INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120505

12 Chief of Qadi Ibrahim bin Qadi Ahmad

Cerita 12
Chief of Qadi Ibrahim bin Qadi Ahmad (dari buku Sejarah Islam Pahang Berhala Gantang)

Ceritanya lebihkurang bergini;

Qadi Ibrahim semasa itu adalah ketua qadi Pahang. Dia berulang alik diantara temerloh dan pekan dan dimasa itu inggeris telah menguasai sepenuhnya negeri Pahang.

Pada suata masa, anak residen inggeris dipahang telah mati dan dipahang pada masa itu tiada padri kristian. jadi upacara mengikut cara kristian tidak dapat dijalankan bagi pengkebumian anaknya,yang ada hanya di singapura dan pulau pinang sahaja dan perjalanannya jauh serta susah. Oleh itu residen Pahang telah meminta tolong kepada sultan Pahang pada masa itu ,untuk dijalankan upacara pengkebumian mengikut cara melayu islam. Permintaan residen itu menyebabkan sultan dan orang besar Pahang tidak keharuan dibuatnya. Semasa itu qadi Ibrahim tiada di pekan dan orang besar lain tidak berani serta tidak tahu bagaimana nak menguruskan hal sebegini dan dengan itu mereka menanti qadi Ibrahim kembali bagi menguruskan hal yang tersebut.

Sekembalinya qadi kepekan ,pengurusan tersebut pun dijalankan. Dalam urusan itu, Qadi telah meletakkan jenazah anak residen Pahang disebelah belakang orang yang bersembahayang dan bukan nya dihadapan (seperti lazimnya dilakukan keatas jenazah orang islam). Selepas selesai, residen Pahang pun bertanya kapada qadi Ibrahim kerana dia merasa pelik, sebab tidak dilakukan seperti kebiasaan nya,ditanya oleh residen inggeris,”kenapa anaknya diletak disebelah belakang dan bukan dihadapan,”

Maka dijawab oleh qadi Ibrahim dengan selambanya,”anak tuan sebelum ini tak reti sembahayang, jadi biarlah dia mengikut kami sembahyang, maka terpaksalah letak dibelakang supaya mudah dia mengikut kami, anak orang islam mereka dah biasa sembahyang maka taka pa kami ikut dia.” Maka selesai lah satu masalah yang memeningkan dipahang yang menggunakan kemahiran akal fikiran secara logika…………….waallahualam.

***KETURUNAN TOK ISMAIL@ HJ. ISMAIL BANGAU@ TOK BANGAU HJ. ISMAIL BUGIS (1500)

ADA RAMAI ANAKNYA ,TETAPI JURAI YANG DIBENTANGKAN INI ADALAH JURAI TOK@TUN TUAN

TOK ISMAIL BUGIS+ ISTERI?

JURAI:MADIAH+tuk sahibudid berhala gantang.

*JURAI ;TOK@TUN TUAN>?>haji bakar>khatib budin (tok Pentara Pahang)>(anak-anaknya;J1,J2,J3,J4,J5).
J1;hj mahmud.
J2;hj yunus.
J3;hj talib>rahman(menteri)>fauzi.>noraini.
J4;hj mat seh>tan seri yahya(mb Pahang)>dato bahari (ydp temerloh).>anuar.>halim.
J5;hj awang.

5 comments:

Mazru Majid said...

salam laman Pahang dan Neguai..

saya tertanye2 siapekah Tok Tanjung itu?(out topik)

Mazru Majid said...

Apekah benar tok tanjung tu duduk di kawasan Kertau te?sbb ramai sangat waris nye di sebelah Bera ni lah..jika ade ruang utk laman Pahang dan neguai selitkan sejarah tok tanjung tu disini satu hari nanti insyaAllah.

Laman Pahang said...

Mungkin Tok Tanjung adalah Wan Tanjung dari Maharaja Perba Jelai. Bila berlaku krisis Wan Tanjung Wan Chik, Tok Tanjung lari ke Bera. Nak lari ke Lipis bimbang ada yang berbalas.

Mungkin juga Tok Tanjung Sekebun Bunga adalah orang yang sama. Kuburnya dikatakan ada di Pekan.

Mungkin krisisnya seperti dalam blog rajaperbajelai.blogspot:

"Bila Tok Raja Wan Muhammad meninggal dunia. Waris seterusnya adalah Wan Tanjung iaitu kekanda Wan Chik.

Namun takhta bukanlah hajatnya. Diserahkan pada adindanya Wan Chik untuk menyambung warisan Tok Raja Wan Muhammad. Malang tidak berbau, enggang lalu rantin patah, ajal Wan Chik tidak lama selepas menjadi Tok Raja. Dikononkan Wan Tanjung meracun adindanya "Dek kerana takhta terkorban nyawa".

Fitnah ini tiada bukti, maka tiadalah hukuman ke atas Wan Tanjung. Maka berpindah jugalah pangkat Tok Raja kepada Wan Tanjung. Jadilah Wan Tanjung Tok Raja seterusnya. Namun begitu mungkin ada yang masih menyimpan dihati."

Encik Mazru perlu sahkan sendiri cerita ini, kami hanya kumpul apa kata orang. Boleh bertanya kepada orang Tebing Tinggi atau Keluarga Hamzah Abu.

Mazru Majid said...

Terima kasih laman pahang sudi membuka sedikit intro utk saya jdkan titik tolak permulaan utk meneruskan pencarian...

dari susur galur Tok Tanjung yang setau saya,bahawa almarhum Tok Tanjung itu punye anak lelaki bernama Omar..

Omar lemudian tertulis disini ade 3 org anak nya iaitu

Abd Rahim,Ali dan Abd Rahman..

Wallahualam...

InsyaAllah sy akan cube mencari setakat termampu..

apepun terima kasih kepada Laman Pahang dan Neguai.

Anonymous said...

mazrun majid;...bagi soalan tuan berkenaan tok tanjung,,,

dia adalah susur keturunan pupu 40 minang kabau@pupu 40 seri menanti. dan harus menyusun mengikut susunan rao diraub... sila rujuk kepada pak subari dan tengku puji[raub]. namanya ...maaf tidak dapat disebutkan disini.