-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20120613

Kubur lama di kawasan Bera, Pahang

1. Kg Tok Mengkarak 1@ Nur Bayan@Tok Kebayan}Ditebing Bukit Chelani (Tepi Sungai Pahang Mengkarak:

2. Tok Mengkarak 2@Nur Qudim}Dikawasan Perkuburan Kg Mengkarak, sebelah masjid. Kubur Orang Kaya Indera Segara Temerloh 5 generasi

3. Tok Antong (Pupu Tok Mengkarak 2), Tok Shahbandar, Mangku Imam Kasim, Panglima Maman, Haji Tahir@Orang Kaya Indera Sengara Semantan}Dikawasan Perkuburan Kg Mengkarak.

4. Kg Paya Hitam Telok, Seberang Kuala Triang: Tok Panjang, Tok Subuh, Tok}Kubur Lama Di Telok.

5. Kg Batu Bo: Tok Bo}Dikaw Kubur Lama Kg Batu Bo.

6. Kg Bohor: Tok Midun}Dikawasan Kubur Lama(Keluarga)Kg Bohor.

7. Tasik Bera: Sultan Mahmud@(Mangkat Dijulang)}Dikawasan Ulu Tasik Bera.

8. Kg Jelam:Tun Jenal}Dikawasan Seberang Jelam, Suji Dibilang}Dikawasan Tanjung Belengu (Tepi Sungai Belengu).

9. Kg Seberang Guai: Seri Buana}Dikawasan Tanjung Menuang@Benuang.

10. Kg Guai: Hassan Bin Zainal Abidin(Kerajaan Kepayat Negara,Champa), Mangku Nekman, Peli Mamat (Pendekar Penghantar Ufti Pahang Ke Raja Siam)Dikawasan Kubur Kg Guai.

11. Kg Batu Papan: Hang Nadim(Berkhawin Dengan Kerabat Tok Mengkarak 1)}Dikawasan Sg Chueh.

12. Kuala Triang: Wan Ahmad(Chenor)} Dikawasan Bawah Jambatan Kuala Triang.

13. Kg Durian Tawar Bera, Kubur Tok Jambi dan Seri Kampung. (21022012)

14. Kampung Lebak Seberang: Kubur Imam Tok Matain. Pada batu nisannya ada ditulis 'Ain na fatah na kun faya kun'. Ada oran pernah mengambil batu nisan tersebut dan membawa balik kerumah. Batu nisan tersebut merayu supaya 'pulangkan aku balik' berulang. (26042012)

kemaskini:26.4.2012 - 11.12.2012

3 comments:

Paka said...

kg Tok Langit nama lama kg seberang guai...koi tak penoh dengor pon seri buana...entohlaa...kubur mengkarok sebelah masjid tu koi besa laa...

kome ngutip duit jeman kenik2 dulu...aasa ari raya... menderu ke kubor...beh ngat...terang kubor takyoh mesin daa...

kala kubor guai tu...kome kena menyemerang...tokki koi banyok dikebumi disana...kubor bukit keledang ngan kubor mengkarok hak dekat ngan umoh kome...

. said...

Tuan Paka.
Terima kasih kerana berkongsi cerita. Mungkin ada rodong yang boleh menambah.

Anonymous said...

salam, tuanpuan.


kubur orang kaya haji atau haji daud,berada di kawasan kuala bera.

dan seri buana itu nama gelaran,nama sebenarnya lain. seri buana itu nama dari kisah mitos yang seseorang mengguna pakai sebagai gelarannya.