INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120420

9 Sultan Ahmad (Budu) dengan tiga orang pencuri di Brunai

Cerita 9
Sultan Ahmad (Budu) dengan tiga orang pencuri di Brunai.

Cerita ini selepas dari peperangan dengan batin budu yang zalim.

Ceritanya lebih kurang bergini;

Di Brunai pada masa itu telah dipermainkan oleh tiga orang pencuri yang mempunyai ilmu yang tinggi (sihirke@pukauke tak tahulah).tiada orang atau pamglima raja brunai yang dapat menangkap mereka. Maka diistiharkan kepada orang ramai akan perkara itu,” barang siapa dapat menangkap akan pencuri ini akan diberi hadiah dan anugerah.” Perkhabaran yang tersebut telah dibawa sampai kepahang dan telah didengari oleh siraja dan dia telah menerima tawaran untuk menangkap pencuri di brunai itu. Katanya,”tiada salahnya mencuba kerana ianya tidak merugikan.”

Siraja berlayar ke brunai bersama wakil Brunai yang sampai dipahang dengan perkhabaran.

Sesampainya di brunai siraja menyiapkan perkakasan untuk menangkap tiga pencuri itu, (cara dia manangkap tiga pencuri itu, itu satu cerita lain dan tidak akan diceritakan, maaf).

Selepas tertangkapnya tiga pencuri itu, lalu dibawa kehadapan sultan brunai. Maka dihukumlah tiga orang pencuri itu oleh sultan Brunai.

Siraja yang telah menangkap pencuri tiga orang itu telah diberi hadiah dan diberi pilihan untuk mengkhawini antara puteri-puteri dibrunai. Siraja memilih anak memanda menteri untuk dijadikan isteri kerana dengan itu siraja tidak perlu menetap dibrunai (itu sebab dia tidak berkhawin dengan puteri sultan brunai). Siraja telah kembali kepahang bersama isterinya dan dikatakan dia dan isterinya bermukim dikawasan hulu tembeling@ kuala tahan. Siraja bersama isteri brunainya tidak mempunyai waris zuriat………waallahualam.

**Maksud firman(Ibrahim:1)

“INILAH KITAB YANG KAMI TURUNKAN KEPADA ENGKAU SUPAYA ENGKAU MENGELUARKAN MANUSIA DARI KEGELAPAN KEPADA CAHAYA YANG TERANG, DENGAN IZIN TUHAN MEREKA KEPADA JALAN TUHAN, YANG MAHA KUASA DAN TERPUJI.”

Maksud firman(al-an”am:50)

“BUKANKAH TIDAK SAMA ORANG-ORANG YANG BUTA, DENGAN ORANG-ORANG YANG MELIHAT?, TIDAKKAH KAMU MAHU MEMIKIRKAN?”

Maksud firman(al-baqarah:266)

“DEMIKIANLAH ALLAH MENYATAKAN KEPADAMU KETERANGAN-KETERANGAN SUPAYA KAMU MEMIKIRKAN!”

Maksud firman(ya sin:62)

“TIDAKKAH KAMU MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN?”

Berma”rifah dengan fikiran

Wahyu atau kitab suci yang diturunkan Allah hanya dimengertikan oleh orang yang mempunyai fikiran. Oleh kerana itulah Allah memperlengkapi manusia dengan “alat fikiran” yang dengannya dapat memahami kitabullah dengan baik.

Jika kitabullah ituadalah dalil yang tersurat, maka hikmat kebijasanaan adalah jalan untuk mengenal pula yang tersirat dibalik yang tersurat itu.

Oleh kerana itulah, maka anugerah Allah berupa fikiran dan kasanggupan menggunakannya hendaklah dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk meningkatkan ma”rifah kepadaAllah..

Misalnya; gunung-gunung yangterpancang teguh, awan yang terbentang, pepohonan yang rimbun, semua itu merupakan dalil alamiah yang kongkrt bagi fikiran untuk mengenal pencipta yang maha pandai dan maha bijaksana.

1 comment:

Mazru Majid said...

dalil baharu sekalian alam :)