INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20111005

Laluan Basikal untuk bandar Kuantan (Town Ride)


PINDAAN TARIKH: 9.10.2011 (Ahad)
-------------------------------------------------------
Pelancaran Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan (Town Ride)
akan diadakan pada:
Tarikh: 23hb. Oktober 2011 (Ahad)
Tempat: Padang MPK Hospital
Masa: 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Anjuran: Pelancongan Pahang

Mengayuh basikal di bandar terutama bandar Kuantan bukan suatu aktiviti yang mudah dilakukan. Kadang-kadang naik motosikal pun bukan semua orang berani. Apatah lagi mengayuh basikal. Melihatkan kenderaan seperti kereta, lori, van dan motosikal yang bertali arus bukanlah suatu perkara yang menyeronokkan untuk pengayuh basikal malah ada yang amat ngeri untuk mengayuh seiring dengan pelbagai kenderaan yang bertali arus.

Ibu bapa juga ada yang merasa bimbang jika anak-anak mereka mengayuh di bandar. Tetapi bagi anak-anak fixie pula mengayuh di bandar ada daya tarikan tersendiri. Ada banyak tempat atau bangunan yang menarik. Perkara inilah yang menarik minat anak-anak muda fixie. Dengan menggunakan basikal fixie anak-anak muda boleh mengembara dengan cepat didalam bandar. Jauh lebih cepat jika dibandingan dengan berjalan kaki. Malah, kadang-kadang jauh lebih cepat jika dibandingkan dengan kereta.

Bagi penduduk negara asing yang datang bekerja di Malaysia sebagai buruh dan pembantu kedai, mereka amat senang menggunakan basikal sebagai kenderaan ke tempat kerja. Jauh lebih senang jika dibandingkan dengan menggunaka motosikal. Mereka tidak perlu memiliki lesen dan tiada belanja duit minyak. Tetapi bagi sesetengah penduduk di Malaysia ini, mungkin belum sampai masanya untuk mengayuh ke tempat kerja.

Tetapi 'City Of San Francisco' merancang untuk meningkatkan penggunaan basikal sebagai kenderaan pengangkutan sebanyak 20% menjelang tahun 2020. Adakah kita hendak menunggu den melihat sebelum memulakan perancangan seperti San Francisco atau mahu menunggu 2020 untuk baru mahu mula bertindak. Adakah kita masih seronok bersesak-sesak dengan kereta masing-masing di jalan-jalan bandar. Jika jawapannya adalah TIDAK, mungkin inilah masanya untuk anda membeli basika untuk diri sendiri.

Untuk itu, pihak kerajaan mahu menyediakan satu laluan khas untuk basikal di bandar Kuantan. Sebagai peringkat permulaan Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan dikhaskan pada satu hari sahaja dalam sebulan. Pada hari tersebut penduduk sekitar Kuantan atau sekitar Pahang atau sekitar Malaysia boleh mengayuh pada satu laluan khas dalam bandar Kuantan.

Jika ada keperluan dan sambutan maka Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan dijadikan dua hari sebulan. Jika program ini mendapat sokongan padu pelbagai pihak mungkin Kuantan akan menjadi Bandar Mesra Basikal. Pelancong yang datang ke Kuantan boleh memilih basikal sebagai kenderaan pengangkuta untuk jalan-jalan pusing bandar. Kalau nak diharapkan beca, pengayuhnya dan tak ada, becanya mungkin masih ada lagi. Jadi pilihan lain adalah pelancong kayuh sendiri basikal untuk jalan-jalan pusing bandar. Mungkin pada suatu masa nanti akan ada pula keperluan untuk kayuh basikal tepi sungai atau kayuh basikal tepi pantai.

Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan meliputi Jalan Tanah Puteh, Jalan Mahkota, Jalan Telok Sisik, Jalan Beserah, Jalan Dato' Lim Hoe Lek, Jalan Bukit Ubi, Jalan Penjara dan kembali ke Jalan Tanah Puteh.

Pelancaran Laluan Basikal Untuk Bandar Kuantan akan diadakan pada:
Tarikh: 23hb. Oktober 2011
Tempat: Padang MPK Hospital
Masa: 7.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Semua mereka yang berminat untuk mengayuh atau menyokong boleh berkumpul di Padang MPK Hospital. Beberapa acara turut diadakan di padang tersebut.

Kalau ada yang merasa bimbang tentang keselamatan berbasikal dijalan raya anda boleh membaca Tesis Audi Keselamatan Pejalan Kaki dan Penunggang Basikal di Kampus UITM. Tesis ini diusahakan oleh Ros Airien bt Ibrahim yang telah siap pada 23hb April 2007.

No comments: