INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120425

10 Raja Ali/ Hulubalang Ali/ Tengku Ali/ Tok Sharom/ Tok Perah

Cerita 10
Raja Ali/ Hulubalang Ali/ Tengku Ali/ Tok Sharom/ Tok Perah.

Cerita ini ada memeningkan, kena faham dan berhati-hati jangan sampai mengelirukan akal.

Berginilah lebihkurang ceritanya;

Asal dia yang sebenarnya dari Melaka, telah meninggalkan Melaka atas sebab (atas sebab, itu satu cerita lain, tidak akan diceritakan, maaf).selepas lama menghilangkan diri ,ditemukan orang yang mencarinya di Pahang selepas dia mengaku kepada orang yang membawa keris miliknya yang ditinggalkan di Melaka(keris itu adalah penunjuk sebagai saksi dan bukti). Dia tidak kembali ke Melaka lagi selepas itu dan terus bermukim di Pahang.

Disebaliknya, dia pergi ke Daik dan menjadi hulubalang Raja Daik.disana dia telah dicabar oleh raja daik untuk menawan Pahang.

Dengan dua kapal, satu diketuai oleh hulubalang daik yang diarah menyerang dan menawan johor dan satu diketuai oleh dia yang berhajat menawan Pahang selepas dicabar raja daik. Semasa memasuki Pahang, dia telah mendapat tentangan dari orang Pahang, di karak dan tentangan ini menyebabkan dia mengalami kekalahan dan dia telah berundur menyuruk di kawasan hutan tasek bera. Dikawasan hutan tasek bera ini ramai diantara askarnya yang mati kerana serangan nyamuk dan penyakit, dengan itu dia membuat keputusan berdamai” dari bermusuh lebih baik berbaik-baik dan berkawan dengan orang Pahang. “

Dikatakan dia telah bermukim sementara di bukit segumpal, berkhawin disana tetapi tidak lama kemudian dia meninggalkan keluarganya (ditemukan dik pencari dari Melaka)dan pindah bermukim kehulu Pahang(lipis@raub) dan berkhawin pula disana kali kedua…………….waallahualam.

**Hakikat takabbur dan bahayanya

Ketahuilah, bahawasanya sifat takabbur itu terbahagi dua:

1)takabbur batin, iaitu pekerti diri yang digerakkan oleh hati.
2)takabbur lahir, iaitu gerak-geri badan yang ditimbulkan oleh anggota.

Maksud hadis saw.
“takabbur itu ialah menolak kebenaran dan menghinakan orang.”

Maksud firman(al-baqarah:206)
“apabila dikatakan kepadanya: takutilah allah! Ia lalu dipengaruhi oleh kemegahan yang membawanya kepada dosa, memadailah neraka jahanam (sebagai balasannya).”

1 comment:

pok dogo said...

assalamualaikum. siapa pula bapa raja ali.? boleh sertakan susur galur nya dari atas.