salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatar,,,
kilaf@kiasnya kepada...
ada orang berkata:...ada apa pada nama?.
dan nama tak membawa kemana-mana.
permulaan
ciptaan oleh allah keatas mahluknya. allah telah memberi@meminjamkan
sebutan kepada mahluknya sebagai gelaran 'NAMA'.bagi mengenal dan
pengenalan keatas mahluk.
boleh sahaja,tidak di berikan akan nama
kepada seluruh mahluknya, tetapi apa akan terjadi sekiranya semua tiada
bernama(acu bayangkan).
contoh kepada seorang yang pekak lagi
bisu(macam mana agaknya dunia dia dan kalau dia juga turut buta
matanya).(dunia yang kelam dan gelap)
bergitulah keadaannya jikalau kita ini tidak bernama dan semua benda dan mahluk juga tiada bernama.
sebutan-sebutan yang keluar dari mulut kita itu adalah nama-nama yang diajar dari kalam allah.
maka berbaik sangka dan berhati-hatilah apabila bercakap dengan penggunaan sebutan-sebutan@nama-nama.
jagalah adat dan adab nama.walaupun gelaran yang diberi...
seperti nama muhammad,nama mahmud,nama ibrahim,nama rahman,nama rahim.
jagalah tatasusila nama yang tersebut dan nama-nama lain lagi.
apabila disebut tok gajah,orang akan bayangkan siapa dia dipahang.
apabila disebut abu bakar,umar,othman,ali...orang akan bayangkan siapa mereka di mekkah@tanah arab.
dan apabila disebut iblis...orang akan bayangkan siapa mahluk ini di alam dunia.
dan di sebut pokok...orang akan bayangkan...
dan disebut nasi...orang akan bayangkan...
dan disebut burung...orang akan bayangkan...
ini lah nama, namanya...
8 comments:
salamun,
neguai;
baca betul,niat tergelincir.
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
dia menciptakan langit dan bumi dengan hak.maha tinggi allah daripada apa yang mereka persekutukan.[ayat 3,surah 16:an nahl]
dia telah menciptakan manusia dari mani,tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata.[ayat 4,surah 16:an nahl]
kesemua makhluk yang tercipta adalah di cipta dengan hak masing-masing (telah ditetapkan oleh allah mengikut kehendak nya).
maka mereka(makhluk-makhluk) itu ada yang bantah membantah dalam kalangan mereka sedangkan mereka tidak mengetahui akan kejadian diri mereka itu(bagaimana mereka tercipta)
dari permulaan zaman lagi mereka telah bertelagah dan sehinggalah ke zaman sekarang,dikalangan mereka, rasa angkuh dengan penciptaan mereka menyebabkan mereka dihukum oleh allah.
dan berita mereka dibentangkan kepada manusia zaman ini melalui al quraan dan al hadis.
mereka tidak akan diberitakan berkenaan urusan yang ghaib,dan hanya akan di beritahu kepada mereka apabila ajal mereka sampai, dan apa yang mereka perbantahkan sebelum ini.
kita memang tidak dapat mengetahui dengan jelas akan kejadian yang lampau,sebaliknya kita boleh menjadikannya suatu ilmu pelajaran,tauladan serta pengajaran untuk meneruskan kesambungan hidup sebagai manusia yang dipilih sebagai khalifah diatas muka bumi ini. dan tidak menjadi perosak dan tidak menjadi angkuh kepada tuhan yang menciptakan hambanya.
inshaallah.
salamun,
neguai;
baca betul,niat tergelincir.
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
maka apabila kamu telah selesai,kerjakanlah dengan sungguh-sungguh yang lain.[ayat 7:surah 94;alam nasyrah]
dan hanya kepada tuhanmulah hendaknya kamu berharap.[ayat 8:surah 94;alam nasyrah]
maka tidak dijadikan jin dan manusia itu melainkan untuk sujud menyembah allah. dan beranak pinak dan berharta itu adalah satu anugerah dari allah kepada jin dan manusia sebagai penyejuk mata dan hati semata,agar tidak berasa bosan hidup diatas muka bumi ini.
sebaliknya dua perkara ini telah diterbalikkan,anak pinak dan harta didahulukan(jadi nombor satu) dan sujud menyembah allah menjadi yang kedua.
inshaallah.
salamun,
neguai;
baca betul,niat tergelincir.
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
hampir saja langit itu pecah dari sebelah atasnya dan malaikat-malaikat bertasbih serta memuji tuhan nya dan memohonkan ampun bagi orang-orang yang ada dibumi.ingatlah,bahwa sesungguhnya allah dia lah yang maha pengampun lagi maha penyayang.[ayat 5:surah 42; asy syuura]
ini seperti pepatah berkata:
kerana nila setitik,rosak susu sebelanga atau kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
akan mulut yang baik,maka tidak akan mengeluarkan kata-kata yang kesat walaupun difitnah orang. dan mulut yang baik hanya mengeluarkan sebutan yang mana ilmu telah sampai kepadanya dan tidak menggunakan tanggapan-tanggapan sebagai buah mulut,maka itu dinamakan khabar-khabar angin semata.dan mana-mana perkhabaran yang tidak dapat disandarkan kepada al quraan dan al hadis,ia akan menjadi fitnah belaka.
dan akibatnya bukan mulut yang bercakap itu sahaja yang dijatuhkan bala bencana,malah sekalian makhluk sekelilingnya juga merasai bala bencana itu.
inshaallah.
salamun,
neguai;
baca betul,niat tergelincir.
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.[ayat 1;surah 1].
segala puji bagi allah,tuhan semesta alam.[ayat 2;surah 1].
maha pemurah lagi maha penyayang.[ayat 3;surah 1].
yang menguasai hari pembalasan.[ayat 4;surah 1].
hanya engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada engkaulah kami mohon pertolongan.[ayat 5;surah 1].
tunjukilah kami jalan yang lurus.[ayat 6;surah 1].
jalan orang-orang yang telah engkau anugerahkan ni'mat kepada mereka; bukan mereka yang dimurkai dan bukan mereka yang sesat.[ayat 7;surah 1].
amin.
dalam kalangan mereka itu yang bertikai dengan usul keturunan,suku daerah dan kenegerian yang mereka sendiri tidak pernah ambil tahupun sebelum batang hidung mereka tertimpa oleh aral dan dugaan. dan apabila mereka diterjah dengan keinginan yang tidak kesampaian,maka mereka sesama mereka tuduh menuduh,yang sebelum itu mereka adalah kawan karib lagi tidur sebantal.
adakah mereka-mereka itu telah dapat menafsirkan surah 1 dari kitab al quraan yang mereka bacakan lima kali sehari semalam itu. sehingga ciptaan tuhan di cela serta dimaki dengan mudah.
inshaallah.
salamun,
neguai;
baca betul,niattergelincir.
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
sifat 20 yang kesembilan: 'ilmu'.yang bermaksud 'mengetahui'.
sifat ini diberi pinjam kepada manusia,dan agar manusia belajar untuk mengenali tuhan pencipta dan diri mereka sendiri dan makhluk yang lain.
maka hanya sekelumit dari manusia yang mengambil perhati dan kebanyakannya yang lain-lain mamai,lalai dan ada yang ingkar kerana ego dengan ilmu didalam diri mereka.
telah di perkatakan; kalau ibarat lautan yang luas itu, ilmu yang ada pada kita manusia dan makhluk-makhluk lain seluruh alam ini masih tidak sampai setitik dari air dilautan,dan walaupun telah berjuta-juta tahun,tetap tidak menyamai setitik air dilautan.
maka yang tidak sampai setitik itulah,dikongsikan sama rata diantara seluruh makhluk ciptaan allah. maka keangkuhan makhluk itu tidak membawa apa-apa makna pun,inikan pula apabila disalah gunakan ilmu atau pengetahuan atau mengetahui itu.
ibarat satu pusingan air;
disejatkan air itu naik,dan terkumpul menjadi awan,turun dipanggil hujan membasahi bumi,lalu berkumpul sementara dan disejat kembali naik.
maka ilmu atau mengetahui yang diberi pinjam itu pun masih tidak dapat manusia gunakan bagi menterjemahkan isi kandungan al quraan dan al hadis yang ada didepan mata,bagaimana manusia masih lagi ada yang manjadi pembantah kepada tuhannya. dan selepas dari itu berserah kepada tuhannya,seperti mereka tidak pernah mengetahui atau berilmu.
inshaallah.
salamun,
neguai;
baca betul,niat tergelincir.
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
sifat 20 yang ke;
11] sama' bermaksud mendengar.
12]basar bermaksud melihat.
13]kalam bermaksud berbicara.
bukankah semua sifat dalam sifat 20 itu,kita manusia diberi pakai dengan kebenaran izin oleh allah sebagai kemudahan manusia itu sendiri dalam kehidupan diatas muka bumi sesama manusia dan bersama makhluk yang lain.
dan apabila di berikan izin menggunakan sifat-sifat yang 20 itu,dan maka di letakkanlah manusia itu sebagai khalifah diatas muka bumi sebagai penghormatan beserta amanah menjaga muka bumi dan lain-lain makhluknya.
maka kesemua sifat 20 yang dianugerahkan itu,oleh allah kepada manusia itu telah disalah gunakan atau dirosakkan oleh manusia- manusia yang tenggelam dalam anggan-anggan diri mereka sendiri,dan dengan itu perutusan-perutusan allah dihantar untuk menegur serta memperbetulkan keadaan yang salah menjadi kembali lurus diatas jalan yang dikehendaki allah,sehinggalah kepada utusan terakhir yang diperintahkan menjalankan urusan menyempurnakan tugas utusan-utusan yang sebelum dia.
tugas yang telah disempurnakan oleh utusan terakhir itu,akhir zaman ini telah diporakperandakan oleh umatnya,kerana sebahagian besar umatnya tidak mengikut atau tidak faham wasiat pusaka yang diturunkannya sebagai hadiah kepada umatnya.
maka terjadilah:
lain yang disebut,lain pula yang dimaksud. seolah-olah tiada gegendang dalam telinga mereka. lain yang ditunjuk,lain pula yang dilihat.hati mereka bergelora umpama bergeloranya laut.
inshaallah.
Salaam..
4 Nama.... Khidr, Idris, Ilyas, Isa...
salam tuan,
sejahtera untuk tuan,(4 nama...khadir,idris,iiyas,isa...)
terima kasih.
Post a Comment