INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140201

RAJA LABOH. RAJA LABU. YAMTUAN SATI . RAJA SATI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua,

Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah S.W.T kerana pencarian saya selama 7 tahun berhasil dan saya telah menemukan nama gelaran sebenar yang digunakan oleh Almarhum moyang saya sewaktu Almarhum tiba di Negeri Sembilan satu ketika dahulu.

Gelaran yang diberikan ialah
RAJA LABOH
RAJA LABU
YAMTUAN SATI
RAJA SATI
yang merupakan calon Yamtuan ke-4 untuk ditabalkan menjadi pemerintah di Negeri Sembilan.

Almarhum tiba di Rembau sekitar tahun 1824 atau 1826 (Saya kurang pasti) dan difahamkan Almarhum juga bersusur galur dari keturunan RAJA MELEWAR.

Tetapi malang sekali, perlantikan tersebut tidak berlaku disebabkan ada perselisihan dan penentangan dari anak-anak raja yang lain.

Wallahu’alam. Kalau tak silap saya, nama Raja Laboh / Raja Labu ni dicatat di dalam buku Sejarah Tingkatan 1 cuma tidak dihuraikan secara terperinci.

Syukur juga dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana pencarian saya ini telah menemukan dengan susur galur keturunan Almarhum yang bertempat di Rembau, Negeri Sembilan. Pencarian saya telah menemukan saya dengan keluarga En. Shah Nizam yang merupakan cicit dari susur galur Almarhum Raja Embong/ Tengku Embong dan Raja Melewar. Kalau nak diikutkan banyak lagi maklumat yang saya perlukan tetapi Alhamdulillah sepanjang 7 tahun pencarian saya ini telah menampakkan hasilnya walaupun banyak lagi maklumat yang harus saya cari tapi sekurang-kurangnya saya telah mendapat identiti moyang saya yang selama ni dirahsiakan sangat-sangat.

Memang menjadi tabiat orang dulu-dulu untuk menutup rahsia dan seboleh-bolehnya tak nak seluruh keturunan cucu cicit tau perihal nenek moyang mereka. But as for me, I will not accept that since we are living in the new millennium.Ya, saya agak degil dan keras hati orangnya.

Setiap kali kami pulang ke kampung dulu (Sebelum arwah atuk dan nenek saya meninggal) acapkali bila kami suruh ceritakan kisah hidup almarhum….apa yang kami dapat ialah “Kalau nak tau, pergi balik ke Pagaruyung”.

Macam manalah kami nak balik kalau semuanya ditutup dan dirahsiakan? Tetapi Allah maha berkuasa dan membuka jalan untuk saya mencari dan menelusuri keturunan almarhum dan Alhamdulillah saya telah menemukan apa yang dicari selama ini.

Menurut saudara Shah Nizam, keturunan Raja Embong ni banyak di Rembau dan almarhum juga bersusur galur dari keturunan Raja Melewar tetapi bagaimana perkaitannya, saya kurang pasti.

Setelah almarhum ‘dipecat’ (Mengikut perkataan dalam buku Sejarah) telah dijalankan satu upacara ‘Tutup payung kuning’ di Astana Raja dan dikatakan almarhum pulang ke Pagaruyung.

Well, the truth is he DID NOT return to his birthplace, instead he made his way to Ampangan Negeri Sembilan dan membuka kawasan di sana. Dan saya percaya ini berlaku dalam tahun 1832 ke atas.

Tetapi saya pun tak tahu berapa ramai pengikut-pengikut almarhum sebab mengikut catatan Sejarah, bila Raja Melewar pertama kali datang ke Negeri Sembilan, seramai 3700 pengikut dibawa bersama. Kalau tak silap saya, salah seorang pembantu Almarhum bergelar RAJA KERJAN juga ada turut serta dalam rombongan tersebut.

Wallahu’alam…saya pun kurang pasti kesahihan cerita ini.Almaklum sahajalah, sejarah dah hampir mencecah 200 tahun lamanya…

Dalam 6 tahun sudah saya ada mendapat mimpi dan 2 kali ianya berlaku.Saya bermimpi saya berdiri di halaman Muzium Lama Diraja Seri Menanti dan melihat ke arah tingkat teratas (bilik kecil) muzium tersebut.

Saya tak tau apa makna dan kaitan mimpi tersebut dengan pencarian saya. Dan pernah juga saya dengar cerita rambut sehelai penuh sebatil yang diceritakan oleh makcik saya.Maklumat lanjut tak pula saya ketahui. Cuma apa yang diberitahu, bila dimasukkan sehelai rambut tersebut dan dijampi oleh pawang diraja, maka penuhlah sebatil/sebekas apabila dibuka.

Buat warga keturunan Pagaruyung, teruskan usaha anda mencari dan menelusuri susur galur anda. Berkat usaha dan kesabaran, InsyaAllah pasti berjaya. Mungkin satu hari nanti kita akan bertemu dan berpelukan kegembiraan dapat merapatkan ukhwah dan silaturrahim sesama leluhur.

Salam ukhwah dari saya dan wassalam

Oleh
MiraMarlena

No comments: