-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20161014

36 huruf jawi

salamun... tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

alif itu raja kepada baa.

baa itu raja kepada taa.

taa itu raja kepada saa.

begitulah seterusnya sehingga kepada huruf nya. dan empat raja-raja.

nabi muhammad saw itu raja nya dari yang tersebut(raja fekah @ raja adat @raja ilmu @raja keturunan).

nabi adam itu hanya khalifah@wazir kepada rasulullah saw dan kepada allah swt semata.

maharaja adalah allah swt.dan dia juga lah maharaja kepada seluruh maharaja bagi sekelian alam dan mutlak. dan allah jua yang maha mulia dari segala yang maha mulia dari seluruh nama-nama nya yang banyak itu.

tuan@puan itu pula yang mana satu kedudukannya dari diantara alif hingga ke nya (36 huruf jawi semua sekali).

yang berteging urat sampai menumpah akan darah bertuntutan dalam hati dan dimulut.( membuang saudara memutuskan siratulrahim hanya disebabkan sebuah kerusi tu buat apa).

daripada bertututan melalut-lalut, terlebih baik diperbetulkan perkara yang lama tersalah tu. diperbaiki dan dipulihkan, harap-harap@moga-moga di redho oleh allah dan rasulullah.

runtuh nya kerusi yang direbutkan itu, akan runtuh lah malaysia.

tuan@puan nak duduk kat mana?.
jaga baik-baik kelakuan tuan@puan.

5 comments:

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.



dalam ilmu sifat dua puluh; kepada sifat yang pertama:

'ujud' lawankepadanya 'adam' ('tiada', adalah makna kepada adam).

dan apabila allah memberitahu kepada malaikat yang dia hendak mencipta seorang khalifah diatas muka bumi; lalu diberikan nama kepada khalifah itu 'adam'.

maka ujud khalifah(adam) dengan makna nama 'tiada' sebagai manusia pertama terbuat dari tanah yang diambil dari bumi. sedangkan tanah itu telah ujud nyata di bumi.

kenapa pula manusia@khalifah yang pertama dari tanah itu digelar atau namanya 'tiada'?


maka dibacakan semula kepada urusan syariat dan hakikat.(fekah tasawuh)

syariat itu telah nyata ujud didepan mata, dan hakikat itu pula adalah satu perkara dibelakang tabir atau ghaib yang diberikan kepada segelintir makhluk sahaja.(dan mimpi itu sebahagian dari urusan hakikat)

dan dalam rukun islam; itu yang disebutkan lima perkara itu yang nyatanya perbuatan,dan yang ghaib dari rukun islam itu macammana?

dan dalam rukun iman; itu disebutkan enam perkara itu yang nyatanya macammana?, dan yang ghaib dari rukun iman itu macammana?

maka urusan ini,sabitnya kepada ibadah;nyata dan ghaib adalah bersekali dan dilakukan serentak.

contohnya kepada:

saham itu nampak(dalam bentuk duit atau harta);sebaliknya pahala itu tidak nampak(tidak berbentuk)(untuk dapatkan pahala,kita kena belanjakan saham itu).

kaedahnya adalah kepada angin atau udara;tidak boleh nampak cuma boleh terasa hembusan angin sahaja atau letakkan dalam bekas,dan kita masih tidak dapat melihatnya sebaliknya kita tahu dalam bekas itu ada angin. atau contoh kepada bau-bauan.

kita lihat perkara lain dan kita menghidu perkara lain.

yang kita hidu minyak wangi,dan yang kita dapat baunya harumnya bukan minyaknya.

atau kepada sampah,yang kita dapat busuknya(itu bau nya)(nyatanya sampah dan ghaibnya adalah bau)

atau contoh lain; apabila disebut syaitan atau iblis,kita marah,dan apabila disebut hantu atau jembalang atau saka,kita takut.

dua perkara yang menjadi seiring berlakunya.


macammana yang nyata percaya bersama yakin dan yang ghaib tidak berapa.
itu dinamakan mempertikaikan kejadian diri sendiri yang dicipta oleh allah.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


terjemahan dari ayat 59 dan 60 dari surah alisraa'(surah 17).

dan sekali-kali tidak ada yang menghalangi kami untuk mengirimkan tanda-tanda,melainkan kerana tanda-tanda itu telah didustakan oleh orang-orang dahulu. dan telah kami berikan kepada tsamud unta betina itu. dan kami tidak memberi tanda-tanda itu melainkan untuk menakuti.[59]

dan ketika kami wahyukan kepadamu: "sesungguhnya tuhanmu meliputi segala manusia", dan kami tidak menjadikan mimpi yang telah kami perlihatkan kepadamu,melainkan sebagai ujian bagi manusia. dan pohon kayu yang terkutuk dalam al quraan. dan kami menakuti mereka, tetapi yang demikian itu hanyalah menambahkan besar kedurhakaan mereka.[60]


ini adalah sebahagian dari peringatan yang jelas lagi terang;yang menceritakan apa yang terjadi kepada orang-orang yang dahulu(pelajaran@pengajaran) dan perkara yang sama juga akan dikenakan kepada orang-orang yang sekarang(tiada pengecualian),jika kelakuan orang sekarang menyerupai kelakuan orang dahulu.

orang dahulu diterangkan sebagai membuat dusta, dan orang sekarang tanpa sedar membuat tanggapan semata tanpa mengesahkan ilmu(berita yang sampai).

maka dusta dan tanggapan adalah sama sebagai fitnah.


maka: mencontohi dengan meniru, adalah tidak sama maksud dan tujuannya.

maksudnya; mencontohi rasulullah saw atau meniru rasulullah saw.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


terjemahan surah asy syams(matahari)surah 91.


dan jiwa serta penyempurnaannya.(7)

maka allah mengilhamkan kepada jiwa itu kefasikan dan ketakwaanya.(8)

sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu.(9)

dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya(10)



biasa kita dengar mereka mengatakan bergini:

'yang baik datangnya dari allah dan yang buruk datangnya dari diri saya sendiri'.
( betul ke tak,ayat tersebut, kalau disandarkan kepada ayat-ayat al quraan dari surah 91 )


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


masa tiada jam dulu-dulu,matahari dan bulan menjadi sandaran kepada masa dan waktu,maka orang tua dahulu,dapat mengetahui dari keadaan cuaca itu masanya siang malam atau pagi tengahari petang malam,kerana mereka setiasa berada dibawah telungkup langit,melihat jam masa ciptaan allah sebagai ukuran masa dan waktu.

maka mereka dapat ketepatan waktu bagi urusan-urasan fekah.(ilmunya ada pada mereka-mereka yang tua-tua itu).

masa telah ada jam sekarang, jam diguna pakai ditangan sebagai perhiasan dan jarang digunakan bagi digunakan untuk melihat perbandingan diantara jam pada tangan buatan manusia dengan jam ciptaan allah yang telah tercipta sebelum adanya manusia sebagai ilmu pelajaran.

jam ditangan hanya digunakan apabila ada temujanji atau sebab mengejar masuk kerja sebab takut kad kerja bertanda merah.dan melihat sekali lagi apabila masa telah petang sebab nak balik kerja.

maka untuk menyedapkan hati,maka dislogankan kata-kata;

masa itu emas. masa tidak boleh berpatah balik. masa tidak boleh dibeli dan lain-lain slogan kata berkenaan masa. maka berangguk-angguklah kepala mereka yang ramai.dan sebahagian yang lain dari yang ramai pula menggeleng-gelengkan kepala.(tanda kepada setuju atau tanda kepada kesedaran atau hanya mereka-mereka itu sahaja yang tahu apa yang mereka anggukkan dan apa yang mereka gelengkan)


inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
neguai;

baca betul,niat tergelincir.

sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.


mereka hendak menipu allah dan orang-orang yang beriman,pada hal mereka hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sadar.[surah al baqarah;ayat 9]


penasihat dengan punahsihat.(bezanya lain)


penasihat adalah yang memberi makmur dan senang kelapangan dihati orang yang ramai, dan sebaliknya punahsihat pula adalah yang menyenangkan diri mereka sendiri dan tidak menghiraukan orang yang ramai.


nabi yusuf as, adalah contoh kepada penasihat yang mermakmurkan rajanya,negaranya dan rakyat negaranya malah memberi makmur kepada orang dari luar negaranya,pada zaman dahulu.

beliau dapat menampung makanan semasa masa kemarau tujuh tahun di lembah tanah arab sehingga teluk parsi dan sekitar tanah yang luas.(bacalah sejarahnya)


dan hamman serta qorun adalah sebahagian dari punahsihat kepada rajanya dan negaranya.

maka bertelitilah dalam mendapatkan atau memilih penasihat,jangan sampai tersalah pilih.
jangan sampai dikatakan seperti pepatah: harapkan pagar,pagar yang membawa rebah atau harapkan pagar,pagar yang makan padi.


inshaallah.