INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140310

RAJA AHMAD ANAK DATUK BENDAHARA PUTIH TUAN TITAH KE-10: NENEK MOYANG KETURUNAN RAO PERSEMENDAAN DI RAUB ABAD KE-17.

Kajian ini cuba menggunakan metode Pengisahan Sejarah yang tidak komparatif, tidak analisis kritis terhadap  kebenaran sejarah tokoh itu sendiri, kerana banyak masukan cerita lisan dari mulut ke mulut di samping merujuk kepada buku-buku dan Internet.

Hasil pengisahan sejarah ini diharapkan akan memberikan gambaran tentang bagaimana peranan Raja Ahmad anak kepada Yamtuan Raja Pangkat 1 @ Datuk Bendahara Putih Tuan Titah Ke-10 @ Datuk Panglima Perak @ Tok Prak sebagai antara Tokoh Berketurunan Raja Pagarruyung yang penting dalam pembinaan tamadun bangsa Melayu abad ke-17 dalam menampilkan beliau sebagai antara pemula warisan orang-orang Rao Persemendaan (Rawa/Rawi) di Lembah Semantan Hulu, Raub dan Lembah Temau, Raub, Pahang di samping menyentuh mengenai kependekaran di dalam persilatan, kealiman dalam Agama Islam dan pakar dalam bertani, tabib, menangkap ikan sungai, makanan, kesenian dan adat berkampung di zamannya.

Semoga tulisan awal ini akan menumbuhkan maklumat baru dan seterusnya dapat melengkapkan khazanah warisan Orang-orang Rao Persemendaan di Raub, Pahang.

Dibentangkan di Seminar Tokoh-Tokoh Rao Raub, Pahang pada 25 November 2012 di Sekolah Menengah Kebangsaan Gali, Raub Pahang

LINK UNTUK MEMBACA:
http://orangrawa.blogspot.com/2012/11/raja-ahmad-anak-datuk-bendahara-putih.html

OLEH
SUBARI AHMAD JAAFAR AR-RAWI (arisel ba) (Ismail @ Subari ar-Rawi)

1 comment:

Anonymous said...

salam tuan@puan...

al fatihah buat arwah saudaraku subari ahmad jaafar ar-rawi@arisel ba...salaamun,,,inshaallah.