INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120611

Bagaimanakah migrasi orang RAWA?

Bagaimanakah migrasi orang RAWA?

1.Orang dari Pahang yang pergi ke Sumatra dan kemudian berhijrah balik ke Pahang.

2.Migrasi awal (tua) ke Pahang selepas no 1. Penempatan dari ulu lipis hingga ke pekan disepanjang sungai Pahang.

3. Migrasi kemudian sebab berdagang dan penjajahan. Bagi keturunan kita,dari no 1 dan no 2. Sebab tulah takde seorangpun keturunan kita yang tau cakap bahasa Rawa. Semua cakap lograt Pahang’ yang ada lebih 25 lograt tempatan. Cuba fikir orang  Guai dah lain lograt dengan  orang Kuala Triang. Tu menunjukkan berapa lamanya keturunan kita menetap di Pahang.

4. Dalam kelompok yang ramai kerana kalah dan penyerahan kuasa secara aman disebabkan pertikaian keluarga disumatra , yang menang menggelarkan diri sebagai orang [puak] minang kabau [yang memerintah di tanah Sumatra hingga sekarang ini] dan yang kalah pula telah berpindah ketanah melayu [teutamanya di Pahang] dan itulah kumpulan rawa kedua. Dari pemerintahan raja melukut yang berpindah bersama – sama kerajaan dan bala tenteranya serta semua pengikut-pengikutnya.

5. Dari orang rawa dari minang kabau yang untuk menyelamatkan tahta kerajaan seri menanti [negeri Sembilan] mereka ini adalah keturunan raja minang kabau [hulubalang] mereka ini digelar [dikenali sebagai] pupu 40 seri menanti atau pupu 40 minangkabau. Apabila selesai urusan di seri menanti, mereka ini tidak kembali ke tanah minang tetapi telah bermukim rata ditanah melayu terutamanya di Pahang. Salah seorangnya ialah tenku umbak atau [tok ombok, maharaja ombak] gelaran dipahang.

6. Dari orang rawa/ minang [kaum agama]  yang melarikan diri [menyelamatkan diri] dari perang paderi ditanah minangkabau , ianya diantara kaum adat dengan kaum agama walaupun mereka ini adalah sedarah sedaging [bersaudara]. Mereka ini menggelar diri mereka RAO.

7. Adalah dari golongan  berdagang , mencari penempatan baru untuk bermukim dan datang mencari serta melawat saudara mara dipahang dan kemudiannya terus menetap [tidak pulang ketanah minangkabau].

Mereka –mereka ini telah bergabung dan menjadi entity atau masyarakat dan penduduk bumi Pahang hingga kepada yang ada sekarang.

No comments: