-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20100622

Pertandingan Foto Warisan 2010

Lagi satu pertandingan fotografi. Pertandingan Foto Warisan 2010 ini dianjurkan oleh Jabatan Warisan Negara Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Tema yang diberikan adalah "WARISAN 1MALAYSIA". Tarikh tutup penyertaan adalah pada 29hb. Oktober 2010.

Borang penyertaan boleh didapati dilink dibawah:
http://www.kpkk.gov.my/pdf/foto.pdf
atau
http://www.warisan.gov.my/images/stories/pertandingan/foto.pdf

Selain itu pertandingan ini ada dipromosikan di Sinar FM [http://www.sinar.fm/oap/infozone_v3/sinar/inside.asp?i=23203]

Apa gambar yang nak difokuskan? Gambar yang nak ditangkap, perlu ada ciri-ciri: Tapak Warisan atau Warisan Ketara atau Warisan Tak Ketara atau Warisan Semula Jadi. Empat ciri tersebut perlu digabungkan dengan ciri-ciri Satu Malaysia. Baru dapat menghasilkan gambar 'Warisan Satu Malaysia'.

Kalau nak lebih luas lagi, kena gabung jalin dengan ciri-ciri:
1. TAPAK WARISAN (ada 12)
2. OBJEK WARISAN (ada 218)
3. ORANG HIDUP (ada 5)

Antara objek yang menarik adalah "Lukisan Pendayung Rakit di Sungai Pahang, George Giles (1885)". Ini boleh jadi subjek yang menarik untuk masuk pertandingan 'Warisan Satu Malaysia'

Orang yang meminati sejarah dan meminati fotografi amat sesuai untuk cuba-cuba lapangkan masa menyertai pertandingan ini. Bukan untuk orang lain saja tetapi untuk mendalami minat dan bakat yang ada.

No comments: