majlis Perbandaran Temerloh pada hari Sabtu, 8 Oktober 2011 jam 5.00 petang.

9 Okt 2011

Temerloh
Majlis Perasmian Penutup Program Ziarah Ramah Mesra dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri
Y.B.ADUN Jenderak, Dato'' Haji Mohamad bin Haji Jaafar akan menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Ziarah Ramah Mesra dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bersama Saudara Baru Masyarakat Orang Asli di Dewan SK Penderas, Kuala Krau, Temerloh pada hari Ahad, 9 Oktober 2011 jam 11.00am.

Bera
Majlis Perasmian Penubuhan Koperasi (SKM) oleh YB Ahli Parlimen Bera
YB Dato'' Sri Haji Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan merangkap Ahli Parlimen Bera akan merasmikan Majlis Perasmian Penubuhan Koperasi (SKM) pada 9 oktober 2011 (Ahad), jam 10.00 pagi, bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Pos iskandar.

Cameron Highlands
Program Kesedaran Membaca K1M Mukim Ringlet
Komuniti 1 Malaysia Mukim Ringlet bersama Perpustakaan Awam Daerah Cameron Highlands akan menganjurkan Program Kesedaran Membaca pada 9 Oktober 2011 ( Ahad ) bertempat di Dewan Orang Ramai Ringlet bermula jam 9.00 pagi.

11 Okt 2011

Maran
Sidang Akhbar Bagi Lawatan Jawatan Kuasa Biodiversiti - Bioteknologi Negeri Pahang Dan Memperkenalkan Stesen Penyelidikan Luar, Institut Penyelidikan Perhutanan FRIM Ulu Luit Maran Oleh YB Dato' Haji Mohd Sharkar Bin Haji Shamsuddin

12 Okt 2011

Kuantan
SIDANG MEDIA : Penilaian Anugerah Komuniti 1Malaysia Terbaik Peringkat Negeri Pahang Tahun 2011 Oleh Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan Pahang
-En. Danuri Bin Hamim di Bilik Mesyuarat Jabatan Penerangan Pahang Tingkat 9, Wisma Persekutuan Kuantan pada 12 Oktober 2011 jam 4.30 petang.

Cameron Highlands
Program Gerak Saraf Perang Saraf di Perkampungan Orang Asli Kg. Rantau
-Majlis Keselamatan Negara akan menganjurkan Program Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) Pedalaman Orang Asli Kampung Rantau, Pos Menson pada 12 Oktober 2011 ( Rabu) bermula jam 11.00 pagi.

13 Okt 2011

Maran
Program Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Maran 2011

- Sukacitanya dimaklumkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang dengan kerjasama Pejabat ADUN Kawasan Kuala Sentul akan menganjurkan Program Satu Komuniti Satu JPJ bermula pada 13 Oktober 2011 (Khamis) hingga 16 Oktober 2011 (Ahad) bertempat di Sekolah Kebangsaan Kuala Sentul, Maran.
Aturcara :
-13/10/2011 (Khamis ) - 9.00 mlm - Ceramah Agama oleh Ybhg. Ustaz Badli Shah bin Alaudin (JAIP)
-14/10/2011 (Jumaat) - 5.00 ptg - Sukan Rakyat & 9.00 mlm - Malam Kebudayaan dan Kesenian
-15 & 16/10/2011 - Perkhidmatan Kaunter JPJ & PDRM / Pemeriksaan Motosikal Percuma /
-Bayaran Insuran Kenderaan / Pameran & Gerai Jualan & Majlis Penutup

14 Okt 2011

Maran
Program Jejak Aspirasi ( Ziarah ) YB. Ahli Parlimen Maran Ke Kg. Lubuk Paku / Kg. Mentenang
-YB. Dato Haji Ismail bin Haji Abdul Muttalib, Ahli Parlimen Maran dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Maran mengadakan Program Jejak Aspirasi ( Ziarah ) ke Kampung Lubuk Paku & Kampung Mentenang, Maran pada 14 Oktober 2011 (Jumaat) jam 3.00 petang.
3.00 petang - Program Ziarah & menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan
4.30 petang - Solat Asar
5.00 petang - Sembang warong bersama penduduk

15 Okt 2011

Kuantan
Majlis Anugerah Kecemerlangan Rukun Tetangga Dan Anugerah TABIKA Perpaduan Cemerlang Tahun 2011 Peringkat Negeri Pahang
Oleh YB Dato'' Hj. Mohd Shahfri Abdul Aziz di Dewan Carribean, Bukit Gambang Resort Kuantan pada 15 Oktober 2011 jam 8.00 malam.

Lipis
Program Bulanan Di Muzium Warisan Lipis.
-Program Bulanan Muzium Warisan Lipis bagi bulan Oktober akan diadakan pada 15 Oktober 2011 (Sabtu) mulai jam 9.00 pagi bertempat di Muzium Warisan Lipis, Jln. Bukit Bius, Kuala Lipis. Antara acaraacara yang akan diadakan ialah pameran dari Jabatan Kesihatan & AADK, pertandingan mewarna akhir untuk kanak-kanak Tabika, demonstrasi tarian tradisional (Tarian Pelanduk) dan pertandingan nyanyian lagu-lagu asli. Orang ramai dijemput hadir.

16 Okt 2011

Kuantan
Majlis Perasmian Penutup Program Bersama Pewaris Muda Negara Peringkat Negeri Pahang 2011
-oleh YB ADUN Guai di Amansari Beach Resort Kuantan pada 16 Oktober 2011 jam 11.00 pagi.

18 Okt 2011

Lipis
Lawatan Penilaian Anugerah KIM Terbaik Peringkat Negeri Pahang 2011.
-Panel penilai anugerah KIM terbaik peringkat negeri Pahang bagi daerah Lipis akan dilakukan pada 18 Oktober 2011 (Selasa) jam 2.00 petang bertempat di Anjung KIM & Dataran Mela Komuniti 1 Malaysia Mukim Cheka 1 (Mela).

Kuantan
Majlis Jamuan Malam Kerajaan Negeri Pahang Sempena Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah KRS Institusi Pendidikan Agama IPA Peringkat Kebangsaan Ke 2 Tahun 2011 Di Dewan Jubli Perak Kuantan pada 18 Oktober 2011 jam 8.00 malam.

 17 Okt 2011

Temerloh  
Kunjungan Penal Penilaian Anugerah Komuniti 1Malaysia Terbaik Peringkat Negeri Pahang Tahun 2011

Temerloh  
Program Penyampaian Bantuan Sempena Deepavali Tahun 2011

18 Okt 2011

Lipis  
Lawatan Penilaian Anugerah KIM Terbaik Peringkat Negeri Pahang 2011.

Kuantan  
Majlis Jamuan Malam Kerajaan Negeri Pahang Sempena Perkhemahan Kadet Remaja Sekolah KRS Institusi Pendidikan Agama IPA Peringkat Kebangsaan Ke 2 Tahun 2011

19 Okt 2011

Lipis  
Majlis Ketua Polis Pahang Bersama Pemimpin Masyarakat Lipis.

Cameron Highlands  
Program Kerjaya Orang Kurang Upaya ( OKU ) Daerah Cameron Highlands

Cameron Highlands  
Siri Ceramah Agropelancongan MARDI Cameron Highlands.

20 Okt 2011

Lipis  
Majlis Tahlil & Doa Selamat Sempena Memuliakan Hari Keputeraan Ke 81 KDYMM Sultan Pahang.

Pekan  
MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SERTA PERASMIAN MASJID BARU DAERAH PEKAN SEMPENA MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN PAHANG

Kuantan  
Majlis Lawatan Kerja KDYTM Tengku Mahkota Pahang Ke Komplek Asnaf MUIP

21 Okt 2011

Pekan  
MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA YANG AMAT MULIA TENGKU FAHD 2011

22 Okt 2011

Maran  
Majlis Khatam Al Quran Perdana SAR / KAFA Peringkat Daerah Maran 1432H / 2011M

23 Okt 2011
Lipis    
Majlis Ramah Mesra Agensi Kerajaan Dengan Komuniti Mukim Telang.

Bera    
Sambutan Deepavali Bersama YB Ahli Parlimen Bera

Pekan    
MAJLIS PECAH TANAH PUSAT PENDIDIKAN PRA SEKOLAH INSTITUT TENGKU AMPUAN AFZAN

Kuantan    
Edaran Senarai Penerima Darjah-Darjah Kebesaran Dan Pingat-Pingat Negeri Pahang DM Sempe

Kuantan    
Program Pemimpin Bersama Rakyat Dan Ceramah 1Malaysia

24 Okt 2011

Pekan    
ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH-DARJAH KEBESARAN DAN PINGAT-PINGAT NEGERI PAHANG SEMPENA MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KDYMM SULTAN PAHANG

25 Okt 2011

Maran    
Program Pili Bomba Bersama Pengarah Jabatan Bomba & Penyelamat Pahang

Lipis    
Majlis Perasmian Karnival Lipis 2011.

27 Okt 2011

Pekan    
MAJLIS PERASMIAN KEM FORCE 136, REJIMEN 505 ASKAR WATANIAH, PEKAN PAHANG

28 Okt 2011
   
Cameron Highlands    
Karnival Sukan Tahunan SK Tanah Rata

29 Okt 2011
   
Lipis    
Majlis Penutupan Karnival Lipis 2011
Majlis penutupan Karnival Lipis 2011 akan diadakan pada 29 Oktober 2011 (Sabtu) jam 9.00 malam bertempat di Dataran Lipis. Majlis akan diserikan dengan persembahan Pentas Ria RTM serta cabutan bertuah. Penutupan akan disempurnakan oleh YB Ahli Parlimen Lipis, Dato'' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman.
   
Maran    
Program Khidmat Komuniti Pelatih PLKN Indera Pahlawan, Maran Bersama Komuniti 1Malaysia Mukim Chenor (Jengka / Kuala Sentul)

Maran    
Majlis Sambutan Hari Warga Emas, Hari Kanak-Kanak Sedunia Dan Kempen Jom Daftar Taska dan Pusat Jagaan Peringkat Negeri Pahang 2011

Cameron Highlands    

Program Ramah Mesra Pejabat Daerah & Tanah Cameron Highlands & JAKOA

Pekan    
MAJLIS PENYERAHAN POS TERMINAL EJEN PERBANKAN TANPA CAWANGAN ( BSN )

30 Okt 2011

Bera    
Majlis Penyampaian VEST & Ramah Mesra Bersama Kelab Rukun Tetangga FELDA Rentam oleh YB Ahli Parlimen Bera

Rompin    
Majlis Perasmian Penutup Kem Kesihatan RPS Bukit Serok Rompin Oleh YB Dato Mohd Shahferi Abdul Aziz

Kuantan    
Majlis Perasmian Program Wanita Sihat Oleh YB Dato Wan Adnan Wan Mamat

Bera    
Program Ramah Mesra dan Ziarah Bersama YB Ahli Parlimen Bera di FELDA Purun

20111005

Laluan Basikal untuk bandar Kuantan (Town Ride)


PINDAAN TARIKH: 9.10.2011 (Ahad)
-------------------------------------------------------
Pelancaran Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan (Town Ride)
akan diadakan pada:
Tarikh: 23hb. Oktober 2011 (Ahad)
Tempat: Padang MPK Hospital
Masa: 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Anjuran: Pelancongan Pahang

Mengayuh basikal di bandar terutama bandar Kuantan bukan suatu aktiviti yang mudah dilakukan. Kadang-kadang naik motosikal pun bukan semua orang berani. Apatah lagi mengayuh basikal. Melihatkan kenderaan seperti kereta, lori, van dan motosikal yang bertali arus bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan untuk pengayuh basikal malah ada yang amat ngeri untuk mengayuh seiring dengan pelbagai kenderaan yang bertali arus.

Ibu bapa juga ada yang merasa bimbang jika anak-anak mereka mengayuh di bandar. Tetapi bagi anak-anak fixie pula mengayuh di bandar ada daya tarikan tersendiri. Ada banyak tempat atau bangunan yang menarik. Perkara inilah yang menarik minat anak-anak muda fixie. Dengan menggunakan basikal fixie anak-anak muda boleh mengembara dengan cepat didalam bandar. Jauh lebih cepat jika dibandingan dengan berjalan kaki. Malah, kadang-kadang jauh lebih cepat jika dibandingkan dengan kereta.

Bagi penduduk negara asing yang datang bekerja di Malaysia sebagai buruh dan pembantu kedai, mereka amat senang menggunakan basikal sebagai kenderaan ke tempat kerja. Jauh lebih senang jika dibandingkan dengan menggunaka motosikal. Mereka tidak perlu memiliki lesen dan tiada belanja duit minyak. Tetapi bagi sesetengah penduduk di Malaysia ini, mungkin belum sampai masanya untuk mengayuh ke tempat kerja.

Tetapi 'City Of San Francisco' merancang untuk meningkatkan penggunaan basikal sebagai kenderaan pengangkutan sebanyak 20% menjelang tahun 2020. Adakah kita hendak menunggu den melihat sebelum memulakan perancangan seperti San Francisco atau mahu menunggu 2020 untuk baru mahu mula bertindak. Adakah kita masih seronok bersesak-sesak dengan kereta masing-masing di jalan-jalan bandar. Jika jawapannya adalah TIDAK, mungkin inilah masanya untuk anda membeli basika untuk diri sendiri.

Untuk itu, pihak kerajaan mahu menyediakan satu laluan khas untuk basikal di bandar Kuantan. Sebagai peringkat permulaan Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan dikhaskan pada satu hari sahaja dalam sebulan. Pada hari tersebut penduduk sekitar Kuantan atau sekitar Pahang atau sekitar Malaysia boleh mengayuh pada satu laluan khas dalam bandar Kuantan.

Jika ada keperluan dan sambutan maka Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan dijadikan dua hari sebulan. Jika program ini mendapat sokongan padu pelbagai pihak mungkin Kuantan akan menjadi Bandar Mesra Basikal. Pelancong yang datang ke Kuantan boleh memilih basikal sebagai kenderaan pengangkuta untuk jalan-jalan pusing bandar. Kalau nak diharapkan beca, pengayuhnya dan tak ada, becanya mungkin masih ada lagi. Jadi pilihan lain adalah pelancong kayuh sendiri basikal untuk jalan-jalan pusing bandar. Mungkin pada suatu masa nanti akan ada pula keperluan untuk kayuh basikal tepi sungai atau kayuh basikal tepi pantai.

Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan meliputi Jalan Tanah Puteh, Jalan Mahkota, Jalan Telok Sisik, Jalan Beserah, Jalan Dato' Lim Hoe Lek, Jalan Bukit Ubi, Jalan Penjara dan kembali ke Jalan Tanah Puteh.

Pelancaran Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan diadakan pada:
Tarikh: 23hb. Oktober 2011
Tempat: Padang MPK Hospital
Masa: 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Semua mereka yang berminat untuk mengayuh atau menyokong boleh berkumpul di Padang MPK Hospital. Beberapa acara turut diadakan di padang tersebut.

Kalau ada yang merasa bimbang tentang keselamatan berbasikal dijalan raya anda boleh membaca Tesis Audi Keselamatan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal di Kampus UITM. Tesis ini diusahakan oleh Ros Airien bt Ibrahim yang telah siap pada 23hb April 2007.

20111004

Berbasikal Waktu Malam (Night Ride) 28.10.2011 - Telok Cempedak



Tarikh: 28hb Oktober 2011
Masa: 8.30 malam hingga 10.30 malam
Tempat Mula/Tamat: Dataran Telok Cempedak, Kuantan, Pahang, Malaysia.

Laluan:
Telok Cempedak - Taman Gelora - Jalan Telok Sisik - Pusat Penerangan Pelancongan (hadapan Kompleks Teruntum) - Jalan mahkota - Jalan Telok Sisik - Telok Cempedak

Syarat Penyertaan:
- Terbuka kepada semua peringkat umur
- Terbuka untuk semua jenis basikal ( Cross Country Mountain Bikes, Hardtail Mountain Bikes , Full-Suspension Mountain Bikes , Trail Mountain Bikes, Downhill Mountain Bikes, Freeride Mountain Bikes, Dirt Jump Mountain Bikes, 29ers mountainbike, rode bike, fixie bike, bmx, touring bike, folding bike, Touring bicycles, Hybrid bicycles, Trekking bike, Cross bike, Commuter bike, City bike, Comfort bike, Flat bar road bikes, Utility bicycles, Freight bicycles, Messenger bikes, Time trial bicycles,Triathlon, Track bicycles, Cyclo-cross bicycles, Cruiser bicycles, Cycle rickshaws, Motorized bicycle, electric bicycle, dan lain-lain)
- Atlet negeri dan negara juga dijemput menyertai
- Penyertaan dari agensi dan jabatan kerajaan negeri dijemput.
- Sasaran penyertaan 150 hingga 250 orang.

Beat My Time - Telok Cempedak Downhill Challenge 2011


Tarikh: 27hb hingga 30hb Oktober 2011
Tempat: Trek Downhill Bukit Pelindung
Masa: 10.00 pagi hingga 6.00 petang

Jarak: 1.3 km

Kategori:
1. Elit - pelumba negara atau yang ada rangking UCI
2. Open - semua peringkat umur kecuali elit
3. Master A - 30 tahun hingga 39 tahun
4. Master B - berumur 40 tahun ke atas
5. Zero 2 Five - basikal hardtail yang mempunyai travel 5 inci kebawah
6. Junior - berumur 18 tahun kebawah

Aturcara:
27hb. Oktober 2011
-pendaftaran dan latihan bebas

28hb Oktober 2011
-mengambil goodie dan latahin rasmi.

29hb Oktober 2011
-latihan pagi dan pra kelayakan

30hb Oktober 2011
-perlumbaan akhir dan penyampaian hadiah

Yuran pendaftaran:
-RM60.00

Tarikh Pendaftaran:
-01 Julai 2011 hingga 29 Oktober 2011

Pendaftaran online.

Kerjasama:
Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang, Majlis Perbandaran Kuantan, Tourisam malaysia pahang, Perbadangan kemajuan Bukit fraser (Tourisam Pahang), Pejabat Hutan Daerah Kuantan, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Kuantan, Ibupejabat Polis Kuantan, JPA3, PERHILITAN dan Persatuan Lumba Basikal Negeri Pahang.

Acara sampingan:
1. Kayuhan Malam (Night Ride)
Tarikh: 28hb Oktober 2011
Masa: 8.30 malam hingga 10.30 malam
Tempat Mula/Tamat: Dataran Telok Cempedak

2. Demonstarasi BMX dan Skateboard
Tarikh: 29hb hingga 30hb Oktober 2011
Masa: 12.00 tengahari hingga 10.00 malam
Tempat: Dataran Telok Cempedak

3. Jualan Produk Mountain Bike
Tarikh: 29hb hingga 30hb Oktober 2011
Masa: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Tempat: Dataran Telok Cempedak

4. Persembahan Band dan Muzik Jalanan
Tarikh: 29hb hingga 30hb Oktober 2011
Masa: 2.00 petang hingga 10.00 malam
Tempat: Dataran Telok Cempedak

Karnival Basikal Fixie Pahang 2011

Satu program khas untuk peminat basikal fixie akan diadakan di Kuantan Pahang. Karnival Basikal Fixie Pahang 2011 ini akan menghimpunkan peminat-peminat basikal fixie dari Pahang dan Terengganu. Turut memeriahkan Karnival Basikal Fixie Pahang 2011 adalah pengayuh basikal fixie dari Kuala Lumpur dan juga luar negara.

Program julung kali di Pahang ini adalah satu usaha untuk mendekati anak-anak muda yang sedang dilanda 'demam basikal fixie'. Basikal fixie juga telah menjadi trend terbaru belia di Malaysia. Fiesta Belia Berbasikal 2011 yang telah diadakan sempena Pelancaran Hari Belia Negara 2011 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 28 mei 2011 telah berjaya menarik perhatian pengayuh basikal fixie bahawa mereka juga diberikan perhatian oleh kerajaan.

Semasa Karnival Basikal Fixie Pahang 2011, pelbagai aktiviti akan diadakan kahas untuk peminat basikal fixie. Paling menarik akan diadakan perlumbaan basikal fixie. Perlumbaan ini akan menggunakan format perlumbaan sebenar untuk basikal lumba dan basikal mountainbike.

Ada lima acara perlumbaan akan diadakan antaranya adalah ujian masa individu, kretirium dan lebuhraya. Bagi acara lebuhraya, pengayuh basikal fixie dijangka akan berlumba antara dua daerah iaitu Pekan ke Kuantan.

Acara ini akan berlangsung pada 13, 14 dan 15 November 2011.

Laman Pahang akan sentiasa menyiarkan maklumat terbaru Karnival Basikal Fixie Pahang 2011.

Sama-sama kita nantikan Karnival Basikal Fixie Pahang 2011 Peringkat Antarabangsa:
Tarikh: 13hb. hingga 15hb. November 2011 (Ahad hingga Selasa)
Tempat: Hadapan Stadium Darul Makmur Kuantan

(Ada yuran penyertaan dikenakan)

20111003

Ping 3.10.2011

weblogs.com - Ping sent
syndic8.com - Error
feedburner.com - Error
blo.gs - Ping sent
blog.goo.ne.jp - Error
blogpeople.net - Ping sent
newsgator.com - Ping sent
blogsearch.google.com - Ping sent
wasalive.com - Error
api.my.yahoo.co.jp - Ping sent
audiorpc.weblogs.com - Ping sent
blogpeople.net - Ping sent
blogsearch.google.ae - Ping sent
blogsearch.google.at - Ping sent
blogsearch.google.be - Ping sent
blogsearch.google.bg - Ping sent
blogsearch.google.ca - Ping sent
blogsearch.google.ch - Ping sent
blogsearch.google.cl - Ping sent
blogsearch.google.co.cr - Ping sent
blogsearch.google.co.hu - Ping sent
blogsearch.google.co.id - Ping sent
blogsearch.google.co.il - Ping sent
blogsearch.google.co.in - Ping sent
blogsearch.google.co.it - Error
blogsearch.google.co.jp - Ping sent
blogsearch.google.co.ma - Ping sent
blogsearch.google.co.nz - Ping sent
blogsearch.google.co.th - Ping sent
blogsearch.google.co.uk - Ping sent
blogsearch.google.co.ve - Ping sent
blogsearch.google.co.za - Ping sent
blogsearch.google.com.ar - Ping sent
blogsearch.google.com.au - Ping sent
blogsearch.google.com.br - Ping sent
blogsearch.google.com.co - Ping sent
blogsearch.google.com.do - Ping sent
blogsearch.google.com.mx - Ping sent
blogsearch.google.com.my - Ping sent
blogsearch.google.com.pe - Ping sent
blogsearch.google.com.sa - Ping sent
blogsearch.google.com.sg - Ping sent
blogsearch.google.com.tr - Ping sent
blogsearch.google.com.tw - Ping sent
blogsearch.google.com.ua - Ping sent
blogsearch.google.com.uy - Ping sent
blogsearch.google.com.vn - Ping sent
blogsearch.google.com - Ping sent
blogsearch.google.de - Ping sent
blogsearch.google.es - Ping sent
blogsearch.google.fi - Ping sent
blogsearch.google.fr - Ping sent
blogsearch.google.gr - Ping sent
blogsearch.google.hr - Ping sent
blogsearch.google.ie - Ping sent
blogsearch.google.in - Error
blogsearch.google.it - Ping sent
blogsearch.google.jp - Ping sent
blogsearch.google.lt - Ping sent
blogsearch.google.nl - Ping sent
blogsearch.google.pl - Ping sent
blogsearch.google.pt - Ping sent
blogsearch.google.ro - Ping sent
blogsearch.google.ru - Ping sent
blogsearch.google.se - Ping sent
blogsearch.google.sk - Ping sent
blogsearch.google.tw - Error
blogsearch.google.us - Ping sent
yandex.ru - Ping sent
fc2.com - Ping sent
kutsulog.net - Error
myblog.jp - Ping sent
wordblog.de - Error
bloggerei.de - Error
blogrolling.com - Error
icerocket.com - Error
pingomatic.com - Ping sent
livedoor.com - Ping sent
technorati.com - Error
twingly.com - Ping sent
blogpeople.net - Ping sent
zhuaxia.com - Ping sent

Karnival IKIP 2011

(sumber logo: fhlogo.blogspot.com)

Sempena Majlis Konvokesyen IKIP 2011, akan diadakan pelbagai aktiviti pada:
Tarikh: 8 Oktober 2011 (Sabtu)
Tempat: Kampus IKIP 3, Taman Gelora
Masa: 7.00 pagi hingga 2.00 petang

Acara:
1. Senamrobik
2. Pertandingan Bakat Cilik
Terbuka untuk kanak-kanak 12 tahun kebawah. Tarian, Nyanyian, Deklamasi Sajak, Silap Mata, Bercerita dan lain-lain. Yuran penyertaan RM10.00. BORANG.

3. Pertandingan Melukis
Kategori 7 tahun hingga 12 tahun. Yuran penyertaan RM10.00. BORANG.

4. Pertandingan Mewarna
Kategori 5 tahun hingga 6 tahun. Yuran penyertaan RM10.00. BORANG.

5. Pertandingan Fotografi
Kategori terbuka, pelajar IKIP, pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Yuran penyertaan RM10.00. BORANG.

6. Ivory Run 2011 'Larian Merentas Jambatan Tanjung Lumpur 7 km"

KATEGORI
Lelaki vateran - 40 tahun keatas
Wanita vateran - 40 tahun keatas
Lelaki terbuka - 18 tahun hingga 39 tahun
Wanita terbuka - 18 tahun hingga 39 tahun
Ramaja lelaki - 13 tahun hingga 17 tahun
Ramaja perempuan - 13 tahun hingga 17 tahun
Kanak-kanak - 6 tahun hingga 12 tahun

HADIAH ikut kategori
Johan - wang tunai + sijil + madel
Naib johan - wang tunai + sijil + madel
Ketiga - wang tunai + sijil + madel
ke4 hingga 10 - wang tunai + sijil + madel

Syarat- syarat Penyertaan
4.1 Terbuka kepada semua penduduk yang tinggal di daerah Kuantan dan kawasan-kawasan yang berhampiran.
4.2 Peserta hanya dibenarkan mendaftar untuk satu kategori mengikut kelayakanumur yang telah ditetapkan.
4.3 Peserta yang ingin menyertai kejohanan ini mestilah berada dalam keadaan sihatdan cergas, tidak mengalami gangguan kesihatan yang boleh memudaratkanpeserta itu sendiri.
4.4 Peserta yang mempunyai masalah kesihatan atau penyakit yang telah disahkanoleh doktor adalah DILARANG sama sekali bagi menyertai perlumbaan ini.
4.5 Pihak Penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB sekiranya terjadisebarang masalah kesihatan semasa perlumbaan seperti pengsan atau melibatkankehilangan nyawa.
4.6 Wang Penyertaan tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri atautidak hadir pada hari perlumbaan

Untuk download borang sila klik link berikut:
Borang Ivory Run 2011.

Baju T untuk 500 penyertaan yang terawal mendaftar.

Untuk pertanyaan sila hubungi urusetia karnival ikip 2011:
Wan Zarifah 013 951 9456
Nur Akma 017 952 0807
Ema 013 960 6413

Borang yang lengkap hendaklah dikembalikan ke alamat:
Urusetia Karnival IKIP
IKIP International College
Kampus Taman Gelora
25050 KUANTAN
Tel:09 567 8999
Faks: 09 567 7999

Turut diadakan semasa karnival ikip 2011 adalah pameran motosikal retro dan pertunjukan 'drift'.