Bagaimanakah migrasi orang RAWA?
1.Orang dari Pahang yang pergi ke Sumatra dan kemudian berhijrah balik ke Pahang.
2.Migrasi awal (tua) ke Pahang selepas no 1. Penempatan dari ulu lipis hingga ke pekan disepanjang sungai Pahang.
3. Migrasi kemudian sebab berdagang dan penjajahan. Bagi keturunan kita,dari no 1 dan no 2. Sebab tulah takde seorangpun keturunan kita yang tau cakap bahasa Rawa. Semua cakap lograt Pahang’ yang ada lebih 25 lograt tempatan. Cuba fikir orang Guai dah lain lograt dengan orang Kuala Triang. Tu menunjukkan berapa lamanya keturunan kita menetap di Pahang.
4. Dalam kelompok yang ramai kerana kalah dan penyerahan kuasa secara aman disebabkan pertikaian keluarga disumatra , yang menang menggelarkan diri sebagai orang [puak] minang kabau [yang memerintah di tanah Sumatra hingga sekarang ini] dan yang kalah pula telah berpindah ketanah melayu [teutamanya di Pahang] dan itulah kumpulan rawa kedua. Dari pemerintahan raja melukut yang berpindah bersama – sama kerajaan dan bala tenteranya serta semua pengikut-pengikutnya.
5. Dari orang rawa dari minang kabau yang untuk menyelamatkan tahta kerajaan seri menanti [negeri Sembilan] mereka ini adalah keturunan raja minang kabau [hulubalang] mereka ini digelar [dikenali sebagai] pupu 40 seri menanti atau pupu 40 minangkabau. Apabila selesai urusan di seri menanti, mereka ini tidak kembali ke tanah minang tetapi telah bermukim rata ditanah melayu terutamanya di Pahang. Salah seorangnya ialah tenku umbak atau [tok ombok, maharaja ombak] gelaran dipahang.
6. Dari orang rawa/ minang [kaum agama] yang melarikan diri [menyelamatkan diri] dari perang paderi ditanah minangkabau , ianya diantara kaum adat dengan kaum agama walaupun mereka ini adalah sedarah sedaging [bersaudara]. Mereka ini menggelar diri mereka RAO.
7. Adalah dari golongan berdagang , mencari penempatan baru untuk bermukim dan datang mencari serta melawat saudara mara dipahang dan kemudiannya terus menetap [tidak pulang ketanah minangkabau].
Mereka –mereka ini telah bergabung dan menjadi entity atau masyarakat dan penduduk bumi Pahang hingga kepada yang ada sekarang.
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
No comments:
Post a Comment