INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20161005

Sulaiman bin Imam Haji Siddek dan waris Keris Tikam Batu

Assalammualaikum..

Salam persaudaraan buat semua.. Sebenar semakin dicari semakin banyak rahsia.. Tetapi mungkin masih juga ada sebahagian darinya kekal sebagai rahsia.. Saya juga tertanya-tanya susur galur keluarga sebelah ibu saya yang dikatakan berasal dari Pagar Ruyong..

Dikatakan begini menurut ceritanya..

Moyang saya salah seorang raja yang lari dari istana kerana enggan dirinya ditabalkan menjadi sultan.. Lari ke sempandan (tak ingat nama tempat). Moyang saya telah naik ke atas sebatang pokok tualang yang tinggi dikejar pembesar negeri untuk di tabalkan..

Tetapi moyang saya enggan turun walau di tunggu berhari-hari..

Akhirnya persalinan kebesaran ditinggalkan di bawah pokok taualang tempat dia berdiri dan para pembesar balik ke istana untuk menabalkan pewaris yang lain.. Antara barang adat yg ditinggalkan adalah sepersalinan pakaian diraja dan Keris Tikam Batu..

Saya pun dah tidak ingat berluk berapa sebab pernah pegang sekali ketika umur 9 tahun..menurut cerita dari saudara sulung ibu saya keris itu keris tikam batu.. Keris di katakan mampu menikam batu seandainya benar kena salur galur keturunan dari pagar ruyong.. Hujungnya Merah Menyala..

Diwariskan kepada arwah tok aki saya bernama Sulaiman bin Imam Haji Siddek tetapi bila tok aki saya meninggal keris tersebut telah di ambil oleh iparnya yang sekarang duduk di Jengka.. Tidak terjaga.. Saat saya melihatnya pun merahnya sudah tidak bernyala cuma masih boleh didirikan sahaja..

Ayah saya pernah berjumpa dengan ipar tok aki dan minta dipulangkn kepada yang hak kerana bimbang akan terkena tulahan tetapi beliau enggan.. Telah dikatakan memang terkena tulahan kerana seorang anaknya bisu, seorang lagi putus jari dan seorang lagi gila..

Ayah saya ada juga susut galur Sultan Abd Saman Selangor jadi sedikit sebanyak bab adat salasilah keluarga diketauinya justeru itu ayah mencari jejak keluarga sebelah ibu saya..

Menurut ayah, di Lipis ada seorang pemegang rahsia adat keluarga bernama Tok Raja. Tetapi beliau sudah meninggal dunia ketika saya cuba menjejaknya..

Sampai sekarang tidak lagi diteruskan mencari.. Hampir semua tanda-tanda lenyap di ambil oleh mereka yang saya pun tidak pasti siapa.. Meriam, tombak, pakaian dan keris semua diambil oleh bukan waris (ipar duwai sebelah arwah tokwan). Yg dapat di jejal cuma keris sebab ada pada adik arwah tokwan (ipar arwah tok aki) itu pun beliau enggan serahkan..

Menurut ibu lagi, keturunan moyang yang membuka Bukit Kota di Kuala Lipis.. Nama Padang Tunku dan Bukit Kota itu pun asal dari peristiwa pembukaan kawasan tersebut.. Menurut kata arwah pak long saya dulu-dulu pun ada sahaja waris-waris dari istana ke Bukit Kota setiap kali ada majlis adat hendak di lakukan di sana.

Cuma keluarga kami sejak dari moyang saya yang bernama Imam Haji Siddik, tidak lagi campur urusan istana. Malahan moyangnya juga sudah mempunyai dua nama yakni satu nama rakyat jelata dan satu lagi nama yang punya gelaran di tengku atau raja..

Mngkin ada sebabnya gelaran dirahsiakan..

Cuma adik beradik arwah tok aki masih ada tinggal seorang sahaja lagi yang kini dikatakan bermukim di Kuala Kangsar.. (belum berpeluang berjumpa)..

Biarlah rasia kekal rahsia tetapi setidak-tidak kita kenal saudara mara kita..Tujuan saya cuma satu.. Mencari jejak saudara mara.. Biarpun hilang semua tanda, darah mengalir tetap sama..Ukhuwah yang dicari..

Kepada yang ada pertalian dengan cerita yang nyatakan boleh berhubung dengan saya..

Email saya di
noryshidayah@gmail.com
atau
aziela5966@gmail.com
sekian wasalam.
-------------------------------------------------------
by Anonymous (Tak Ada Nama)
on 10/3/16

No comments: