INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140310

Budu dan rahsia pembunuhan 200 orang

SUMBER: http://matkilaumtb.blogspot.com/p/blog-page.html

Budu adalah nama sebuah mukim yang penting dalam sejarah negeri Pahang. Banyak peristiwa yang ada dalam lipatan sejarahnya. Mukim Budu terletak di dalam Daerah Lipis dan tergolong kampung yang besar (mempunyai Ketua Kampung) yang menjadikannya sebuah Mukim iaitu
Kg Budu,
Kg Benta,
Kg Chat,
Kg Tualang Padang,
Kg Peruang dan
Kg Terap.

Disini juga tempat kelahiran Khatib Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah atau Imam Perang dan berkahwin dengan Cik Jebah dari Batu Naga di dalam perkampungan Tualang Padang.

Disini juga tempat membesarnya Pahlawan Melayu Mat Kilau. Mengalirnya Sg Teka yang mempunyai Kuala di Batu 15 Benta dan Ulunya di Kg Batu Naga Tualang Padang. Sungai ini menjadi jalan utama pada masa dahulu yang menhubungkan kampung-kampung sekitarnya sepanjang hampir 16 batu. Sungai ini juga menjadi tanda kepada peperangan Tok gajah, Mat Kilau dan pihak Inggeris. Selain itu, sungai ini telah menjadi rebutan panglima-panglima dan pemimpin dahulu kala kerana di dalamnya terdapat anugerah Allah SWT iaitu permata emas.

Kg Budu secara spesifik merupakan kawasan yang amat strategik dari aspek peperangan kerana ianya merupakan kawasan lembah dan dikelilingi oleh 3 buah bukit yang menjadi benteng pertahanan iaitu
Bukit Raya (Bukit Tacing),
Bukit Gong (Bukit Perangin) dan
Bukit Engku.

Telah melahirkan ramai pemimpin-pemimpin besar negeri dan negara seperti contohnya, hampir kesemua 7 orang ADUN Benta berasal dari kampung Budu bermula dengan
-YB Hj Abdullah bin Hj Akil,
-Tan Sri Hj Abdul Razak bin Hj Hussein,
-Hj Abdul Samah bin Hj Idris ,
-Hj Zakaria bin Hj Taha ,
-Tan Sri Hj Zuki bin Lebai Kamaluddin ,
-Dato’ Suhaimi bin Ibrahim dan
-Dato’ Hj Ir. Mohd Soffi bin Tan Sri Hj Abdul Razak.

Mukim Budu telah dianugerahkan oleh Sultan Ahmad kepada Tok Gajah atas kejayaan beliau memimpin pasukan Pahang mengalahkan Raja Mahadi dalam Perang Kelang. Pada usia yang muda serta ketokohannya memimpin, Tok Gajah telah digelar Imam Perang Rasu dalam perang Saudara Pahang.

Sultan Ahmad juga menganugerahkan gelaran Orang Kaya Indera Gajah yang merupakan Orang Besar Raja, Negeri Pahang. Di kalangan Pembesar-Pembesar Pahang, Tok Gajah disifatkan sebagai seorang yang sangat alim, setia dan lurus. Semasa kepimpinan beliau, Mukim Budu merupakan antara mukim yang sangat maju. Tok gajah telah membangunkan sebuah peradaban Melayu di Budu pada masa itu.

Perbalahan sesama sendiri antara pembesar-pembesar bagi merebut Budu telah mengakibatkan Budu jatuh dengan mudah ke tangan British. Pihak British telah menyerang Budu dengan menggunakan senjata yang canggih dan terkini pada masa itu.


sumber: http://lamanpahang.blogspot.com/2012/10/kubur-lama-tanjung-besar-lipis.html

Banyak nyawa orang Melayu telah menjadi korban iaitu dianggarkan seramai 200 orang, ramai juga telah cedera teruk, rumah-rumah dibakar, ternakan dan sawah padi dimusnahkan dan hasil padi dibawa lari.

Peristiwa kekejaman ini langsung tidak dilapor dan direkodkan oleh pihak British pimpinan Kolonel Walker dan Clifford. Akibat dari peristiwa itu, Tok Gajah yang mempertahankan diri di Terengganu, hidup dalam buruan dan Budu telah diserahkan oleh British kepada Orang Kaya Lipis.

Antara pembesar-pembesar yang terlibat di dalam perbalahan ini ialah
-Engku Muda Mansur (adik kepada Sultan Ahmad) beliau dilihat sebagai anak kunci bagi kemasukkan British ke negeri Pahang,
-Orang Kaya Lipis(Tok Teh),
-Wan Lingga dan
-Tengku Samad dari Raub.

Antara bukti berssejarah yang terdapat di Mukim Budu adsalah::
• Perigi Sejarah Mat Kilau
• Kubu Parit Dalam
• Kubu Tualang Padang
• Perkampungan Lama Permatang ataupun Bukit Raya
• Sungai Teka yang digunakan oleh pahlawan sebagai jalan pengangkutan utama
• Perkuburan lama Kg Empau (tempat pengikut2 Tok Gajah dan Mat Kilau disemadikan.
• Perkuburan lama Kg Tualang di Kg Terap
• Bekas penerih emas di Bukit Raya
• Tapak peperangan di Bukit Perangin

Dari manakah asal nama BUDU?

3 comments:

Anonymous said...

Boleh saya tahu asal usul keturunan Hj Zakaria bin Hj Taha, ADUN BENTA yang berasal dari Kg. Budu..? Diharap penulis dapat membantu..

Badrulzaman Bedu said...

Hj Mohd Zakaria adalah adik kepada Hj. Mohd Noor bin Hj. Taha, Penghulu Ke-6 Mukim Budu. Bapa mereka adalah Abdul Rahman@Tukang Deraman bin Osman. Manakala ibu mereka adalah Hajah Rahmah@Buayan binti Panglima Garang Abdul Samad, Penghulu Pertama Mukim Budu.

bambed said...

Pembetulan: maksud saya sebenarnya ialah bapa Hj. Taha adalah Abdul Rahman@Tukang Deraman bin Osman.