INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140310

Sajak: Aku Ingin Mendengar Lagi

Sajak: Aku Ingin Mendengar Lagi
(oleh humairaadawiyah)

Aku cuba untuk bangun,
tapi badan aku kaku.

Anjing itu
langsung tidak menoleh kepada aku,
ia hanya duduk disebelah aku,
dan amat dekat,cara duduknya
seperti anjing yang sedang berehat .

Matanya terus memandang kehadapan
dengan mulutnya yang sedikit terbuka
menampakkan lidahnya yang merah.

Dia langsung tidak mempedulikan aku,
tapi aku mesti bangun
dan jauhkan diri
dari anjing hitam itu...
seolah-olah anjing hitam itu
tidak membenarkan aku untuk bangun.

Beberapa kali aku mencuba...
aku dimana...
waktu fajar..
binaan rumah di sini seperti di luar negara... 
terus aku tersentak dari mimpi itu...

Tidak pernah
aku mendapat ketenangan
yang sebegitu,
tapi ia hanya di alam mimpi...
aku ingin mendengar lagi
suara ketenangan si lelumba...

8 comments:

Anonymous said...

salam tuan@puan...

FITNAH dan hukum...annya,,,
orang yang membuat fitnah,,,orang yang membawa fitnah,,,orang yang mendengar lalu terhasud dengan fitnah@menyebelahi fitnah yang di dengar(termasuklah bermain-main@dipermainkan fitnah yang tersebut),,,hukuman kepada ketiga-tiganya mereka semua adalah sama dalam fekah(tiada yang akan terlepas dari dipertanggungjawab dalam bab fitnah yang mereka persetujui@bersekonkol@mempermainkan).

Anonymous said...

salam tuan@puan...

cerita hukum...an dan fitnah,,,rujuk riwayat buah kuldi/hawa @ nabi adam as/iblis.
hukuman yang diterima oleh hawa dan nabi adam as disebabkan termakan hasutan(fitnah)oleh iblis.

Anonymous said...

bukankah agamamu mengajarkan cinta dan rahmat :)

Dicampak Adam dan Hawa kedunia ini kerana hati mereka tertaut pada syurga dan segala keindahannya. Allah itu cemburu

^__^
masih jauh lagi perjalanan.
bercakaplah dengan manusia sesuai dengan kefahamannya...love haha

Anonymous said...

Allah tuhan aku yang esa tidak cemburu tetapi iblis musuh aku yang nyata itulah yang cemburu dengan ketentuan yang Allah swt berikan kepada Adam dan Hawa.

Sebab agamaku mengajar cinta dan rahmat. Tidak berana aku mengatakan 'Allah itu cemburu' kerana perjalanan kita semua sudah semakin dekat.

(Ya Allah, harap-harap betullah kata-kata yang aku pilih dengan izin MU)

Abu Mansor

Anonymous said...

pasti ya Tuhan aku dan kamu tidak cemburu?

mari kita lihat sama2 ye tuan.
Muhammad s.a.w itu cemburu dan Allah itu lebih cemburu dari itu. RahmatNya mengatasi murkaNya.

Tapi, ilmu yang ada di dada ibarat satu titis air dari lautan yang luas. Jangan sombong, kerana keangkuhan dan kesombongan itu hanya Dia yang layak. Ya Tuhan aku dan Tuhan kamu yang sombong itu.

Ia layak dengan sifatNya. Ia Haq. Mari kita kenali Allah. Yang Kekal hanya Dia. Fabiayyi ala irobbikuma tukazziban

Anonymous said...

Kepada pembaca Laman Pahang

Terima kasih kita kepada tuan tanpa nama 00:12 kerana ...bercakap dengan kita sesuai dengan kefahaman kita.

Kepada semua pembaca Laman Pahang anggaplah apa yang tuan tanpa nama katakan adalah BETUL SEMUANYA.

-----
Allah itu cemburu
Muhammad s.a.w itu cemburu
Allah itu lebih cemburu dari itu
-----
Ingatlah pengajaran dari tuan tanpa nama:
Jangan sombong, kerana keangkuhan dan kesombongan itu hanya Dia yang layak. Ya Tuhan aku dan Tuhan kamu yang sombong itu.
-----
Terima kasih tuan tanpa nama kerana mengajar kami ilmu ini untuk dijadikan pegangan.
-----
Kita doakan moga tuan tanpa nama sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
-----
Saya memohon maaf kepada tuan tanpa nama atas ulasan dan tulisan disini tidak bersesuai dengan ilmu tuan yang AMAT tinggi. Sedangkan ilmu kami AMAT kerdil dibandingkan dengan tuan.

Harap tuan sudi terus mengajar kami.

Abu Mansor


Anonymous said...

saya tiada ilmu :(

Hadis Qudsi:
Allah berkata-kata

Akulah pemimpin yang paling baik bagimu, dan sejahat-jahat hamba kepada-Ku ialah engkau,
engkau menanggalkan daripada-Ku apa yang Ku berikan kepadamu, dan Aku tutupi keburukan
demi keburukanmu, Aku malu kepadamu tetapi engkau tidak malu terhadapKu,
engkau melupakan Aku dan mengingat selain Aku, engkau takut pada manusia dan merasa
aman terhadapKu, engkau takut seksaan mereka tapi engkau tidak takut akan kemarahanKu.

Allah itu malu
(mari menangis bersama aku)
Allah itu sakit tapi tiada siapa
yang mahu melawat diriNya itu.
Allah bertanya kepada hambaNya,
"Aku sakit kenapa kamu tidak
menziarahi Aku?"

"Allah bagaimana aku ingin
menziarahi Kamu, sedangkan
Kamu Tuhan sekalian alam"

"tidakkah kamu menyaksikan hambaku
sakit, jika kamu menziarahinya,
nescaya kamu menyaksikan Aku disitu"

Allah itu cemburu, apabila hati tertaut pada sesuatu Dia akan singkirkan sesuatu itu dari kamu
Dia hanya mahu manusia memikirkan diriNya,Cara Ia singkirkan, mungkin melalui paksaan
Semua dilakukan kerana cintaNya.Apabila manusia yang masih anak-anak kecil itu tiada
memahami keinginan Tuannya. Maka menangislah anak kecil itu…

manusia tidak suka dipaksa
Paksaan itu: mungkin dipukulnya kamu, dibiarkan kamu kelaparan, diambil semua kesayangan kamu
sehingga ia (manusia) sedar akan perbuatan Tuannya dan ia redha.

Kata Allah lagi:

Sampai bilakah kamu membenci Aku? Sampai bilakah kamu mengingkariKu
sedangkan kamu tidak punya Tuhan selain Aku? Jika kamu sakit maka doktor
manakah yang mengubati dan menyembuhkan kamu kalau bukan Aku?
kamu telah mengadu kepadaKu tapi kamu tidak senang dengan ketetapanKu

Dia tahu hambaNya membenci diriNya
siapa yang suka dipukul?
siapa yang suka dihina?
siapa yang suka kemiskinan?

manusia tiada mengenali Tuhannya. saya juga tiada mengenaliNya
aneh saya rasakan, hanya permulaan buat saya itu mengenaliNya

ya, tuan harus mendoakan saya
hadiah doa itu, saya terima

p/s:
mintalah yang mudah, Allah itu sayang pada hambaNYA

Anonymous said...

Terima kasih kepada "saya tiada ilmu" kerana memberikan ilmu beliau kepada kita.

Abu Mansor

Maap, tuan admin laman pahang, saya jadi tukang 'sampok'. Harap2 tak de yg kena sawan.