INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140210

Pertemuan Waris Pagar Ruyung Raub dengan Raja Alam Pagar Ruyung Sumetara. (1)

Sember gambar: royalark.net

Mengimbas kembali wujudnya waris diraja Pagar Ruyung di Raub, ia berlaku sekitar akhir abad ke-18 ketika bantuan tentera yang diberikan oleh Yang Dipertuan Padang Unang, Sumatera iaitu Tengku Khairul Alam kepada Pahang sewaktu negeri itu berperang dengan Perak.

SEMBER GAMBAR: royalark.net

Katanya, Padang Unang ketika itu bernaung di bawah kekuasaan Raja Pagar Ruyung dan permintaan Pahang untuk mendapatkan bantuan ketenteraan itu telah diperkenankan oleh baginda.

Menurutnya, dengan bantuan Tengku Khairul Alam, Pahang memenangi peperangan itu dan sebagai membalas jasa, Sultan Pahang telah mengurniakan kawasan di Raub bermula di Gesing, Sengkla, Semantan dan Kampung Pintu Padang bagi membuka penempatan baru.

Jelasnya, peranan waris diraja Pagar Ruyung di dalam politik Pahang tidak berakhir begitu sahaja sebaliknya Sultan Pahang telah melantik cucu Tengku Khairul Alam iaitu Tengku Kudin sebagai Tengku Lela Pahang yang pertama.

Pada  16 hb. Julai 2003 bersamaan 16 hb Jamadil Awal 1424 Hijrah,  pertemuan bersejarah yang menghimpunkan waris keturunan Raja Alam Pagar Ruyung, Sumatera Barat yang berada di Malaysia dan Indonesia diadakan di Kampung Pintu Padang, Raub, Pahang baru-baru ini.

Majlis diadakan di rumah Datuk Tengku Mustapha Tengku Seti, dengan dihadiri waris keturunan dari Indonesia seramai 37 orang diketuai oleh Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung, Sultan Muhammad Taufiq Thaib.

Pertemuan itu juga sempena sambutan hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang juga berasal dari keturunan yang sama.

Datuk Tengku Mustapha Tengku Seti, 65, merasakan pertemuan itu merupakan yang pertama kali diadakan secara rasmi sejak keturunan Raja Alam Pagar Ruyung berhijrah dan menetap di daerah Raub lebih 200 tahun lalu.

Pertemuan ini adalah yang paling bersejarah kerana dapat berkenalan lebih rapat dan mengetahui lebih lanjut perkembangan keturunan asal Raja Alam Pagar Ruyung di Indonesia yang merupakan generasi ke lima keturunan Pagar Ruyung.

Waris keturunan Pagar Ruyung yang tinggal di sekitar Raub, kini telah sampai kepada  generasi ketujuh dan telah disahkan oleh pihak berkuasa Indonesia pada tahun 2001.

Pertemuan dua hari ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti sebelum rombongan bertolak ke Seremban bagi meraikan hari keputeraan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

Antara aktiviti sepanjang dua hari itu ialah majlis suai kenal, tahlil dan menziarahi makam-makam yang dikenal pasti sebagai makam-makam anak raja Pagar Ruyung yang terdapat di sekitar Raub dan Kuala Lipis.

Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung, Sultan Muhammad Taufiq Thaib dari generasi ke 33 turut melahirkan rasa gembira kerana dapat bertemu waris keturunan Pagar Ruyung di Malaysia yang sebelum ini hanya didengar melalui khabar dari mulut ke mulut sahaja.

Pertemuan itu telah mengesahkan anggapan mereka sebelum ini bahawa keturunan Raja Alam Pagar Ruyung berada dan menetap di beberapa negeri di Malaysia termasuk di Pahang.

Ini adalah pertemuan yang paling lengkap berbanding beberapa pertemuan kecil sebelum ini dan kali terakhir Daulat Yang Dipertuan Raja Alam Pagar Ruyung, Sultan Muhammad Taufiq Thaib datang ke Malaysia ialah pada Januari 2013. Kini ternyata keturunan Raja Alam Pagar Ruyung  berada di serata tempat.

Melalui pertemuan seperti itu, hubungan zuriat daripada keturunan yang sama yang terputus sejak sekian lama akan dapat bersambung kembali dan menjadi lebih rapat walaupun terpisah oleh dua negara yang mempunyai sistem pemerintahan berbeza.

Sejarah ketibaan keluarga diraja Pagar Ruyung di Malaysia berlaku pada tahun 1773 apabila seorang putera raja bernama Raja Mahmud diutuskan ke Negeri Sembilan untuk menjadi Yang Dipertuan Besar.

SUMBER GAMBAR:  royalark.net

Pelantikan Raja Mahmud ini adalah atas permintaan Datuk Undang Berempat. Bagi menguruskan upacara pertabalan Raja Mahmud, seorang pembesar bernama Raja Khatib dihantar ke Negeri Sembilan. Setibanya di Negeri Sembilan, Raja Khatib telah belot dan megaku dia yang perlu dilantik menjadi Yang Dipertuan Besar.

Pembelotan ini mengakibatkan tercetusnya perang antara Raja Mahmud dan Raja Khatib sementara Raja Pagar Ruyung yang tidak yakin Raja Khatib dapat dikalahkan telah menghantar Yang Dipertuan Padang Unang, Tengku Khairul Alam bersama 40 hulubalangnya membantu Raja Mahmud.

Bagaimanapun katanya, sebaik sahaja Tengku Khairul Alam tiba di Negeri Sembilan, didapati Raja Khatib telah berjaya dibunuh oleh Raja Mahmud.

Sejak itu, Tengku Khairul Alam tidak pulang ke Sumatera sebaliknya terus menetap di Seri Menanti sebelum beliau terlibat membantu Pahang berperang dengan Perak.

Penglibatan Tengku Khairul Alam dalam peperangan Pahang dengan Perak inilah yang menjadi permulaan kepada wujudnya keluarga diraja Pagar Ruyung di Pahang khususnya di daerah Raub.

BERSAMBUNG

SUMBER ASAL:
utusan.com.my

OLEH:
Mohd. Romzi Samsudin

1 comment:

Anonymous said...

salam tuan@puan...

rombongan anak tengku kharul alam kumpulannya itu lah yang digelar kumpulan pupu 40 pagar ruyung atau pupu 40 seri menanti (klu nak tahu).

dari seri menanti hanya dia berdua yang keraub dan yang lain mencari arah dan penempatan bermukim mereka sendiri.